Showing posts with label chilled cheesecake. Show all posts
Showing posts with label chilled cheesecake. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Mango Layer Cheesecake

Assalamualaikum..
Mango Layer Cheesecake ni buat last week..nak update dari hari tu tapi cam tangguh2..hehe


Dalamnya kek span vanila je..aku guna 2 biji mangga saiz sederhana..1 biji aku kisar untuk dimasukkan ke dalam creamcheese, dan 1 biji lagi untuk hiasan atas nu..emm tapi kalau untuk hidangan makan2 atau apa2 majlis, dicadangkan hiasan mangga kat atas kek tu di kupas/potong sejurus sebelum kek dihidangkan..sebab kalau mangga yg sesiap dipotong dan diletak atas kek kemudian dimasukkan dalam peti ais semula, mangga tu akan bertukar jadi warna kuning2 coklat dan kering jadi tak nampak kesegarannya..ataupun alternative lain, boleh dituangkan mango filling atas kek tu..


Dulu aku pernah buat, boleh ke sini..dan kali ni aku tukar sedikit kaedahnya..

Mango Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
1 biji buah mangga saiz sederhana, kisar hingga hancur -- boleh juga ganti dengan 1sb paste mangga 
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih(air nih lebih kurang 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Putar creamcheese (yang dah dibiarkan pada suhu bilik sekejap) dan gula hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan mangga yang dikisar tadi. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam (larutan akan jadi kuning jernih), masukkan ke dalam adunan creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota2: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

 

Sepatutnya 3 lapis, tapi entah macamana le jadi 2 lapis je..kehkehkeh..dan bagi aku (juga komen dari yg request kek ni), kami lebih suka mango cheesecake ni digabungkan dengan butter cake daripada kek span vanila ni sebab rasa dia kosong dan macam tak join dengan creamcheese tu..tapi berlainan dengan orange sunquick layer cheesecake dan durian layer cheesecake, dua2 tu pada aku sedap je dengan kek span..ataupun lainkali aku letak sikit perasa oren/ mangga kat kek span ni  kan?..emmm good idea....

okeh..cukup lah dulu..nanti kita try kek lain pulak eh..

 

Monday, July 9, 2012

Durian Layer Cheesecake (Chilled) & Resepi

Assalamualaikum..
Hari tuh kata nak letak resepi kek keju duriankan?..ni ha..sebelum tu tengok dulu isinya macamana..


Durian Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7" / 2 biji kek span saiz 6"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus
100 - 130g isi durian --- entry yang lepas aku kekurangan durian..
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan isi durian. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: isi durian terpulang masing2 kalau nak dikisar halus dahulu..aku tak kisar sebab macam sedap kalau tergigit2 durian
nota2: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota3: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

sekian..hehhe

Resepi yg masih pending in action heheh:
1. Kek Lapis Kastad Jagung
2. Marble Buttercake - Strawberry

Tuesday, July 3, 2012

Durian Cheesecake

Assalamualaikum..

Durian cheesecake ini aku buat untuk mak saudara aku yg tempah buttercake dalam entry sebelum nih..ada sikit durian lebih, jadi aku buat cheesecake ni..tapi tak banyak sangat lebihkurang ~68 gram je..dapat 2 buku untuk size bulat 7" dan empat segi saiz 6"x6"..klau untuk jual, aku akan buh durian 100-130gram untuk kek saiz 8" (tak leh lebih sangat2, nanti kek tak set)..saja bahagi 2 sebab aku pun nak makan gak sebab dah lama tak makan cheesecake ni hehhehhe sebelum ni ada beberapa kali buat, tapi yang masuk dalam blog suma yang base biskut..base cake, ni first time jadi entry heheh

ni mak cik aku nya..aku nye nnti arr aku ambik gambar bagi tengok isi dalam eh?.. ngan resepi sekali..tapi tak janji leh masuk cepat wahahah (aku agak kemalasan sekarang tapi tetap komited nak masukkan atleast gambar sesuatu yang aku buat)..komited la sangat ko faiz..


Atas tu whipping cream +chocolate emulco..


Untuk order boleh sms ke 019-2819768 atau email ke ozzyorange9768@yahoo.com. Ada 2 saiz, kecil macam saiz di atas dan besar saiz bulat 8".

Terima kasih..

Thursday, May 24, 2012

Durian Cheesecake (Baked)

Assalamualaikum..
Ni buat malam isnin hari tuh..hehe aku sorang je yang makan..ngan adala 2 slice adec aku tapau bawak g 'tepi sungai' hahhaha syyyyhh


Struktur kek keju sepatutnya smooth, ni aku tak blend dulu pun durian tuh, terus je masuk, pastuh aku nya adunan krim pun terlebih whipping cream dan tak betul-betul smooth..nak putar lelama takut kek terlebih naik dalam oven pastu bila sejuk turun kat tengah-tengah..jadi faham2 sendiri lah..sebab tu tak mahu letak resepi lagi. Tapi alhamdulillah pagi tadi aku buat blueberry cheesecake (order) resepi yg lebih kurang sama, krim nya smooth..insyaallah

jadi, jemput pandang..jangan tanya mana aku dapat durian..sebab tu je la satu-satunya durian tinggal untuk kami dalam berempat, aku je yang makan durian heheh

rasa dia..emm sapa suka durian, mesti la sedap..tapi aku letak juga link tapi bukan resepi yang aku cuba ni tau..bole masuk ke blog Kitchen Corner..lebih kurang je cuma method yang aku buat lain sket..tapi tadi pagi guna method macam resepi kat Kitchen Corner tuh, alhamdulillah smooth..

Nota kaki untuk aku: + 100g durian.
 

Wednesday, January 18, 2012

Farewell Tiramisu

Salam...

Aku letak gambar dulu..malam nanti baru cerita ya..

 

 



Thanks ya..

Saturday, November 19, 2011

Blueberry Layer Cheesecake

Salam...
Pesanan daripada kakak ipar adik aku aka kakak adik ipar aku heheh..


Susunan didalamnya lebih kurang macam di sini..susunannya ya..2 layer chocolate sponge cake + creamcheese + blueberry filling..boleh tengok contoh layer kek macam kat sini juga..:D


Hari tu ada buat durian cheesecake, tapi buat macam ni lah, 2 layer spongecake, bukan base biskut macam kat sini..tapi aku tak amik gambo sbb kurang rajin nak kemas2 kan segala tuk ambil gambar..makanya seperti mana korang yg aku dah bagitau, kat rumah nih kan aku seorang je yg makan durian, walaupun sedap & asyik ulang alik je, tapi jenuh lah aku bila fikirkan pasal lemak2 nih..so, adik aku offer nak bagi kat jiran sebelah, dan adik aku lagi sorg balik kg bawakkan tuk isteri dia akak adik ipar aku..masa tu la kut kakak adik ipar aku nih rasa..

jadi beliau pesan blueberry..cumanya kek ni travel ke muar sana naik bas..!!...hehheh aku tnya condition kek tuh, lum dapat reply lagi...huhuhu kita tunggu reply diorg ya...

Dan seperti harapan pembuat kek homemade yang lain, semoga kek ini sedap sepertimana citarasa sesiapa sahaja yg memakannya..insyaallah...alhamdulillah..

p/s:okeh...alhamdulillah bila sampai muar, kek masih berada dalam condition yang baik..hehhe nampakkan aku letak plastik di tepi kek sebagai langkah berjaga2 biar tak runtuh bila berhadapan ngan bonggolan2 di atas jalan..:D macam di sini juga..tapi aku mmg banyak kali jugak pesan ngan adik ipar aku, terus masuk peti ais..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih