Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Banana & Chocolate Rice Cupcake lagi...

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu semalam buat lagi hehhe saja nak habis pisang guna 2 ketul je pun..tapi kali ni aku kurangkan sedikit gula dan kurangkan juga chocolate rice. Atas pun tak tabur dengan chocolate rice tu..

 

Banana and Chocolate rice cupcakes *makes 10
Source: Kak Rose (My Kuali) 

Ingredients
125g butter, room temperature
80g caster sugar --- aku kurangkan jadi 75 gram
2 large eggs
1/2tsp vanilla extract
100g self-rising flour
80g mashed banana
30g chocolate rice --- aku kurangkan jadi 20 gram
For the topping-chocolate rice

Method
1. Preheat the oven to 180C. Put 10 paper cases in a 12 holes muffin pan.
2. Put the butter and sugar in a mixing bowl, and beat together until light and fluffy.
3. Add egg one at a time, combine well.
4. Add in the flour and mashed banana, fold till well combine.
5. Add in chocolate rice, mix well.
6. Spoon the mixture into the paper cases.Sprinkle chocolate rice on top.
7. Bake the cupcakes in the oven for 20-25mins, or until risen and firm to the touch.
8. Transfer to a wire rack and let cool.


Alhamdulillah, hasilnya disukai. Manis pun sedang-sedang elok sahaja..lupa nak bagi tahu hari tuh, resepi ni, aku masukkan dalam cup saiz 8, dapat dalam lebih kurang 19 ketul cupcake..:) 

Dah abis semua..makan berdua..ish ish..mana la nak kurus lagi..orait...jumpa lagi insyaallah..terima kasih..

Thursday, February 2, 2012

Marble Chocolate Cupcake

Assalamualaikum..
Ini buat semalam kepada semalam heh..tengok resepi sangat senang je..dapat dari blog Kak Rose. Tapi aku buat jadi cam muffin pula sengaja heheh gula caster takda eh ye ke? jadi aku guna gula biasa. Tak dissolve ecewahh sangat..nampak tak ketul-ketul gula tuh wahahha bila makan krak kruk gula heh..Anyway ecewahh lagi terima kasih Kak Rose sebab berkongsi resepi mudah. Saya letak sini supaya mudah nak refer balik kalau teringat nak buat lagi nanti ya..


Marble Chocolate Cupcakes  
*makes 12 muffin size
By: Sonia
Source: Kak Rose

Ingredients
150g soft margarine (or replaced with butter )
150g caster sugar
3 eggs (medium)
200g self-raising flour
2tbsp milk

55g semisweet chocolate, melted (or replaced with cocoa powder)

Method
1. Using a handheld mixer, beat together margarine, sugar, eggs and flour until just smooth.
2. Divide the batter between 2 bowls. Add the melted chocolate to one bowl and stir until well mixed.
3. Using a teaspoon, and alternating the chocolate batter with the plain batter, fill ¾ full of paper case.
4. Bake the cupcakes in a pre-heated oven at 180c for 25mins, or until well risen and springy to the touch.
5. Transfer to a wire rack and let cool.


Cup biasa yang size 8, aku dapat dalam 19 cups penuh-penuh gitu..hehhe pada aku rasa dia biasa2, pada aku la kan..sedap makan masa panas. Ataupun makan ngan nescafe panas buat sarapan..:D Jemput tengok..

Saturday, October 8, 2011

Muffin Coklat Kukus

Salam..hehehhe walaupun takda pengukus..tapi aku tetap nak buat jugak benda nih..huahuahua teringin nak buat sampai teringat2 pagi petang siang malam kat umah kat opis..hehhe dapat resepi dari rumah kak Ummi Home Sweet Home tu..jom tengok resepi yg aku terinin sangat nak godek2 nih..

kak Ummi, saya c&p esepi sini yer..tima kasih atas perkongsian...:)


Muffin Coklat Kukus
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima & Ummi Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak) ---- aku guna minyak masak juga
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel)
hehhe aku bakar guna oven kaedah bainmarie tapi pasang api bawah sahaja hehheh boleh tahan gak muffin kukus ni kan...

Wednesday, September 7, 2011

Monday, July 25, 2011

Assorted Muffin...anyone?..

Salam..

:D..jom makan muffin!! Pilih je nak yg mana satu hehehe


Buat semalam sambil basuh baju 2 lori..ok, aku tipu buat dalam 25 ketul jd 4 jenis muffin..masing2 smlm suma mcm tak larat je nk makan sbb penat tido hehhe jadi hari ni kita berbuka dengan muffin!!

Chocolate Chip Muffin..


Kiwi Muffin..


And yg sangat sedap, ini dia Blueberry Muffin!!


O yeah..vanila muffin tak amik gambar banyak, tapi ada menyelit kat atas sekali tu..

Monday, May 9, 2011

Vanila Muffin & Choc Chip

salam, susulan dari order last week, ni officemate yg lain pula order untuk makan2..

 
 

Saturday, May 7, 2011

Vanila Muffin & Choc Chip

Salam, muffin order untuk jumaat semalam dr officemate.


Thanks ya..
 

Tuesday, April 19, 2011

Vanila muffin w choc chip

Salam..ni baru buat sblm maghrib td. terasa nak makan benda ber'kek'. resepi ambil dari CMG sini, cuma aku gantikan almond tu ngan choc chip..

 

Resepi sangat ringkas dan mudah pada aku, sekejap je membuatnya. sedap dimakan masa panas2..dapat dalam 13 ketul suffle cup size s. CMG, saya c&p resepi sini ya..

Sumber resepi: Mat Gebu
Bahan2nya:
90 gram mentega
70 gram gula halus ---aku guna gula biasa, tu jer yg ada
110 gram tepung gandum* ---aku guna tepung superfine heheh
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor---tak letak
Cincangan kacang badam secukupnya---aku gantikan ngan chocolate chip

Caranya: 
1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan. --hhehe aku 170degC
2.Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
3.Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
4.Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... ---aku bakar dlm 15minit


Thanks to CMG..sepanjang yg aku ingat, kebanyakkan resepi cmg yg aku try, menjadi n sedap...aku banyak belajar dr blog beliau..belajar masak, belajar tengok resepi, belajar deraka kakakaka (gurau jer okeh..)..tapi betul jugak, yg nak makan kan kita, jd kita ikut resepi tapi buat ikut citarasa kita hheheh okeh2! dah nak start mengarut nih. nak g tengok desperate hwife heehee

p/s: buat bf pg nih, rupanya lg sedap bila dibiarkan semalaman..

 

Thursday, January 13, 2011

Vanila muffin

Salam..muffin vanila untuk jual kat gerai..numpang je..seminggu adalah 2 kali hantar kalau tak da aral melintang..hehhe banyak je ye aku nyer aral yg melintang..wakakkaka


Alhamdulillah bolehla buat duit poket bila hujung2 bulan..hehhe aku je larr..hahahha ni hantar isnin hari tuh..mlm ni nak buat lagi untuk sok..

dekat 2 bulan jugak lah.masa mula2 dulu

Friday, December 24, 2010

Vanila Muffin w blueberry filling, Chocolate chip muffin

Order dari officemate adec aku, vanila muffin dengan inti blueberry.


Muffin nih saiz nya lebih kecil drpd muffin vanila yg biasa aku buat tuh, harganya RM0.65 sebiji.

Yang bawah ni

Monday, November 15, 2010

Muffin vanila&coklat

salam, repeat order dari makcik..150 pcs vanila muffin & 50 pcs choc muffin.


RM0.80/pc minimum 25pcs. ukurannya lebih kurang, bawah 3.5 cm & tinggi up to 4.5 cm..lebihkurang..
70pcs lagi sebagai hidangan kenduri.. 
gambar lagi..

Thursday, November 4, 2010

muffin coklat

Muffin coklat plak..


rm0.90/piece, minimum order 25pcs. klau nak rasa, leh email yeh!

Wednesday, August 11, 2010

Muffin Vanila


RM0.80/pc minimum order 25 pcs. nak rasa, leh email aku yeh!...


Monday, August 2, 2010

Sunday, May 9, 2010

Muffin - coklat & vanila

Salam suma yg berkunjung..lama sungguh aku tak masuk entry. aku buat muffin vanila ngan coklat. sebelum ni pernah buat sekali, pastuh rasa cam okey, buat banyak sket bawa gi ofis..alhamdulillah habis...hehehhe risau gak wakakkaka tapi yg nih aku berjaga2 sikit nak makan..maklum lah sedang berusaha mengecilkan badan sedikit demi sedikit..beso woo aku sekarang


Friday, July 31, 2009

Muffin coklat

Masuk ni kali ke-4 dah aku buat muffin, dah kali ni la betul-betul menjadi...alhamdulillah..yang 1st aku buat dulu aku aku dah guna self raising flour, pastu aku lupa,aku g tambah pulak baking powder lagi hahhaha melimpah2 la dalam oven aku macam gunung berapi cuma tak ada percikan jer huuhuhuhu..pastuh, masa bakar tu elok naik, kuar jer oven, semua muffin tu masuk balik dalam cup tuh. Ngeri wa cakap lu kalo tengok masa tuh. takut nak makan hahahha tapi rasa dia sedap sebab banyak coklat.
Yang 2nd pulak aku nak cuba buat lagi resepi 1st tuh (sebab tak puashati, orang lain buat jadi jer..)..kali nih dah ada penimbang, jadi bole sukat betul-betul. uhhuhuhuu tak jadi lagi sebab semua kempis balik tapi bole dimakan sebab sedap...tapi tak puas hati jugak...nanti aku kena tanya sifu2 la..
Yang 3rd pulak, konon-konon nak buat muffin cam kat kenny rogers (aku tak pernah makan lagi, tapi adik aku kata sedapp sangat, dia la yang bagi semangat kat aku nak buat muffin nih) aku pun cari resepi...jumpa dua, aku ikut salah satu resepi tuh..waaahhh masa bakar dalam oven punya mekar cantik bak bunga mekar tengahari, masa kuar pun tak mendapp..cewahhhh cantik muffin aku...sekali bila makan, rasa tepung daaaa.....kerassss...huhuhuu
Ini yang ke-4 aku buat..resepi lain..tapi aku confius, nih muffin ke cupcake?..sebab struktur dia memang macam kek, ke memang muffin cam tuh...ermm tak pe la, yang pasti aku ikut resepi muffin, jadi apa yang jadi adalah muffin...huahuhahahahahah sedap arrr...cuma permukaan nya lebih manis banding dengan isinya (bak kata adik aku, gulanya naik atas...ermmm)...
Lepas nih aku nak cari resepi muffin yang kembang mekar yang macam iklan kenny rogers dalam tv tuh...ada sapa2 tahu resepinye?...hhehehhe nak mintak bole?..

Kawan-kawan..aku tak kata resepi2 yang aku cuba kat atas tuh tak bole pakai. Bagi aku bila aku cuba sesuatu resepi dan tak menjadi, mungkin aku yang ada tersilap kat mana-mana masa mengadun..kadang-kadang 1 resepi kena try buat banyak kali, baru betul2 menjadi dan masa tuh kita tahu kat mana silapnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih