Tuesday, April 19, 2011

Vanila muffin w choc chip

Salam..ni baru buat sblm maghrib td. terasa nak makan benda ber'kek'. resepi ambil dari CMG sini, cuma aku gantikan almond tu ngan choc chip..

 

Resepi sangat ringkas dan mudah pada aku, sekejap je membuatnya. sedap dimakan masa panas2..dapat dalam 13 ketul suffle cup size s. CMG, saya c&p resepi sini ya..

Sumber resepi: Mat Gebu
Bahan2nya:
90 gram mentega
70 gram gula halus ---aku guna gula biasa, tu jer yg ada
110 gram tepung gandum* ---aku guna tepung superfine heheh
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor---tak letak
Cincangan kacang badam secukupnya---aku gantikan ngan chocolate chip

Caranya: 
1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan. --hhehe aku 170degC
2.Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
3.Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
4.Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... ---aku bakar dlm 15minit


Thanks to CMG..sepanjang yg aku ingat, kebanyakkan resepi cmg yg aku try, menjadi n sedap...aku banyak belajar dr blog beliau..belajar masak, belajar tengok resepi, belajar deraka kakakaka (gurau jer okeh..)..tapi betul jugak, yg nak makan kan kita, jd kita ikut resepi tapi buat ikut citarasa kita hheheh okeh2! dah nak start mengarut nih. nak g tengok desperate hwife heehee

p/s: buat bf pg nih, rupanya lg sedap bila dibiarkan semalaman..

 

1 comment:

Rozita said...

huhu...aku lama berangan nak buat cake kecik2 camni..bila tah nak beli cetak...waaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih