Monday, April 18, 2011

Donut kentang..


Salam..semalam buat donut kentang :)..amik resepi dari blog kak tun sweettouch, resepi asal donut kentang dari kak Ros Jintan Manis, tapi kak tun buat donut keledek..ini je la gambar yang ada. resepi ni aku leh dapat dalam 13 ketul donut saiz sederhana..


sangat mudah, mcm biasa aku selagi boleh guna mesin wahahha uli guna spiral whisk tuh.

Donut Kentang [by Ros Jintan Manis sumber: Rabiatun@Sweettouch]
Bahan2nya:
250 gram tepung gandum ---aku tambah lg 10g masa menguli
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek (lebih kurang 2biji kentang saiz kecil) ---1bj cukup bg aku
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam ---aku terus letak 80g heheh
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)

(susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. ---mcm biasa aku guna mixer yg whisk bentuk spiral tuh jer
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. ---aku tutup ngan tuala basah
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. ---aku guna gula icing

aku suka donut nih ada cam bau2 kentang sikit, and ni 2nd time donut aku menjadi. tapi yg 1st time hari tuh guna resepi lain..sedap jugak.
Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi sedap nih, sedapp..aku suker. biasa la benda aku suka suma sedap hehe


 

2 comments:

Rozita Ceritaita said...

cam sedap je faiz...lg sedap dr donat biasa ke? cam keria tak rasa dia? meh la citer sikit...

ada kentang kat umah kalau nak try ni...manjang aku buat donat bantat je..

Faiz said...

lembut & gebu cam donut biasa, cuma ada cam rasa kentang sikit..sedapp ta, baik ko try..

senang je nih, yg penting ikut betul2 langkah2 tuh, insyaallah berjaya :))
best woo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih