Showing posts with label fondant. Show all posts
Showing posts with label fondant. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Butterfly Cake

Salam..
ni lagi satu kek yg belajar hari tuh..dah sebulan lebih dah baru nk masuk entry..tapi dah letak kat Page OzzyD'luscious lama dah..perasan tak kepak rama2 tu patah..aku yg terpatahkan masa nak bawa turun dari rak heheh

kali ni semua kek-kek yg aku buat dalam kelas aku tak bawa balik rumah..bagi kat cikgu ja..biar cikgu display kat kedainya..aku bawak balik pun tak terjaga..rumah kami takda banyak ruang untuk benda2 macam ni..ruang2 yg ada hanya untuk benda2 asasi je.

 

Bulan lepas aku rasa sangat sibuk..(aku yg rasa..)..last buat kek 18 may. weekend depannya gi johor bahru, abang aku buat kenduri..isnin hingga rabu lepas tu, ada plak training 3 hari risk management..huwaaa aku tak suka benda ni..(macamana nak pandai, awal2 dah cakap tak suka)..sebenarnya, training ni patutnya bos aku yg attend, tapi sebab dia gi umrah..aku yang menjadi galang gantinya..pastu dia balik, aku kena train dia pulakk..ah sudah..lagi tertekan aku huhu

weekend depannya lagi balik muar, hantar abang aku gi klia, kemudian balik muar bawa makabah n anak2 sedara. Abang aku minta tolong bawak anak2 diaorg gi taman mainan..aku kata okeh. esoknya pergi la, tapi aku bukan bawak gi taman mainan, aku cuma bawak diorang gi giant, dalam giant tu kan ada tempat budak2 main..hehehhe lepas gi borong barang2 kat giant, aku suh diorang main kat situ..tapi sekejap je diorang main, bila aku tanya, kakak kata 'tak best'..hahhaha nak gi tanjung emas tu plak dah jem and dah petang hakhaks nasiblah diorang dapat mak sedara macam ni.

Ahad esoknya masa balik serdang dari muar, jem yang amat la hai..tak terkata aku..aku ingat nak lalu lekas highway, sekali tol senawang pun dah jem..jadi aku terpaksa la pusing masuk highway plus..dah buang dekat sejam dah..huh..penatnya sampai rasa fobia ngan jem2 ni..baik gi keje 2 minggu cuti sekolah nih jalan tak sesak sangat. Tapi kalau waktu balik  keje, aku memang balik lambat sebab nak elakkan jem teruk jalan duta & jalan istana. jem teruk sebab 3 lane jadi 2 lane kat jalan istana tu..

k lah, dah panjang aku merepek. sebenarnya nak bagitau aku penat, jadi takde entry banyak cakap mcm dulu2 ngeh ngeh..

p/s: balik kg setip minggu?..kalau datang angin kitaorg, dan Allah izinkan, memang balik lah..

Tuesday, May 28, 2013

3 tiers Wedding Cake with Gazebo

Assalamualaikum..

 


Belajar di The Dessert Table Mutiara Damansara. Untuk anda yang mahu belajar buat kek seperti ini, bole hubungi 03-7499 4794..:D

Untuk harga atau/dan tempahan kek ini, bole sms/whatsapp saya di 0192819768 ya..terima kasih..

Wednesday, January 16, 2013

Stained Glass Sugar Art

Assalamualaikum..
Kelas di Nan's..new knowledge, new experience..




Monday, September 28, 2009

Cupcake Majlis Pertunangan

Lepas siap coklat raya, buat cupcake ni pulak. Ordered by Munirah n tunangnya Farid. Order melalui Najah kawan aku. Mereka nak aku letakkan ‘Selamat Bertunang Nierah-Farid’ atas cupcake tu. Terima kasih & moga bahagia selalu…

Dalam Kotak

Purple (realiti & dlm hp mmg purple, masuk je laptop jd kaler nih..)

Pink

Wednesday, July 1, 2009

Pembelajaran - Modul 4


Kek fondant. 1st time pegang, uli, mencorak dan membentuk fondant. Ermm...aku tak puas hati dengan decoration yang aku buat ke kek ni. Aku bayangkan...kalo lah kain buruk dan bunga-bungaan tu kaler putih, cam lagi sweet jer kan. Takpala, bole try sendiri lain kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih