Tuesday, June 26, 2012

Marble Buttercake - Strawberry

Assalamualaikum..

Gambar lagi na...resepi kemudian..hehhe


Cartoon Birthday Cake - Dora

Assalamualaikum..

Marble Buttercake perisa Strawberry..dari noly di putra perdana, puchong..

harga boleh sms aku ya, 019-2819768..area seri serdang, UPM, seri kembangan, bangi, kajang, puchong, batu caves, sri gombak dan kawasan berdekatan..


**Tiada delivery charges untuk ke kawasan2 seperti di link Pick up point.

Monday, June 25, 2012

Birthday Cake - Princess & Dora

Assalamualaikum..
Maaf korang, tak sempat cakap banyak lagi..tapi entry ni akan di'update' kemudian untuk cerita2..segala komen pun tak terbalas lagi dari last week..la ni gambar je dulu na..

Chocolate moist cake, filling chocolate cream + blueberry..


Tq noly dr putra perdana..

email: ozzyorange9768@yahoo.com, sms: 019-2819768

Wednesday, June 20, 2012

Monday, June 18, 2012

Cili Api 'Seafood'

Assalamualaikum..

Heheh seafood la sangat, padahal ada udang ngan sotong je..udang tu pun aku togelkan je terus..lapar satu, nak habiskan stok satu, la ni nak cukupkan entry kat blog pun satu wahahhaha

 

Masak semalam petang, kul 4 orang dah nak minum petang dah 'mentong', kita orang baru nak lunch..kakkaka bole gitew..

Mudah je aku masaknya, kisarkan 1/2 biji bawang besar, 2-3 biji bawang putih, kunyit sikit dengan agak2 segenggam cili padi (tak tahan pedas boleh kurangkan) dan 1 biji lada besar (merah). Tumis 1/2 bawang yang dihiris2 kemudian masukkan bahan kisar. Bila dah masak masukkan air sikit letak garam, air asam, masukkan sotong dan udang..bila sotong dan udang masak (sekejap je), masukkan santan (aku guna santan kotak) dan air asam..perasanya gula dan garamnya..

Pastu..makan...pedas sampai tercungap-cungap!..

Thursday, June 14, 2012

Coklat Hantaran Peace Hitam Putih

Assalamualaikum..

Coklat hantaran pesanan dari Cik Iza..nak design tuxedo macam hantaran merah hitam putih seperti di sini..


Filling white chocolate ganache dan white chocolate ganache with hazel nut..

 

Terima kasih Cik Iza, harapnya berpuas hati dan tidak serik untuk order lagi..dan harapnya coklat ni sedap dan cantik seperti citarasa cik Iza dan juga sesiapa sahaja yang makan dan yang memandangnya..insyaallah

 

Ada 4 cavities coklat untuk Cik Iza rasa, tapi gambar kemudian lah..:D lupa nak upload..

Info: Untuk makluman, hitam tu sebenarnya warna dark chocolate yang diletakkan sedikit pewarna hitam..tapi kalau dipandang betul-betul memang tak nampak hitam sebenar..nampak warna coklat yang sangat-sangat gelap.. 

nota untuk diri sendiri: huhu tak puas hati..

Wednesday, June 13, 2012

Orange Sunquick Layer Cheesecake

Assalamualaikum..

Sabtu malam ahad lepas..ingat nak buat moist orange cake, lepas tu nak salut dengan cream cheese perghh macam sedap je..sekali pergi dapur nak sediakan barang-barang, larr baru perasan..butter dah habis..cemana leh lupa ke tak tahu ntah..nak buat cheesecake base biskut, pun tak leh..baik la takda order, kalau tak semestinya aku dengan yakin tak tengok barang..jadi ni je lah yang leh buat, heheh orange sunquick layer cheesecake..wakakka baik ada telur..tu pun cukup-cukup je..

 

Orange Sunquick Layer Cheesecake
by ozzy cake d'luscious 

Bahan-bahan:
Kek span perisa oren -- perisa lain pun bole
 
250g whipping cream (aku guna non-dairy)
250g creamcheese
120-130g gula halus
4 sudu makan orange sunquick
~8g gelatin (cari yang halal ek..) -- lebih kurang 1 sudu makan
32g air panas untuk larutkan gelatin (air nih 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan orange sunquick. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

Hiasan:
Almond flake (bakar suhu 170-175degC selama ~10 minit. sejukkan)
Orange chocolate ganache


Saiz 8", harga RM60..

Tuesday, June 12, 2012

Laksam

Assalamualaikum..

Laksam..hehhe teringin nak makan..buat sikit je kali ni sebab aku je yang makan pun..tapi pekat betul..menggulung laksam pun rasa macam ada peningkatan sikit..kali ni aku kukus guna pinggan kaca..yang sebelum ni guna tutup periuk..macam senang sikit guna pinggan ni..heheh resepi masih sama macam sebelum ni tapi aku adjust kuantiti je bagi sesuai untuk sorang makan 3 kali..ikan pun guna 2 ekor jer ikan kembung saiz sederhana..kali ni takda la lama sangat aku buat sebab aku buat laksamnya dulu..sama kukus sama sediakan bahan-bahan untuk kuah dan masak sekali..hehhehe


KUAH LAKSAM
  • 600 gm isi ikan.....direbus dan dikisar ( ida beli isi ikan yg dicincang jer )
  • 1 1/2 tin santan pekat segera / 600 mls santan pekat segar...nk lemak lagi boleh lebihkan
  • 2 labu kecil bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 batang serai...dihiris nipis2*...utk resepi kali ni ida kisar 1 btg serai bersama bhn lain
Kisar/blend bahan yg bertanda *
  • 1/2 sd besar lada hitam tumbuk/serbuk lada hitam yg kasar.....boleh dilebihkan
  • 2 batang serai...diketuk
  • 3 sd besar gula lebih kurang / mencukupi
  • Garam secukup rasa
  • 2 asam keping -- takda, aku guna asam jawa heheh
  • Tambahan air yg mencukupi...jgn terlalu banyak takut kuah cair.
Cara2:
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk
  • Masak sehingga mendidih
  • Perasakan garam.

LAKSAM ( hanya pakai tepung beras shj )
BY : Ida @ Happy Cooking Time
  • 3 cawan tepung beras
  • 4 1/4 cawan air suam -+ ( sukatan air boleh adjust )
  • Sedikit garam
Cara2:
  • Panaskan air di dlm pengukus sehingga mendidih
  • Masukkan tepung & garam ke dlm mangkuk, masukkan 2 cawan air dahulu.....kacau sebati pakai whisker tgn.
  • Tambahkan baki air...kacau sebati -- campuran menghasilkan adunan yang sangat cair
  • Sapu acuan/pinggan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk adunan / secukupnya..tuang ke dlm acuan (ikut nak tebal mana, tapi jgn tebal sangat takut masa nk gulung ia pecah).
  • Letak acuan ke atas rak pengukus dan kukus selama 5 minit. Bila dah masak, sejukkan sebentar baru gulung.
  • Ulangi sehingga habis.

SAMBAL BELACAN
  • Ambil segenggam cili api, tambah sebiji cili besar, belacan, gula dan garam. (boleh ganti juga dgn cili kering yang direbus seketika)
  • Tumbuk @ kisar menggunakan blender kering
  • Perahkan air asam limau / lemon secukupnya
*Aku tak guna belacan, aku guna sejemput ikan bilis yg digoreng, lada besar (cili padi takda) pun goreng sekejap, tumbuk dgn sedikit garam.

LAKSAM dipotong bulat2 & sedia dimakan bersama kuahnya, sambal belacan serta hirisan ulam-ulaman seperti daun kesum, kobis, timun, kacang panjang ( kali ni tak der ) dan juga taugeh.

Note : Kalau yg real org Kelate  mkn laksam...dlm pinggan laksam tu mesti tambah seketui kecik belacan beserta bahan2 lain. Belacan ketui tu utk dimakan bersama laksam....sedap tau.


Itu la dia resepi yang mudah sekali..insyaallah sedap..ulam aku cuma kacang panjang, cili padi yang dipotong kecil-kecil dan sedikit lada besar..hehe

Wednesday, June 6, 2012

Buttercake & Almond Flake

Assalamu'alaikum..

Heheheh semenjak ada stok almond flake ni, rasa macam best je nak guna..hehheh ni buat sabtu lepas sebelum balik kampung, nak balik pukul 5 pm, masuk dalam oven 4.15 pm wahahhahah baik sempat & selamat dari kena bising, huhu setakat ni aku rasa, kena tinggal lagi kurang stress dari kena tunggu tapi kena bising wahahha syyyyhhh..

Sebelum tu nak buat soft japanese cheesecake, tapi kesilapan technical salah sendiri, degil!!, telah membuat aku yang tengah blur masa tu, tukar plan..saja buat nak bawa balik kampung. ada anak-anak saudara yang suka makan kek kat kampung cuti sekolah ni..resepi dapat dari Mat Gebu. Banyak kali juga dah buat, salah satunya di sini..

 

Marble Buttercake 
Sumber Asal: Mat Gebu
 
Bahan2nya:
300 g mentega
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A --- aku guna 6 biji Gred C
1 camca besar ovallate
--- 15 gram
250 g gula halus
30 g gliserin**
20 ml air **--- aku guna 50 gm air

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
CikMat kata :- Kalau tak da gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Sampai kampung maghrib dekat nak isyak, esok paginya dah habis  satu loyang..alhamdulillah

Note: Kebanyakkan entry aku schedule kan..jadi ada antara komen yang aku kadang sempat baca dan publish tapi aku jawab kemudian dengan kata lainnya lambat reply hehhe soriii...

 

Tuesday, June 5, 2012

Kue teow Kung fu

Assalamualaikum..

Suka kue teow kung fu ni..sebelum ni makan kedai je tahu..dulu-dulu 3 ke 4 tahun lepas pernah cuba buat, tapi tak menjadi..lepas tu tak pernah try sampai la minggu lepas..resepi sangat sempoi..ambil dari Myresepi, resepi oleh Hanis. Terima kasih Hanis untuk resepi yang sedap ni..tulisan purple tu yang aku buat ya..

 

Kue Teow Kung Fu
by: Hanis (Myresepi)
 
Bahan-bahan (1 orang): -- 2 orang
kueh teow
2 biji telur
lada hitam / lada putih
 
mix seafood
lobak
1~1setengah sudu besar tepung jagung --- lebih kurang 2 sudu
1 cawan air  --- 2 cawan setengah
sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
1 ulas bawang putih --- 2 biji
2 biji bawang merah
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih) --- aku letak banyakk, tumbuk sikit
sos tiram --- 1 sudu makan
1/2 kiub pati ayam maggi
1 sudu kecil lada hitam

Cara-caranya:
1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.Balikkan supaya kedua-dua belah masak. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.

2. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air).

*untuk kue teow, satu hidangan/ pinggan aku guna 1 biji telur, lada hitam & lada putih sedikit sahaja (jenama ajishio).

**untuk kuahnya, aku kisar bawang putih dan bawah merah dengan sikit air, kemudian tumis. bila dah naik bau, masukkan seafood, air, kiub ayam, lada hitam, cili padi, sos tiram dan sayur. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air..hehhe

Adik aku tak makan banyak sebab dah kenyang makan kfc, pastu sebab aku letak banyak lada hitam kat kuah tuh..hehhe dia kata lebih kurang kalau tak silap mana ada orang letak lada hitam hehhe tapi aku makan banyak sebab aku rasa sedappp..wakakaka..adik aku nya pun aku yang habis kan, perggghhh..

Nota: Macam bersepah la resepi kat atas tu..nampak macam susah sangat resepi ni padahal sangat senang..takpa la, sesiapa yang nak lihat langkah-langkah beserta gambar, bole ke my resepi. ini link nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih