Showing posts with label kek span. Show all posts
Showing posts with label kek span. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Orange Sunquick Layer Cheesecake

Assalamualaikum..

Sabtu malam ahad lepas..ingat nak buat moist orange cake, lepas tu nak salut dengan cream cheese perghh macam sedap je..sekali pergi dapur nak sediakan barang-barang, larr baru perasan..butter dah habis..cemana leh lupa ke tak tahu ntah..nak buat cheesecake base biskut, pun tak leh..baik la takda order, kalau tak semestinya aku dengan yakin tak tengok barang..jadi ni je lah yang leh buat, heheh orange sunquick layer cheesecake..wakakka baik ada telur..tu pun cukup-cukup je..

 

Orange Sunquick Layer Cheesecake
by ozzy cake d'luscious 

Bahan-bahan:
Kek span perisa oren -- perisa lain pun bole
 
250g whipping cream (aku guna non-dairy)
250g creamcheese
120-130g gula halus
4 sudu makan orange sunquick
~8g gelatin (cari yang halal ek..) -- lebih kurang 1 sudu makan
32g air panas untuk larutkan gelatin (air nih 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan orange sunquick. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

Hiasan:
Almond flake (bakar suhu 170-175degC selama ~10 minit. sejukkan)
Orange chocolate ganache


Saiz 8", harga RM60..

Friday, March 16, 2012

Cartoon Cake - Goku

Assalamualaikum..


Harap sesiapa yang datang berkunjung sini sihat sejahtera hendaknya..:)..dah solat dhuha ke belum?..

Goku cake ni adik aku order untuk hari lahir anaknya yang pertama..hehhe Muhammad Afiq..pendek je, senang..

Adik aku minta kek span, jadi aku buatkan kek span vanila, 3 layer, filling cream, strawberry & blueberry..dia minta banyak-banyak filling..aku rasa dah cukup banyak..tapi nanti tengok dia komen macamana..kalau tak cukup banyak, lepas ni aku improve kan lagi untuk letak piawaian 'banyak' tu, banyak macamana yang customer nak..

Adik aku yang deco yang simple..dia tak mahu rumput haha takpa..aku pun rasa kena bagi lagi cantik akunya rumput..


Walaupun sekadar tekap, aku memang kena improve kan lagi drawing ni..aku nak cari nozzle saiz 0 la pulak..ni guna nozzle saiz 1..pastu, aku nak try resepi piping gel yang homemade punya..yang ni aku gi beli yang ready made je sebab nak try hari tuh..

Harga mampu milik murah je..insyaallah..boleh sms no di profile ya or email untuk tahu harga..

orait..terima kasih berkunjung ke sini ya..

p/s: semoga kek ini sedap dan cantik sepertimana citarasa sesiapa sahaja yang makan dan yang memandangnya..insyaallah...

Thursday, October 7, 2010

Tiramisu cake for birthday

salam..wahhahhaha untuk makan sendiri jer..tak tahu nak buat kek apa sebab tak terasa nak buat @ nak makan kek apapun..buat nih je lar..


oppss..pagar rongak..love letter tak cukup..hehhe utk mkn sendiri jd masa beli tak pikir, asal ada..hasilnya jadi la macam kek yang memang tak siap..hehhehe


kali ni buat kek span kosong, saiz 9"..hehhee besarrrrr...jd bawa lah sikit g opis...


adik tanya, takde tulis2 ke. tak payah, tak sempat nak tulis2, taruk ganache lagi la tak sempat..heheh pemalas


mee kuah adik buat nyum nyumm..suka2!! harap balik keje kang ada lagi kuahnya..nak makan lagi...



Thursday, September 30, 2010

Testing tiramisu..(^^,)...:">

Resepi ok. sungguh2 nih...rasa sangat sedap, sangat marvellous!!! sila cuba di sini. jgn terkejut kambeng tengok gambar2 nih..anggap je anda sedang melihat satu permandangan yang sangat indah

3rd trial



creamcheese cuma buat separuh adunan sbb nak tengok macamana hasilnya. cheese aku biarkan kat suhu bilik dulu...(lebih 12 jam. aku kuarkan dr peti ais & tinggal pergi kerja..muahhahaha)..lepas 3 jam dalam peti ais, cream cheese jd firm, tak cair dan tak mengalir macam 1 trial..cuma tu la..sebab buat separuh adunan jadi ketakpuasan hati tu banyak diluahkan kat telinga aku nih..okey!! next time takda separuh2 adunan..

kek span coklat...resepi kek span sini..tapi kek apa2 pun boleh..tak kisah..

2nd trial


adunan penuh. 2 biji kek. ingat nak buat fluffy, dan memang pun jadi fluffy..tapi cheese nya berketul2..sbb takut jd mcm 1st trial, cream cheese yg ada ketul tu aku lapiskan jugak..hasilnya lepas 2 jam dalam peti ais, cream cheese itu ok, cuma dikatakan rasa macam kek span yang disalut dengan krim biasa..mana pergi cheeseee...aduihh...sakit lagi telinga aku...dah tension tiramisu tak jadi..

satu bekas lagi bagi kat adik yang dah kahwin tu. yang kat rumah aku biarkan je, tak masuk peti ais pun..tension2...biar je..esoknya balik keje, saje nak rasa2...sekali..laaaaa sedap laaa pulak..baru ade rasa cheese nya... /:)..dah berebut plak pastuh aku dapat mkn sikit..moralnya, biarkan dulu cheese kat suhu bilik...ish2 ish

1st trial
....???...hhahhahha lagi terkejut kambeng klu tgok..

cheese dengan whipping cream dengan gula semua baru keluar peti ais, terus pukul sampai kembang dan gebu..memang kembang dan gebu, tapi berketul2..tapi aku selamba je..sbb kononnya aku ni dah baca komen2 kat situ tuh, kononnya la..aku biarkan la berapa minit ntah sementara masak makan malam..pastu sambung putar balik. huish..ok dah semua, takde ketul2..cuma cair jer..tapi takpa la sbb rasa pun sedap sangat..tapi cair la...cair sampi mengalir walaupun selepas 2 jam (lebih  kurang) dalam peti ais...

tapi disebabkan rasa yang sangat sedap tu lah aku bersemangat nak buat lagi..bila aku dah excited nak buat, biasanya ada la nanti problem nya..jadi la peristiwa mcm 2nd trial tuh...tapi tak puas hati gak tu yg ada 3rd trial tu...pun tak bape puas gak makan sbb cream cheese nya tak banyak...muahhahahhaha..makan je larrr

cheesee...muahahhaha nanti bulan nih nak pergi kelas kek keju ngan Kak Noraini Zakaria..jom belajar lagi..muahahhaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih