Sabtu malam ahad lepas..ingat nak buat moist orange cake, lepas tu nak salut dengan cream cheese perghh macam sedap je..sekali pergi dapur nak sediakan barang-barang, larr baru perasan..butter dah habis..cemana leh lupa ke tak tahu ntah..nak buat cheesecake base biskut, pun tak leh..baik la takda order, kalau tak semestinya aku dengan yakin tak tengok barang..jadi ni je lah yang leh buat, heheh orange sunquick layer cheesecake..wakakka baik ada telur..tu pun cukup-cukup je..
Orange Sunquick Layer Cheesecake
by ozzy cake d'luscious
Bahan-bahan:
Kek span perisa oren -- perisa lain pun bole
250g whipping cream (aku guna non-dairy)
250g creamcheese
120-130g gula halus
4 sudu makan orange sunquick
~8g gelatin (cari yang halal ek..) -- lebih kurang 1 sudu makan
32g air panas untuk larutkan gelatin (air nih 4x berat gelatin tuh)
Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan orange sunquick. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh,
tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila
siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..
Hiasan:
Almond flake (bakar suhu 170-175degC selama ~10 minit. sejukkan)
Orange chocolate ganache
Saiz 8", harga RM60..
2 comments:
Cantiknya.. dan sedapnyaa.. gebu aje teksturnya tu.. kemas dan sedappp dah tentu2lah kan..:))
boleh tahan sedap juga kak sya..walaupun sebenarnya saya tak expect pun sesedap ini sebab guna oren sunquick kan, selalu org buat guna fresh orange..
cuma saya kalau kek sendiri buat, memang makan sikit dan sikit tapi berulang2..adec & adik yang habis kan..kek ni saiz 8, siap petang ahad, selasa malam dah selesai..rasa berbaloi..
Post a Comment