Monday, April 11, 2011

Roti Boy (Mexican buns)

Salam,
Buat minggu lepas..ambil resepi dari resepi diana kat sini. wah..best nyer rasa..adunan nih utk 17 ketul, aku buat bagi jadi 9 ketul wakakka besar sangat jadinya. aku tak uli guna tangan, cuma guna mixer biasa tapi guna yg spiral whisk..



Tengok resepi macam susah & byk keje, tapi sebenarnya mudah jer, pas nih aku plan kalau nk buat, nak sediakan dulu bancuhan topping ngan inti sehari sebelum.


Roti Boy (Mexican Buns)
Resepi aku ambil dari http://resepidiana.blogspot.com/:

Bahan untuk Inti
100 gram mentega bergaram dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang ---aku guna gula biasa hehhe

Bahan untuk Topping
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi ---aku tak bubuh, tak sukerr hehe
100 gram tepung serbaguna, diayak

Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti diayak ---yg ni mesti ayak!!jgn malas
20 gram tepung susu diayak ---ada anlene jer kat umah, jd aku guna je lar..
75 gram gula kaster ---aku guna gula biasa je jugak hehhe
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) ---dan sebaliknya
60 gram mentega, dilembutkan

Cara untuk Intinya
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. ---aku buh dalam piping beg je
Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.---abaikan step nih kalau dah buh dalam piping beg

Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan esen kopi.
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis
Campurkan tepung & susu yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). ---aku buat >100 g dpt 9 bhgn hohoho
Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy 

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

2 comments:

Rozita said...

memang saje je kan...eleh aku pun boleh la...boleh beli yg kat tepi jalan tu... hahaha....

mcm byk bahan je faiz...ehkalau tukar nescafe tu ke milo ke kopi ke boleh tak? umah aku takde nes la...camne?

Ozzy Choc D'Luscious said...

tak de la bnyak, bhn biasa je, yg luar biasa cuma gula icing, tepung roti ngan yeast je...

bole je nk tukar ke kopi, kan kita yg buat dia, tp kalau tukar ke milo tuh ce ko try, aku tak pasti la plak hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih