Mango Layer Cheesecake ni buat last week..nak update dari hari tu tapi cam tangguh2..hehe
Dalamnya kek span vanila je..aku guna 2 biji mangga saiz sederhana..1 biji aku kisar untuk dimasukkan ke dalam creamcheese, dan 1 biji lagi untuk hiasan atas nu..emm tapi kalau untuk hidangan makan2 atau apa2 majlis, dicadangkan hiasan mangga kat atas kek tu di kupas/potong sejurus sebelum kek dihidangkan..sebab kalau mangga yg sesiap dipotong dan diletak atas kek kemudian dimasukkan dalam peti ais semula, mangga tu akan bertukar jadi warna kuning2 coklat dan kering jadi tak nampak kesegarannya..ataupun alternative lain, boleh dituangkan mango filling atas kek tu..
Dulu aku pernah buat, boleh ke sini..dan kali ni aku tukar sedikit kaedahnya..
Mango Layer Cheesecake
Bahan2:1 biji kek span saiz 7"
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
1 biji buah mangga saiz sederhana, kisar hingga hancur -- boleh juga ganti dengan 1sb paste mangga
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih(air nih lebih kurang 4x berat gelatin tuh)
Cara-caranya:
1.
Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan
mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja.
ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Putar creamcheese (yang dah dibiarkan pada suhu bilik sekejap) dan gula hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan mangga yang dikisar tadi. putar sebati.
3.
larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah
sejuk/suam (larutan akan jadi kuning jernih), masukkan ke dalam adunan creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5.
pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan
lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..
nota1:
kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik
pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak
tarik keluar..
nota2: kek span akan
mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah
sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk
buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan
dengan adunan cheese..
Sepatutnya 3 lapis, tapi entah macamana le jadi 2 lapis je..kehkehkeh..dan bagi aku (juga komen dari yg request kek ni), kami lebih suka mango cheesecake ni digabungkan dengan butter cake daripada kek span vanila ni sebab rasa dia kosong dan macam tak join dengan creamcheese tu..tapi berlainan dengan orange sunquick layer cheesecake dan durian layer cheesecake, dua2 tu pada aku sedap je dengan kek span..ataupun lainkali aku letak sikit perasa oren/ mangga kat kek span ni kan?..emmm good idea....
okeh..cukup lah dulu..nanti kita try kek lain pulak eh..
2 comments:
aku rasa idea nak campurkan rasa lain kat kek tu mcm best...aku pun nak try buat buttercake aku tu jadi marble buttercake...boleh tak ye?
bole ita insyaallah..
ermm ko nak buh persa strawberry eh? hehhe
Post a Comment