Monday, July 9, 2012

Durian Layer Cheesecake (Chilled) & Resepi

Assalamualaikum..
Hari tuh kata nak letak resepi kek keju duriankan?..ni ha..sebelum tu tengok dulu isinya macamana..


Durian Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7" / 2 biji kek span saiz 6"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus
100 - 130g isi durian --- entry yang lepas aku kekurangan durian..
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan isi durian. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: isi durian terpulang masing2 kalau nak dikisar halus dahulu..aku tak kisar sebab macam sedap kalau tergigit2 durian
nota2: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota3: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

sekian..hehhe

Resepi yg masih pending in action heheh:
1. Kek Lapis Kastad Jagung
2. Marble Buttercake - Strawberry

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih