Monday, December 31, 2012

Cupcake Pink

Assalamualaikum..
Satu set lagi pesanan dari kak tun..untuk makan2 especially adria yg sangat suka warna pink..

haiyakk..dah macam kumbang berduri dah..
sama juga..moist chocolate cake dan vanila buttercake..filling chocolate ganache dan blueberry :D..


Thanks kak Tun..harap sangat mereka suka cupcake ni..insyaAllah

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..

Sunday, December 30, 2012

Cupcake Purple 2

Assalamualaikum..
Semoga semua pengunjung blog kecil ini sihat sentiasa..bila sihat mudah kita nak gembirakan orang lain..kan?kan?..ngeh ngeh..

Ni  pesanan dari kak tun, ex-officemate di PMB dulu..untuk buah tangan masa merisik..nak design dan warna yang sama macam Cupcake Purple itu hari..tapi yang ini aku 'ter'pekatkan warnanya hehehe


Moist chocolate cake dan vanila buttercake..filling chocolate ganache dan blueberry :D

 

Letih aku adjust photo nak bagi warna purple sebenar tapi tak dapat2..warnanya yg betul adalah macam warna purple pink..kalau tengok pada gambar kat bawah, dekat2 warna 228, 236 & 244..

sumber: google
 

Terima kasih kak Tun..^_^

Thursday, December 27, 2012

Coklat Hantaran Peach Hitam Putih II

Assalamualaikum..
Terima kasih Fathihah dr Penang..minta design yang seperti Coklat Hantaran Merah Hitam Putih seperti sebelum ni..aku ubah corak lorekkan atas coklat, haluan dan beberapa lagi..


Filling almond, hazel nut & blueberry...pick up oleh adik fathihah di Giant Bandar Kinrara..


Fathihah juga pesan coklat 12pcs..tema coklat dan peach..


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah...semoga coklat ini cantik dan sedap sepertimana citarasa sesiapa sahaja yg memakan dan yang memandangnya..insyaAllah

Wednesday, December 26, 2012

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..
Moist chocolate cake with chocolate cream+ blueberry filling...size 7", berat >1kg..






Sunday, December 23, 2012

Wordless Entry - Chocolate Ganache

Assalamualaikum..


p.s: i did it!!! segala puji bagi Allah..alhamdulillah

Thursday, December 20, 2012

Wedding Cake Grey & Pink theme

Assalamualaikum..
Sabtu haritu pergi kelas wedding cake di Lea Oven Shoppe. Ini hasilnya..
Saya sedia menerima tempahan kek perkahwinan 2 dan 3 tingkat..insyaAllah..

 


Jangan kecewa jika belum dapat menghasilkan yang seperti ini atau yg seperti apa2 yg dilihat..berusaha, Allah akan tunjukkan jalannya..

Monday, December 17, 2012

Princess & Angry Birds Cake

Assalamualaikum..
Terima kasih kak Yus..sms ke 0192819768 utk pertanyaan & tempahan..


Sungai bertingkat itu juga diperbuat dari kek..tinggi princess ini lebih kurang 8-9"..kek di dalam, vanila buttercake diselang selikan dengan chocolate moist cake..filling chocolate cream dan chocolate ganache..


Untuk gembira, gembirakan orang lain..

Wednesday, December 12, 2012

Caramel Sauce

Assalamualaikum..
Hehe hari ni nak kongsi resepi caramel sauce yang aku buat isnin lepas..caramel sauce tu yang lebih kurang macam yang kat dalam gula2 cadburry tu..lama dah nak buat, tapi baru hari tu terdatang semangat nak buat. itu pun lepas buat bergedel berkeju yg tak menjadi (jangan tanya, gambar takda) adehh..

Resepi ambil dari blog Noorsha. Beliau guna sukatan sudu dan cawan. Memula aku ikut sukatan tu, tapi mungkin terlebih mentega (aku belum berapa bagus bila guna sukatan sudu) dan gula hangus tu memang hangus, sos karamel aku tak jadi.

Terus tergerak nak buat lagi sekali dengan kurangkan sukatan tadi (yang 1st tu aku dah siap2 timbang)..dan bersabar tunggu gula cair dengan api yang kecil..heheh alhamdulillah menjadi..


Caramel Sauce (Sos Karamel)
Resipi asal : athira alya, myresipi
Resepi diadaptasi dari: Noorsha

Bahan-bahan:
200 gram gula
2 sb air
60 gram mentega
120 gram whipping cream

Cara-cara:
1. masak gula dgn api kecil, bila suku atau separuh gula dah cair dan warna perang, masukkan air. Masa ni keseluruhan gula akan mula mencair, kacau sentiasa.
2. bila semua gula dah betul2 cair, masukkan mentega dan kacau sehingga semuanya mencair. (Gabungan tu akan sedikit membuak tapi teruskan mengacau).
3. Angkat dari api, masukkan whipping cream, sentiasa kacau sehingga semua whipping cream sebati dengan gula. Bila dah sebati, akan rasa sedikit likat.
4. Kemudian letak semula atas api kecil sekejap. Biarkan sejuk.
Pastuh boleh simpan dalam bekas dan masuk peti ais.

PERHATIAN:
- Jaga2 ketika mencairkan gula, gula yg cair lagi panas dari air panas.
- Gunakan api kecil ketka mencairkan gula, dan jangan mengacau terlalu lama setelah semua gula mencair (sebelum dimasukkan mentega). Ini mengelakkan gula bertukar jadi warna hitam. Nanti PAHIT.
- Selepas masukkan whipping cream, hati2 ketika mengacau kerana akan ada sedikit percikan.
- Sos caramel akan likat setelah sejuk. Masa mula2 nak sejukkan, akan kelihatan seperti minyak terapung, dan terpisah dari gula. Kacau sebentar, ia akan sebati..
- TAPI kalau masa kacau dia sebati, kemudian bila dah sejuk, ada lagi minyak terapung dan terpisah dari gula, maknanya sos caramel tu tak jadi hehe mungkin sebab terlebih mentega..Sila cuba lagi, dan jangan putus asa.
- Menurut penyumbang resepi asal, Sos karamel ni bole disimpan up to two weeks.


Boleh di makan dengan roti, atau dah boleh dah buat kek filling atau topping heehehehhe
 

Tuesday, December 11, 2012

Pendirian..

Assalamualaikum..
Hehe hari ni Selangor cuti..jadi aku pun cuti hehe banyak benda aku plan nak buat tapi sampai la ni masih duduk menghadap laptop ni haa..adehh

Emm..aku nak share sesuatu yang aku jumpa di fb UZAR..


memang ada rasa terpukul (oouchh!...sakitlah!), tapi aku terima lah..jadi aku izinkan apa sahaja gambar, kandungan, resepi dan apa jua untuk diambil..ambillah, tak payah minta kebenaran..nak crop gambar (cth: watermark) pun crop lah..kalau gambar itu membawa kebaikan kepada orang lain, tak da salahnya..insyaAllah

Tapi buat masa ni dalam gambar, aku masih akan letakkan watermark aku macam biasa, untuk menjaga hati sendiri dan boleh juga untuk promosi kan?kan? hehhehe

Terima kasih kepada yang anda yg sudi berkunjung ke blog kecil ini..

p/s: ngantukla pula..erk?
 

Monday, December 10, 2012

Cupcake Purple

Assalamualaikum..
Terima kasih cik shakira & Pn wan..


25 pcs cupcake warna purple design bunga..vanila cupcake. pick up Giant Bandar Kinrara..

Harapan saya kek ini cantik dan sedap seperti mana citarasa sesiapa sahaja yg memakan dan yg memandangnya..insya Allah

Boleh hubungi saya untuk tempahan 019-2819768

Friday, November 30, 2012

Pavlova...?

Assalamualaikum..


Aku  tak pernah makan, orang lain sibuk buat ke sibuk order ke, aku pandang je..ada terasa nak try tapi sekali lalu je la..tak menarik hati aku nak mencuba terus..tapi beberapa harini sibuk la terasa macam nak buat sejak masterchef haritu tunjuk peserta buat pavlova ni..

menjadi ke?..owh..mesti la tak..kahkahkah aku tak pernah makan, tapi aku berani kata tak jadi..kan?kan?..iyo laa..dah luornye garing dalamnya basah lagi, pastu melekat kat kertas alas baking pulak..bila dah sejuk, melekat melekit..rasa?..kemudian lah cita bila dah jadi nanti, kang kalau aku kata sedap, ada plak yang kata, tadi kata tak jadi macamana bole sedap pulak..

macam tension je bunyi..a'ah memang.. last2, aku off oven pastu gi tidur. tinggal je semua semua dalam oven. sebenarnya dah mengantuk. ntah macamana bole terlepas pandang yang masa bakar pavlova ni lebih dari 1 jam..tadi pagi bangun tidur nak gi bilik air, tetiba bole terlajak sampai ke dapur nak tengok pavlova dalam oven..bole gitu?..ok..dah tahu dah tak jadi..

maybe sebab suhu atau kedudukan tray dalam oven atau kuantiti gula.

moral: sila jangan putus asa beli telur banyak2 sebab nak buat pavlova.

tambahan: tak usah ditanya cemana boleh terlepas seketul tuk amik gambar dan untuk dirasa oleh aku si pembuat pavlova

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Entry - Lost..-dah update

Assalamualaikum
Senyumlah untuk 'mencipta' kegembiraan, jangan hanya menanti gembira untuk mencipta senyuman! - Pahrol Mohamad Juoi
 

ok, tipu..ni bukan wordless entry
edited on 30/11/12:
ngeh ngeh...ni adalah biskut marie yang direndam 1-2 saat dalam nescafe pekat yg panas. Dilapisi dengan cream cheese yg sangat sedap..kemudian taburkan je dengan serbuk koko..MILO pun bolehlah bolehlah (sambil gelak2 dalam hati)..

Adunan di bawah adalah untuk sebiji kek, jadi boleh sesuaikan kuantiti bancuhan dengan keperluan penggunaan (eh? betul ke ayat ni?)..kali ni ni manis sedang sedang sahaja sebab biskut yang direndam dengan nescafe pekat tu dah pahit..jadi seimbang rasanya..(ikut deria rasa dan kemahuan aku la)

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:

250 g Cream cheese, suhu bilik
25 g butter
1 st vanila extract
30 g gula  icing (sifted)
180 g whipping cream (non-dairy) 

Cara-cara:
1. pukul whipping cream, sampai dapat soft peak. masukkan dalam peti ais.
2. pukul cream cheese, butter, vanila extract sampai smooth.
3. masukkan gula icing ke dalam creamcheese yg dipukul tu. putar sebati.
4. kuarkan whipping cream tadi, masukkan 1 senduk dahulu ke dalam adunan creamcheese, putar perlahan hingga sebati. kemudian masukkan baki whipping cream tadi dan gaul sebati.

 

Sunday, November 25, 2012

Red Velvet Cake - Moist

Assalamualaikum
Kali ni cuba resepi lain pula..dari blog Anna Qaseh AzZahra. Ada 2 jenis red velvet cake kat situ..jadi aku pilih yang moist hehe thanks ya AnnaQawina..untuk cream cheese, kali ni aku ubah suai dari resepi cream cheese yang aku buat 1st time dulu kat sini..yg mana resepi asal dari Joy of Baking.

Pada aku sedap je kek ni..walau nampak kuantiti gula agak banyak, dan masa aku rasa adunan pun, 'alamak..manisnyaa'..tapi bila kek dah siap, eh ok je..takda la rasa manis yg melampau2 tu..sedang2 je cam biasa..

Untuk kek, aku buat separuh adunan dari resepi di bawah dan aku guna apple vinegar..cream cheese pula aku buat seperti di bawah..gula icing boleh dikurangkan lagi ke 20g sebab yg ni pun agak sedikit manis walaupun resepi asal patutnya letak 57-58g..

 

RED VELVET CAKE -MOIST
Sumber : Nurul@Cakes2U

Bahan-bahan:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cara-cara:
1. Ayak (A)-ketepikan
2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
--- Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit
Sejukkan dan hiaskan dengan Cream Cheese icing.
 

CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:
250 g Cream cheese, suhu bilik
25 g butter
1 st vanila extract
30 g gula  icing (sifted)
180 g whipping cream (non-dairy) 

Cara-cara:
1. pukul whipping cream, sampai dapat soft peak. masukkan dalam peti ais.
2. pukul cream cheese, butter, vanila extract sampai smooth.
3. masukkan gula icing ke dalam creamcheese yg dipukul tu. putar sebati.
4. kuarkan whipping cream tadi, masukkan 1 senduk dahulu ke dalam adunan creamcheese, putar perlahan hingga sebati. kemudian masukkan baki whipping cream tadi dan gaul sebati.


Sunday, November 18, 2012

Red Velvet Cake

Assalamualaikum..


Resepi kek sama seperti di sini..cuma aku kurangkan kuantiti koko untuk jadikan kek lebih merah..creamcheese juga try guna resepi lain..aku ambil gambar di internet, tapi aku lupa sumbernya...alahai..

tapi resepi creamcheese yg guna kat rainbow cake haritu juga yang sedap..tapi lupaaaaa resepi.....adeh..tengah cari nih..

nota utk diri sendiri: lebih telur, kurang air

Blueberry Cheesetart

Assalamualaikum..


Resepi shell & cream cheese kedua2nya bersumberkan dari blog kak Azlita Aziz..terima kasih kerana sudi kongsi resepi..ada step by step lagi

Shell/Crust
Sumber: Azlita Aziz

Bahan2:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart --- aku guna saiz 5cm dapat dalam ~50 pcs
Cara2:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. 
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 
Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream cheese
Sumber: Azlita Aziz
Bahan2:
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara2:
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. --- aku masukkan esen vanila, putar sebati, kemudian baru masukkan telur dan putar sebati (sekejap sahaja, < 30saat).
 

Monday, October 22, 2012

Puff Pastry Inti Kentang

Assalamualaikum..
Tadaaa..kali ni aku buat menjadi laa..tu pun lepas aku tengok adik aku buat 2-3 hari sebelum tuh...kuikuikui dulu aku buat tak menjadi sangat..terus macam malas nak buat, tetiba tengok adik aku buat, eh?..jadi laa...hihihi so aku pun tiru la..tapi aku buh inti kentang cam inti karipap tu tapi versi aku le kan..versi paling ringkas in the world. erk.. kut....


Puff pastry aku beli jenama KAWAN, bila survey memang ramai guna jenama ni..

Inti pula: Aku rebus 2 biji kentang yang dah sesiap potong dadu. rebus sampai empuk dan toskan. Kemudian tumbuk bwang kecik 2 biji + bawang putih 1 biji + ikan bilis (kuantiti aku agak2 ikut kuantiti kentang) + garam secukup rasa + serbuk kari 1 sudu kecik...kemudia tumis, bila dah masak, masukkan kentang tadi..biarkan sekejap..dah siapp..

aku lenyek2 sikit kentang tuh atas kuali..Dapat la untuk 5 ketul isi penuh2..tu pun ada baki lagi lebih kurang sesudu.

Nota (untuk rujukan kemudian hari): 
Puff Pastry ini dah cukup rasa jadi tak yah nak lebih kan garam pada inti
Aku bakar suhu 230degC ikut macam kat plastic bungkusan..tapi tengok blogger lain buat 180 or 190 degC..ikut mana yg jadi la yer..dulu rasanya aku guna suhu 180-190degC, tapi tak senaik ini pastry nya..
Api atas bawah
Masa bakar, kedudukan puff pastry ditengah2 oven antara api atas dan bawah..

Lagi satu..emm aku bakar letak atas rak bukan atas dulang (dulang oven)..tapi dulang oven tetap aku masukkan..maknanya susunan yg aku buat cam ni, bawah sekali dulang--rak besi--kemudian puff pastry


Silap aku, aku masukkan sikit air masa last sekali tumis kentang tu konon nak buat basah2 sebab tepung jagung habis padahal masin sikit hihihi, jadinya intinya macam lembik2 gitew..tapi ok je bagi aku..

diorang?..'baik makan karipap'..aku? aku tak kisah..lagi rasa nak buat lagi adalah..kahkahkah

Tuesday, October 16, 2012

Classic Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..
:D..cer tengok cer tengok..classic tak?..kahkah aku pun tak tak tahu mana classic nya..ini kek coklat resepi yang biasa aku buat..yang aku kata dulu kawan adik aku bagi, dan resepi ni aku guna untuk buat kek yang orang pesan..cuma kali ni topping nya aku guna yg susu cair je tapi sangat sedap..tu yang warnanya memang jadi warna chocolate..kalau guna whipping cream, warnanya akan lebih gelap..yang putih2 tuh adik aku tanya..'ni kelapa ke?..'..ishhh...!! bukan laa..tu coklat putih yang aku parut halus..hehe aku nyer parut tu mata dia halus, jadi yang halus2 je yg keluar..iyor la tu..

Lepas ni kalau pergi interview, kalau dia tanya apa kelemahan awak..aku leh lah jawab, kelemahan saya adalah saya tak tahu nak letak buah strawberry atas kek bagi nampak cantik kahkah gelak untuk sendiri..ada org yg main campak2 je, tapi hasilnya sangat cantik..

Kek ni untuk makan sendiri, aku buat separuh adunan dari selalu je..kemudian adunan aku bahagi 2 ke dalam loyang saiz 7"..senang, tak payah nak kerat2 masa nak letak filling..resepi kat bawah ni adalah adunan yg aku buat..


Moist Chocolate Cake

Bahan Kek:
*125 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*18-20 gram serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

125 gram butter -- suhu bilik
120 gram gula kastor
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila

150 gram susu (aku guna susu HT)

Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul).
6. Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam 2 loyang saiz 7" (kalau masuk 1 loyang sahaja pun boleh tapi masa pembakaran jadi 45-50min).
7. Bakar pada suhu 180degC selama 40 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk Chocolate Ganache:
250 gram chocolate (aku guna Beryl's)
240-250 gram susu cair (aku guna ideal)
1/4 sudu kecil nescafe (optional)
1 sudu makan butter

Caranya:
1. Panaskan susu cair dalam periuk sehingga sedikit mendidih (tepi2 dia).
2. Angkat dari api.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga semua larut.
2. Masukkan butter. Kacau sebati.
4. Masukkan nescafe, kacau sebati (boleh juga di bancuh dengan susu siap2)
Adunan coklat ini sangat cair jadi biar semalaman (cukup suhu bilik, tak payah masuk peti ais), adunan akan jadi pekat.


Cara aku letak ganache untuk kek ini..
Untuk bahagian atas, aku tuang ganache yg dah pekat tadi tu, agak2 leh cover semua permukaan atas kek. Mereng2 kan kek bagi rata tanpa di sentuh guna spatula.
Kemudian bakinya aku masukkan dalam peti ais dalam 30-1 jam (aku 1 jam sebab banyak benda lain nak buat kuikui)..sementara tunggu chocolate yg dalam peti tu, ratakan coklat yang meleleh kat tepi kek tuh. kat sini maknanya, tepi kek akan ada 1 lapisan nipis coklat. pas tu masukkan kek dalam peti ais.
Lepas 1 jam, kuarkan coklat dan kek dari peti ais. Guna pisau atau spatula, ratakan coklat (yg dah tak mengalir) tadi di tepi2 kek..


Ini cara aku letak ganache untuk kek ni. Aku dah lama tak guna susu cair, sebab ada whipping cream hehehe whipping cream bila dah semalaman, dia tak mengalir...tapi yang nampak mengalir tu yang sedap..kalau tak pun, ikut la cara mana yg korang suka..
Kalau nak cepat pekat, kurangkan separuh kuantiti susu cair..masukkan kek dalam mangkuk, tuang ganache atas kek..hah dah siap..mana2 je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih