Kali ni cuba resepi lain pula..dari blog Anna Qaseh AzZahra. Ada 2 jenis red velvet cake kat situ..jadi aku pilih yang moist hehe thanks ya AnnaQawina..untuk cream cheese, kali ni aku ubah suai dari resepi cream cheese yang aku buat 1st time dulu kat sini..yg mana resepi asal dari Joy of Baking.
Pada aku sedap je kek ni..walau nampak kuantiti gula agak banyak, dan masa aku rasa adunan pun, 'alamak..manisnyaa'..tapi bila kek dah siap, eh ok je..takda la rasa manis yg melampau2 tu..sedang2 je cam biasa..
Untuk kek, aku buat separuh adunan dari resepi di bawah dan aku guna apple vinegar..cream cheese pula aku buat seperti di bawah..gula icing boleh dikurangkan lagi ke 20g sebab yg ni pun agak sedikit manis walaupun resepi asal patutnya letak 57-58g..
RED VELVET CAKE -MOIST
Sumber : Nurul@Cakes2U
Sumber : Nurul@Cakes2U
Bahan-bahan:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam
B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb
cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cara-cara:
1. Ayak (A)-ketepikan
2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan
pukul lagi
3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan
kek dan bakar hingga masak.
--- Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan
bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit
Sejukkan dan hiaskan dengan Cream Cheese icing.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:
250 g Cream cheese, suhu bilik
25 g butter
1 st vanila extract
30 g gula icing (sifted)180 g whipping cream (non-dairy)
Cara-cara:
1. pukul whipping cream, sampai dapat soft peak. masukkan dalam peti ais.
2. pukul cream cheese, butter, vanila extract sampai smooth.
3. masukkan gula icing ke dalam creamcheese yg dipukul tu. putar sebati.
4. kuarkan whipping cream tadi, masukkan 1 senduk dahulu ke dalam adunan creamcheese, putar perlahan hingga sebati. kemudian masukkan baki whipping cream tadi dan gaul sebati.
2 comments:
wah...cantik...merah menyala...aku suka..eh...template baru eh...cantik...aku suka gak!
tq..eh?mana ada baru..dah lama lah.
Post a Comment