Resepi shell & cream cheese kedua2nya bersumberkan dari blog kak Azlita Aziz..terima kasih kerana sudi kongsi resepi..ada step by step lagi
Shell/Crust
Sumber: Azlita Aziz
Bahan2:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart --- aku guna saiz 5cm dapat dalam ~50 pcs
Cara2:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap
udara dan ia tahan lama.
Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan
cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk
mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream cheese
Sumber: Azlita Aziz
Bahan2:
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara2:
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. --- aku masukkan esen vanila, putar sebati, kemudian baru masukkan telur dan putar sebati (sekejap sahaja, < 30saat).
2 comments:
ko ikut resepi kak ita tu..ko punya cara ambik gambar pun dah macam dia..hihi.. cun!
kehkehkeh mana ada..ni gambo biasa2 jo amek kat dapor yg bersepah nuhaa
Post a Comment