Friday, November 30, 2012

Pavlova...?

Assalamualaikum..


Aku  tak pernah makan, orang lain sibuk buat ke sibuk order ke, aku pandang je..ada terasa nak try tapi sekali lalu je la..tak menarik hati aku nak mencuba terus..tapi beberapa harini sibuk la terasa macam nak buat sejak masterchef haritu tunjuk peserta buat pavlova ni..

menjadi ke?..owh..mesti la tak..kahkahkah aku tak pernah makan, tapi aku berani kata tak jadi..kan?kan?..iyo laa..dah luornye garing dalamnya basah lagi, pastu melekat kat kertas alas baking pulak..bila dah sejuk, melekat melekit..rasa?..kemudian lah cita bila dah jadi nanti, kang kalau aku kata sedap, ada plak yang kata, tadi kata tak jadi macamana bole sedap pulak..

macam tension je bunyi..a'ah memang.. last2, aku off oven pastu gi tidur. tinggal je semua semua dalam oven. sebenarnya dah mengantuk. ntah macamana bole terlepas pandang yang masa bakar pavlova ni lebih dari 1 jam..tadi pagi bangun tidur nak gi bilik air, tetiba bole terlajak sampai ke dapur nak tengok pavlova dalam oven..bole gitu?..ok..dah tahu dah tak jadi..

maybe sebab suhu atau kedudukan tray dalam oven atau kuantiti gula.

moral: sila jangan putus asa beli telur banyak2 sebab nak buat pavlova.

tambahan: tak usah ditanya cemana boleh terlepas seketul tuk amik gambar dan untuk dirasa oleh aku si pembuat pavlova

4 comments:

ANIM said...

yang ni pun kak tak pernah makan (eeh..eeh..jakun nya kak anim ni!)

Faiz said...

hahaha kak anim, banyak lagi mknn yg dah riuh sana sini yg saya belum makan ngan rasa..nasi kandar pun tak pernah tauu..

Rozita Ceritaita said...

aku dah penah makan... meh bagi aku tolong rasa...melting in your mouth...mahal woo.. 4 sapuloh ringgit! err..susah ke buat dia faiz?

Faiz said...

buat dia pada aku senang cuma bahan2 juga masa & kebolehan, itu yg mahal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih