Thursday, October 20, 2011

Red Velvet Cake - attempt1

Salam..
Ecece..1st attempt gitu hehheh nnti lah sok ke aku bebel..la ni tengok gambar je dulu..sedap tak?..sedapp..kek sedap, moist tapi kurang manis (maybe nak sekalikan ngan krim yg manis macam aku), dan krim pun sedap..


okey, sambung..resepi ambil dari HanaMemories..kat sini..thanks ya hana, minta c&p resepi sini..tapi aku guna warna merah sangat sikit dalam setengah sudu kecil gitu (Americolor)..sbb tujuan asal nak tahu rasa kek ni mcmana sebenarnya..

Lagi satu, aku cuma buat separuh adunan dari adunan di bawah ye..

Resepi Red Velvet Cake
Source : joy of baking
Terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *  
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter  
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanilla
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Potong dan hidangkan


Aku masukkan dalam shuffle cup size S / 200 oz..separuh adunan dapat dalam lebih kurang 16-17 cups..bakar dalam 20 minit cam tuh..aku potong dan lapiskan dengan cream cheese..

 

sedap..alhamdulillah..

2 comments:

Rozita said...

akhirnya.. ko buat jugak...hehehe... amacam sedap kan?

cuma ko punya kek ni kena tambah nama sikit.. dark red velvet kek.. hehe..pasal tak bape nak merah menyala kan....

dah leh ambik tempahan ni..

Faiz said...

sedap, kedua2nya maksud aku kek dan ceam nya sekali.. insyaallah dah leh amik tempaham


okey, ko leh refer sini tuk warna red velvet sebenar :) http://en.wikipedia.org/wiki/Red_velvet_cake

apa pun bole..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih