Mini oreo cheesecake (chilled)..perggghhh sapa nak? hehhe buat sendiri..pada aku ini sangat sedap, sbb aku suka cheese. kalau yg kurg suka akan bertukar ayat jadi sangat tak sedap. Adec aku yg suka cheese, kata sedap!..lagi sorang plak kurang suka cheese, makan separuh sambil tunjuk muka kelat hehhe sebab memang sangat rasa kekejuan nya..tengok resepi pun tahu yg ini memang akan rasa lemak tak hengat..
Resepi dapat dari blog Mas Des Fontaine Homemade Chocolate. Sangat simple dan sangat mudah. Terima kasih atas perkongsian, saya c&p sini ya puan..sebelum tu kalau korg nak tahu pasal coklat, leh gi blog Mas Des Fontaine Chocolate tuh, banyakk info pasal coklat n cara2 nk buat coaklat n jadi kreatif..
Resipi Mini Oreo Cheese Cake (~12 cups size 8/ ~36 gram each)
Sumber: Mas Des Fontaine Homemade Chocolate
Filling
250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya) ------ aku ganti dengan 1 sudu besar jus mango sunquicks
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ------ aku tak letak
Base
Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)
Cara-cara membuatnya:
Filling Oreo Cheese Cake
1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.
2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.

3) Kemudian, cairkan coklat compound Versa White (SICAO) dan sejukkannya.
4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.

5) Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.
6) Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.
7) Parutkan coklat compound Versa Milk (SICAO) dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (6). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.
Untuk gambar step by step, bole ke sini ya..
Untuk gambar step by step, bole ke sini ya..
Haa tu dia..panjang lebar penerangan. terus faham, boleh bayangkan dan ingat dlm kepala..Tapi aku takda la nak hias bagai, cukup letak oreo crumb atas mini cheesecake tu..
Base tu boleh juga guna resepi base biskut biasa yg hancurkan biskut hingga halus dan gaulkan dengan mentega cair..akan jadi lebih rangup rasanya..contoh resepi ada sini..
Dan bagi pengemar keju tegar
2 comments:
aku mesti cuba yg ni... mcm senang kan? cuma nak tau satu je faiz... cup tu pakai size yg mana ek? aku kan 'selalu" buat kek.. jadi size cup ni tak bape reti la.. hehe..
cup kertas tu saiz 8..biasanya kalau beli kat kedai bakery, akan ada tulis saiz..emm agak2 dasar cup tuh dalam 4 cm lbh kurg..
tapi kalu nk guna cup ni kena ada 'cawan'nya, aku guna yg aluminium tuh..gambar ada kat link http://www.homechoc.com/2010/07/mini-oreo-cheese-cake.html kat bahagian B & C..kalu tak nnti 'runtuh' kebawah..hehhe
Post a Comment