Wednesday, May 11, 2011

Baked Oreo Cheesecake wahahha

Salam..akhirnya, aku buat gak kek nih...!!


emm memang sedap makan sejuk2...emmm...sedapnya...resepi asal dari Mat Gebu..heheh tapi aku buat 3/5 dari resepi asal..aku ganti blueberry ngan oreo, letak biskut sebagai base dan beberapa lg (^_*) sesuka hati aku je yer...sesiapa nak rujuk resepi asal boleh ke blog Mat Gebu di sini. kek ni aku guna 2 bungkus biskut oreo..


Baked Oreo Cheesecake
sumber asal: MatGebu
oleh: OzzyOrange9768

Bahan2nya:
2 bungkus biskut oreo (137 g x 2 bungkus)*asingkan krim dan biskut

Base biskut----------------------- 
134-140 g biskut oreo (blend sampai halus dan tidak berketul2)
60 g mentega (dicairkan)

Krim-----------------------
300 g cream cheese
30 g gula halus
krim biskut oreo
120 g uht whipping cream
3 biji kuning telur
72 g tepung superfine
1/2 st esen vanila
10 keping biskut oreo (tanpa krim) *dipatahkan dan dirama

3 biji putih telur
70 g gula halus
secubit baking powder 

Caranya: 
1. panaskn oven pd suhu 150degC. Gris loyang 8" (spring form) & alas dengan aluminium foil didasarnya. alaskan juga bahagian luar loyang dengan aluminium foil (aku buat sampi 3 lapis sbb fobia air masuk dlm kek..huhu)
2. satukan bahan2 untuk base biskut sehingga sebati dan masukkn dalam loyang. tekan2 sehingga rata dan mampat. bakar 15-20 minit.
----------------------- 
3. satukan cream cheese, gula dan krim biskut oreo. putar hingga lembut dan tak berbintil2.
4. masukkan whipping cream. putar sehingga licin.
5. masukkan kuning telur dan putar sebati.
6. masukkan tepung gandum dan esen vanila. putar sehingga tidak berbintil2.
7. masukkan biskut oreo. putar sedikit. ketepikan.
-----------------------
8. dengan perkakas yg bersih (yg penting bersih dari minyak), putar putih telur, gula n baking powder sehingga kental..proses nih lebih kurang ambil masa 7-10 minit.
9. masukkan adunan 8 ke dalam 7 sedikit (lebih kurang sesenduk), gaul secara kaup balik hingga rata. masukkan lagi adunan 8 dan ulang hingga habis. tuang ke dalam loyang yg ada base bikut td.
10. bakar secara bain marie selama 90 minit. pastuh bila dah masak, biar dalam oven, buka pintu sikit  tanpa alihkan air selama lebihkurang setengah jam. then kuarkan n simpan dalam peti sejuk 4-5 jam...baru sedap makan heheh


 

2 comments:

Rozita said...

dengki aku tgk... bila ntah ada masa nak buat kek yg banyak songeh camni...senang order kat ko je kan...hehe...

Ozzy Choc D'Luscious said...

ko hehhe..aku wahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih