Tuesday, May 3, 2011

Pandan Buttercake & Alunan Kasih

Salam..wahahhaha sungguh bosan petang semalam..jadi aku try resepi lagi..lama dah teringin nak makan kek kaler hijau..


Macam Moist Orange Buttercake juga, resepi nih aku ubah dari resepi kek coklat. sebenarnya resepi kek coklat tuh dapat dari kawan adik aku lama dulu..dan aku masih guna sampai sekarang sebab sedap.


Kek Pandan Alunan Kasih

Bahan2: (untuk Loyang bulat 7”)
125g mentega
120g gula
2 biji telur gredB
125g tepung superfine *
½ st sodium bikarbonat*
1st baking powder *---> ayak
140g susu segar
1 st pandan emulco (boleh kurangkan untuk rasa pandan yg lebih sederhana)
sedikit pewarna hijau
1 sb serbuk koko untuk alunan

Caranya:
1. pukul mentega & gula sampai kembang.
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati.
3. larutkan pandan emulco dalam susu segar.
4. masukkan bahan2 yg diayak td ke dalam adunan 2, selang selikan dengan susu. Gaul sebati
5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian, dan campurkan 1 bahagian dengan warna hijau.
6. masukkan adunan 5 ke dalam loyang yg dah di gris & dialas kertas minyak, ayakkan serbuk koko ke atas adunan dlm loyang tadi. Pastikan keseluruhan permukaan adunan ditutup serbuk koko.
7. masukkan 1 bahagian lagi adunan di atas serbuk koko td perlahan lahan dan rata kan permukaan
6. bakar dengan suhu 175degC, 40-45 minit.
^^(bila >30minit agak2 dah nak gelap sikit permukaan kek tuh, letakkan kertas minyak/aluminium foil. takyah letak proper sgt, just taruk je asalkan tutup permukaan kek --biar atas tak hitam hangus tapi belah dalam belum masak--)
 

Sapa la yg bagi idea buat alunan cam gini kan, terimakasih la pada 'beliau'..aku suka!...hehe

Moist sangat kek ni..hehhe sedap and dah lepas keinginan nak makan kek kaler hijau wahahhah alhamdulillah best!best!

 

4 comments:

Rozita said...

ko memang saje!

Ozzy Choc D'Luscious said...

wahahhahhaha emmm sedapnyerr

Wattie said...

Assalamualaikum Ozzy,
Cantik kejadian kek alunan kasih mu itu....

Ozzy Choc D'Luscious said...

waalaikumussalam kak wattie, terima ksih atas pujianmu..hamba pun gembira juga dgn alunan itu wahahhaha (gelak besor)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih