Showing posts with label hiasan kek keju. Show all posts
Showing posts with label hiasan kek keju. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Mango Layer Cheesecake

Assalamualaikum..
Mango Layer Cheesecake ni buat last week..nak update dari hari tu tapi cam tangguh2..hehe


Dalamnya kek span vanila je..aku guna 2 biji mangga saiz sederhana..1 biji aku kisar untuk dimasukkan ke dalam creamcheese, dan 1 biji lagi untuk hiasan atas nu..emm tapi kalau untuk hidangan makan2 atau apa2 majlis, dicadangkan hiasan mangga kat atas kek tu di kupas/potong sejurus sebelum kek dihidangkan..sebab kalau mangga yg sesiap dipotong dan diletak atas kek kemudian dimasukkan dalam peti ais semula, mangga tu akan bertukar jadi warna kuning2 coklat dan kering jadi tak nampak kesegarannya..ataupun alternative lain, boleh dituangkan mango filling atas kek tu..


Dulu aku pernah buat, boleh ke sini..dan kali ni aku tukar sedikit kaedahnya..

Mango Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
1 biji buah mangga saiz sederhana, kisar hingga hancur -- boleh juga ganti dengan 1sb paste mangga 
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih(air nih lebih kurang 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Putar creamcheese (yang dah dibiarkan pada suhu bilik sekejap) dan gula hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan mangga yang dikisar tadi. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam (larutan akan jadi kuning jernih), masukkan ke dalam adunan creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota2: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

 

Sepatutnya 3 lapis, tapi entah macamana le jadi 2 lapis je..kehkehkeh..dan bagi aku (juga komen dari yg request kek ni), kami lebih suka mango cheesecake ni digabungkan dengan butter cake daripada kek span vanila ni sebab rasa dia kosong dan macam tak join dengan creamcheese tu..tapi berlainan dengan orange sunquick layer cheesecake dan durian layer cheesecake, dua2 tu pada aku sedap je dengan kek span..ataupun lainkali aku letak sikit perasa oren/ mangga kat kek span ni  kan?..emmm good idea....

okeh..cukup lah dulu..nanti kita try kek lain pulak eh..

 

Monday, July 9, 2012

Durian Layer Cheesecake (Chilled) & Resepi

Assalamualaikum..
Hari tuh kata nak letak resepi kek keju duriankan?..ni ha..sebelum tu tengok dulu isinya macamana..


Durian Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7" / 2 biji kek span saiz 6"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus
100 - 130g isi durian --- entry yang lepas aku kekurangan durian..
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan isi durian. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: isi durian terpulang masing2 kalau nak dikisar halus dahulu..aku tak kisar sebab macam sedap kalau tergigit2 durian
nota2: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota3: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

sekian..hehhe

Resepi yg masih pending in action heheh:
1. Kek Lapis Kastad Jagung
2. Marble Buttercake - Strawberry

Tuesday, July 3, 2012

Durian Cheesecake

Assalamualaikum..

Durian cheesecake ini aku buat untuk mak saudara aku yg tempah buttercake dalam entry sebelum nih..ada sikit durian lebih, jadi aku buat cheesecake ni..tapi tak banyak sangat lebihkurang ~68 gram je..dapat 2 buku untuk size bulat 7" dan empat segi saiz 6"x6"..klau untuk jual, aku akan buh durian 100-130gram untuk kek saiz 8" (tak leh lebih sangat2, nanti kek tak set)..saja bahagi 2 sebab aku pun nak makan gak sebab dah lama tak makan cheesecake ni hehhehhe sebelum ni ada beberapa kali buat, tapi yang masuk dalam blog suma yang base biskut..base cake, ni first time jadi entry heheh

ni mak cik aku nya..aku nye nnti arr aku ambik gambar bagi tengok isi dalam eh?.. ngan resepi sekali..tapi tak janji leh masuk cepat wahahah (aku agak kemalasan sekarang tapi tetap komited nak masukkan atleast gambar sesuatu yang aku buat)..komited la sangat ko faiz..


Atas tu whipping cream +chocolate emulco..


Untuk order boleh sms ke 019-2819768 atau email ke ozzyorange9768@yahoo.com. Ada 2 saiz, kecil macam saiz di atas dan besar saiz bulat 8".

Terima kasih..

Wednesday, June 13, 2012

Orange Sunquick Layer Cheesecake

Assalamualaikum..

Sabtu malam ahad lepas..ingat nak buat moist orange cake, lepas tu nak salut dengan cream cheese perghh macam sedap je..sekali pergi dapur nak sediakan barang-barang, larr baru perasan..butter dah habis..cemana leh lupa ke tak tahu ntah..nak buat cheesecake base biskut, pun tak leh..baik la takda order, kalau tak semestinya aku dengan yakin tak tengok barang..jadi ni je lah yang leh buat, heheh orange sunquick layer cheesecake..wakakka baik ada telur..tu pun cukup-cukup je..

 

Orange Sunquick Layer Cheesecake
by ozzy cake d'luscious 

Bahan-bahan:
Kek span perisa oren -- perisa lain pun bole
 
250g whipping cream (aku guna non-dairy)
250g creamcheese
120-130g gula halus
4 sudu makan orange sunquick
~8g gelatin (cari yang halal ek..) -- lebih kurang 1 sudu makan
32g air panas untuk larutkan gelatin (air nih 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan orange sunquick. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

Hiasan:
Almond flake (bakar suhu 170-175degC selama ~10 minit. sejukkan)
Orange chocolate ganache


Saiz 8", harga RM60..

Tuesday, May 29, 2012

Kek Hantaran Pertunangan Pink

Assalamualaikum..
Pesanan dari adik ipar lagi..


Kek blueberry cheesecake dan disalut dengan chocolate ganache..


Terima kasih Eeda..semoga kek ini cantik dan sedap seperti mana citarasa si pemakan dan yang memandangnya..insyaallah

p/s: gambar tak clear sangat sebab terkocoh-kocoh betul ke perkataan ni? ambil gambar sebab nak pergi kerja..hehe

Thursday, May 24, 2012

Durian Cheesecake (Baked)

Assalamualaikum..
Ni buat malam isnin hari tuh..hehe aku sorang je yang makan..ngan adala 2 slice adec aku tapau bawak g 'tepi sungai' hahhaha syyyyhh


Struktur kek keju sepatutnya smooth, ni aku tak blend dulu pun durian tuh, terus je masuk, pastuh aku nya adunan krim pun terlebih whipping cream dan tak betul-betul smooth..nak putar lelama takut kek terlebih naik dalam oven pastu bila sejuk turun kat tengah-tengah..jadi faham2 sendiri lah..sebab tu tak mahu letak resepi lagi. Tapi alhamdulillah pagi tadi aku buat blueberry cheesecake (order) resepi yg lebih kurang sama, krim nya smooth..insyaallah

jadi, jemput pandang..jangan tanya mana aku dapat durian..sebab tu je la satu-satunya durian tinggal untuk kami dalam berempat, aku je yang makan durian heheh

rasa dia..emm sapa suka durian, mesti la sedap..tapi aku letak juga link tapi bukan resepi yang aku cuba ni tau..bole masuk ke blog Kitchen Corner..lebih kurang je cuma method yang aku buat lain sket..tapi tadi pagi guna method macam resepi kat Kitchen Corner tuh, alhamdulillah smooth..

Nota kaki untuk aku: + 100g durian.
 

Monday, January 30, 2012

Tiramisu..lagi dan lagi...

Assalamualaikum..
Tiramisu lagi...


haa..sekali tiga entry aku letak..hehe agak tak berapa rajin nak schedule kan..





Untuk Adda: Nantilah adda aku letk cbox tuh..tak sempat lagi la..hehhe tunggu eh..

Friday, July 29, 2011

Tiramisu Cake

Salam..
Tiramisu cake, resepi ambil kat sini ya..



hehhe walaupun sangat simple, dan mudah tapi rasa sangat sedap...tak serupa tiramisu kedai tau..


Ini kes tak sabar nak tunggu lama2 la nih...


Kek adalah buttercake..yes memang kek mentega akan keras kalau masuk dalam peti ais, aku pun tak suka masukkan kek dlm peti ais, sgt tak suka..tapi  kek nih yg disalut penuh keliling dgn creamcheese tak keras. Aku potong pagi tuh nak tengok isi dalam...pastu kek yg aku potong tu, aku masukkan semula dalam peti ais dgn sebahagiannya terdedah, itu yg keras..tapii aku balik keje, kuarkan dalam 10-15 minit sesambil masak ke tengok tv ke, dah lembut semula utk dimakan..


Sila jamu mata..

Tuesday, October 26, 2010

Cotton cheesecake

salam..:D heeee..nak habiskan cheese..sebenarnya teringin sangat nak  buat kek, tak kisahlah kek apa pun...janji aku leh buat kek huhu jadi lah benda nih..arituh aku beli buku 'Kompilasi hidangan berkeju - Noraini Zakaria'..kira aku testing resepi la nih.

ni cotton cheesecake, lain ngan japanese cheesecake. struktur aku lum tau sgt beza dia, tp cara/kaedah antara dua kek ini lain..ingredient pun sedikit lain..pasni aku nk buat japanese cheesecake lagi pastu nak compare, tapi taktau lagi bila..sila tunggu..wahahhaha


Nak bagi tengok struktur dia..lembut...


Baked..untuk jual, saiz adalah 8"@9" atau 2 pcs x 6"


aku saje masukkan dalam cup sikit, nak tengok ok kalau masuk dalam cup...kesimpulannya sangat ok..tekak aku yang suka cheese ni kata lah..(huhu aku mcm nak makan pizza hut yang baru tu lah, yg ada berapa jenis cheese ntah..huhu..masalah..) alhamdulillah..malam td lepas masak jer, 4 cup aku telan + 1 slice..pagi td lagi 1 cup + 2 slices..jemmmm..owh...


makan gitu aje pun sedap, makan ngan blueberry filling pun sedap, tapi bagi aku kalau makan ngan blueberry filling nih, rasa kek nya tenggelam la...pasnih aku nak try plak ngan choc ganache...huishhh..


alamakkk...baru teringat..lupa la nak buat marble ngan coklat...adooyai..xpa2. nanti buat lagi

harga:
- rm55.00 @
- rm 58 dgn blueberry filling


Monday, October 18, 2010

kek keju -- kelas Pn Noraini Zakaria

belajar 5 jenis kek keju, best sgt..juga penatt sangat..wahahhaha tp sangat banyak ilmu. klu ada masa terluang, pergi lah kelas nih, bole terus buat cheesecake sendiri..makan tanpa ragu2. resepi takda hidden, semua kasi. petua pun. nota pun dah jadi macam nota kuliah dulu2. Tapi klu malas nak pegi kelas, pastuh malas nk buat, suh je aku buatkan..ngeh ngeh..

Tiramisu cake..

Contton cheesecake..

Oreo cheesecake..

lagi gambar kemudian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih