Showing posts with label durian cheesecake. Show all posts
Showing posts with label durian cheesecake. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Durian Layer Cheesecake (Chilled) & Resepi

Assalamualaikum..
Hari tuh kata nak letak resepi kek keju duriankan?..ni ha..sebelum tu tengok dulu isinya macamana..


Durian Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7" / 2 biji kek span saiz 6"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus
100 - 130g isi durian --- entry yang lepas aku kekurangan durian..
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan isi durian. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: isi durian terpulang masing2 kalau nak dikisar halus dahulu..aku tak kisar sebab macam sedap kalau tergigit2 durian
nota2: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota3: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

sekian..hehhe

Resepi yg masih pending in action heheh:
1. Kek Lapis Kastad Jagung
2. Marble Buttercake - Strawberry

Tuesday, July 3, 2012

Durian Cheesecake

Assalamualaikum..

Durian cheesecake ini aku buat untuk mak saudara aku yg tempah buttercake dalam entry sebelum nih..ada sikit durian lebih, jadi aku buat cheesecake ni..tapi tak banyak sangat lebihkurang ~68 gram je..dapat 2 buku untuk size bulat 7" dan empat segi saiz 6"x6"..klau untuk jual, aku akan buh durian 100-130gram untuk kek saiz 8" (tak leh lebih sangat2, nanti kek tak set)..saja bahagi 2 sebab aku pun nak makan gak sebab dah lama tak makan cheesecake ni hehhehhe sebelum ni ada beberapa kali buat, tapi yang masuk dalam blog suma yang base biskut..base cake, ni first time jadi entry heheh

ni mak cik aku nya..aku nye nnti arr aku ambik gambar bagi tengok isi dalam eh?.. ngan resepi sekali..tapi tak janji leh masuk cepat wahahah (aku agak kemalasan sekarang tapi tetap komited nak masukkan atleast gambar sesuatu yang aku buat)..komited la sangat ko faiz..


Atas tu whipping cream +chocolate emulco..


Untuk order boleh sms ke 019-2819768 atau email ke ozzyorange9768@yahoo.com. Ada 2 saiz, kecil macam saiz di atas dan besar saiz bulat 8".

Terima kasih..

Thursday, May 24, 2012

Durian Cheesecake (Baked)

Assalamualaikum..
Ni buat malam isnin hari tuh..hehe aku sorang je yang makan..ngan adala 2 slice adec aku tapau bawak g 'tepi sungai' hahhaha syyyyhh


Struktur kek keju sepatutnya smooth, ni aku tak blend dulu pun durian tuh, terus je masuk, pastuh aku nya adunan krim pun terlebih whipping cream dan tak betul-betul smooth..nak putar lelama takut kek terlebih naik dalam oven pastu bila sejuk turun kat tengah-tengah..jadi faham2 sendiri lah..sebab tu tak mahu letak resepi lagi. Tapi alhamdulillah pagi tadi aku buat blueberry cheesecake (order) resepi yg lebih kurang sama, krim nya smooth..insyaallah

jadi, jemput pandang..jangan tanya mana aku dapat durian..sebab tu je la satu-satunya durian tinggal untuk kami dalam berempat, aku je yang makan durian heheh

rasa dia..emm sapa suka durian, mesti la sedap..tapi aku letak juga link tapi bukan resepi yang aku cuba ni tau..bole masuk ke blog Kitchen Corner..lebih kurang je cuma method yang aku buat lain sket..tapi tadi pagi guna method macam resepi kat Kitchen Corner tuh, alhamdulillah smooth..

Nota kaki untuk aku: + 100g durian.
 

Wednesday, November 2, 2011

Durian Cheesecake II

Salam..

 

Pesanan dari Pn Alina..

 

Terima kasih pn Alina kerana sudi menempah, harapnya kek ini menepati citarasa Pn..:)


Juga selamat hari lahir untuk adik Iman Humaira..
 

Friday, February 18, 2011

Durian Cheesecake

Sangat lama sudah teringin nak rasa sebenarnya..satu masa dulu terbaca kat blog Hata Bakery yang mana durian chessecake nih menjadi favourite pelanggannya huhu terpikir2 aku mcmana pulak rasanya


weekend harituh mak abah kirim durian dari kampung hehhe aku dah tersangat kenyang, lama aku tengok durian tuh, dah kena bising jugak, adik2 aku tak makan durian lupa daratan sudah..sebelum tuh jiran kami ada bagi kuini, teringat nak membalas ada plak lagi cheese, waahhh ini sudah baik..terpaksa tarik balik angan2 nak buat gula/jem durian ngan adik harap2 tiada ungkitan berlaku walaupun aku dah dengar sekali hehehhe


sangat sedapp..patut pun jadi favourite pelanggan en Hata tuh..wahh..tapi jiran kami tu takda bape hari nih, jadi bagi kat adik ipar aku, ngan kakak tempat aku tumpang muffin tuh..yang lain aku abeskan wahahha ngan nk bagi abes skit lagi...teringat2 je nih manalah tak besar badan..


Aku guna biskut marie, kalau tak silap aku ni kali ke 3 aku buat cheesecake base biskut tapi first time guna biskut marie. berderai lah biskut tuh..tak cukup mentega mungkin atau tak cukup hancur..ermm takpa, nnti aku try lagi. Lagipun cheesecake ni bole guna base kek jadi tak de masalah insyaallah..TAPI nak bagitau lagi...durian cheesecake nih sangat sedap..wohoho..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih