Showing posts with label creamcheese. Show all posts
Showing posts with label creamcheese. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Moist Orange Buttercake & Creamcheese

Salam..
Terima kasih kepada yang sentiasa bertandang (^^,)..walau kadang2 rasa macam takda apa kat sini tapi tetap harap ada sesuatu yang baik yang boleh didapati di sini hehe 

Okey..here we go..kek ni buat sebab teringin..bayangkanlah, orange cake lapis dengan cheese dan dimakan lagi dengan strawberi..kan?..


Ni resepi nya. Resepi lama saya copy paste semula. Kali ni takda susu segar, jadi saya gantikan dengan fresh cream/ non-dairy whipping cream. Kali juga saya tambah parutan kulit oren. Dan adunan pula saya bahagi dua loyang 7x7 inci ya.

Moist Orange Buttercake
Bahan2: (untuk Loyang 9x9)
250g mentega
235g gula
4 biji telur gredB
1/2 sudu makan french vanila (bole guna vanila esen)
290g srf*
1st sodium bikarbonat*
1st baking powder (kalau guna tepung superfine, 2st)*---> ayak
285g susu segar --- saya gantikan dengan non-dairy whipping cream
60g juice oren sunquick (aku guna mandarin, kalu yg oren rasanya masam sikit kut)
Parutan 1 biji kulit oren

Caranya:
1. pukul mentega & gula sampai kembang
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati. kemudian masukkan french vanila, gaul sebati.
3. satukan susu segar dan juice oren (larutan memang akan jadi pekat sedikit)
4. masukkan bahan2 yg diayak td ke dalam adunan 2, selang selikan dengan larutan susu td
^^petua dapat dari mat gebu, bila selang seli mcm nih, last sekali mesti tepung biar tak berketul2
5. masukkan parutan kulit oren. Kaup balik mengunakan spatula.
6. masukkan dalam loyang yg dah di gris & dialas kertas minyak
7. bakar dengan suhu 175degC, 45-50 minit atau sehingga masak.
^^(bila >30minit agak2 dah nak gelap sikit permukaan kek tuh, letakkan kertas minyak/aluminium foil. takyah letak proper sgt, just taruk je asalkan tutup permukaan kek --biar atas tak hitam hangus tapi belah dalam belum masak--)

 

Alhamdulillah..bila letak parutan limau tu, bau dan rasa oren tu semacam lebih menyerlah..insyaAllah..

 
 
Topping Creamcheese
Bahan2: (untuk sebiji kek 7x7 inci kalau topping tebal ya)
180 gram Non-dairy whipping cream
250 gram  Creamcheese (saya guna brand Tatura)
25 gram Mentega (butter)
20 gram Gula icing

Caranya:
1. Pukul non-dairy whipping cream dengan kelajuan sederhana sehingga kental (bila terbalikkan bekas, krim tidak jatuh dan tidak bergerak). Kemudian masukkan dalam peti ais sementara nak sediakan creamcheese.
2. Pukul Creamcheese yang sudah dilembutkan dahulu dengan Mentega sehingga sebati. Pastikan tidak berketul-ketul.
3. Masukkan gula icing dan pukul sebati.
4. Kemudian, masukkan non-dairy whipping cream yang dipukul awal tadi. Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan satu bahagian, pukul sebati, ulang dengan bahagian seterusnya sehingga habis. Siap.


Dah boleh lapis kan dengan kek. Hias la kut mana pun yang kita suka. Sebenarnya creamcheese ini juga yang saya guna untuk Red Velvet Cake..sedap insyaAllah..

 

Orait..jumpa lagi insyaAllah..

Monday, October 1, 2012

Rainbow Cake -- UPDATE kahkahkah

Assalamualaikum..
Speechless...sebab apa....sebab aku lupa resepi kahkahkahkah..entah apa2 je aku ni kan?...



ok, nanti aku buat lagi..letak resepi eh..yang ni pun manis sangat mmg kena kurangkan gula..

terima kasih pada sesiapa yang masih sudi datang bertandang berjalan2 hehhe

Tuesday, May 29, 2012

Kek Hantaran Pertunangan Pink

Assalamualaikum..
Pesanan dari adik ipar lagi..


Kek blueberry cheesecake dan disalut dengan chocolate ganache..


Terima kasih Eeda..semoga kek ini cantik dan sedap seperti mana citarasa si pemakan dan yang memandangnya..insyaallah

p/s: gambar tak clear sangat sebab terkocoh-kocoh betul ke perkataan ni? ambil gambar sebab nak pergi kerja..hehe

Thursday, February 16, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..
Buat hari tu..sebelum ni ada nampak di blog Madihaa. Resepi asal dari Ryo..huhu tak jadi macam diorg nyer sebab pun derhaka banyak (ikut dan cream cheese yang dah siap sedia dalam kotak ais tu)..pastu tak tengok balik asal kejadian yang sepatutnya macamana. Ingat je, terus buat..ish ish..dah tak mempersona jadinya..huhuhu


Tapi sedap, dan idea yang sungguh best untuk dicuba lagi..hehe



Wednesday, February 16, 2011

Mango Layer Cheesecake

salam..ni buat weekend hari tuh..lama tak buat cheesecake..melilau cari mangga..hehhe sangat sedap..


sangat tidak sabar. kek tak sempat set betul2 lagi dah kuarkan...


Kek ambil resepi Cik Mat lagi..aku suka resepi nih, sangat sedap..tapi aku buat versi plain..n masukkan 1 sudu teh orange sunquick heheh bagi kaler kuning2 ke'oren'an sikit. Kek guna resepi ni dah banyak kali aku buat cuma gambar cam tak sesuai je nak bagi masuk sini. sedap, mak aku pun suka. lagi sedap kalau kek nih dah sejuk dan semalaman..hehhe versi belang dah buat, versi coklat pun dah buat..hehhehe sedap..


Creamcheese tuh aku guna resepi macam masa buat tiramisu, cuma kali nih aku letak gelatin (halal insyaallah) sedikit.

250g creamcheese
130g gula halus
1 st jus lemon
sedikit buah mangga di cincang halus (blend pun bole)
5g gelatin (cari yang halal ek..)
20g air panas untuk larutkan gelatin (air nih 4x berat gelatin tuh)
250g whipping cream (aku guna non-dairy)

Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan jus lemon dan mangga. putar sebati.
larutkan gelatin. bila dah sejuk, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
pastuh masukkan whipping cream..putar lagi sampai sebati dan agak2 sedikit kembang.
pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh, kalau tak tu nampak, jadi cam tuh..wahahha


aku adalah orang yang sangat malas nak taip resepi dalam blog heheh sebab tu aku lebih senang link kan dari mana resepi aku dapat. resepi nih pun lebih kurang sama ngan resepi yang aku baca& cuba sebelum nih cuma aku ubah sikit2 ikut citarasa aku.


Pada siapa2 yang rasa macam tak berapa rajin dan nak sangat merasa, leh order je, tak mahal saiz 8" nih, RM55..insyaallah

 

Tuesday, December 28, 2010

Blueberry Cotton Cheesecake

Salam..hehhe buat untuk makan sendiri. pastuh ada orang bising dah dekat sebulan ke 2 bulan, nak kek, nak kek, buat la kek, bila akak aku nak buat kek nih..ish ish ish..

Tengah sakit tekak ni, tapi sakit tekak sakit jugak, tapi bila kek nih lalu kat tekak, hilang kejap rasa sakit tuh..hehheh


Sila tengok..macam togel..

Tuesday, October 26, 2010

Cotton cheesecake

salam..:D heeee..nak habiskan cheese..sebenarnya teringin sangat nak  buat kek, tak kisahlah kek apa pun...janji aku leh buat kek huhu jadi lah benda nih..arituh aku beli buku 'Kompilasi hidangan berkeju - Noraini Zakaria'..kira aku testing resepi la nih.

ni cotton cheesecake, lain ngan japanese cheesecake. struktur aku lum tau sgt beza dia, tp cara/kaedah antara dua kek ini lain..ingredient pun sedikit lain..pasni aku nk buat japanese cheesecake lagi pastu nak compare, tapi taktau lagi bila..sila tunggu..wahahhaha


Nak bagi tengok struktur dia..lembut...


Baked..untuk jual, saiz adalah 8"@9" atau 2 pcs x 6"


aku saje masukkan dalam cup sikit, nak tengok ok kalau masuk dalam cup...kesimpulannya sangat ok..tekak aku yang suka cheese ni kata lah..(huhu aku mcm nak makan pizza hut yang baru tu lah, yg ada berapa jenis cheese ntah..huhu..masalah..) alhamdulillah..malam td lepas masak jer, 4 cup aku telan + 1 slice..pagi td lagi 1 cup + 2 slices..jemmmm..owh...


makan gitu aje pun sedap, makan ngan blueberry filling pun sedap, tapi bagi aku kalau makan ngan blueberry filling nih, rasa kek nya tenggelam la...pasnih aku nak try plak ngan choc ganache...huishhh..


alamakkk...baru teringat..lupa la nak buat marble ngan coklat...adooyai..xpa2. nanti buat lagi

harga:
- rm55.00 @
- rm 58 dgn blueberry filling


Wednesday, October 20, 2010

Oreo cheesecake -- chilled

salam..ada masa sket nih..ni buat td malam..


togel lg..kaler lainn..baru beli choc emulco..mcm biasa, excited nak guna barang baru. jdnya kek nih lah jd mangsa wahahhaha


letak lah choc rice sket, guna 2 peket 137gm biskut oreo..tak cukup utk hiasan okeh..jd sila sediakan lebih..


emm tengoklah..untuk jual, saiz nya 8" hiasan biskut oreo..harga leh email aku ataupun kalau malas sangat, leh tinggal email add kat shoutbox, ok..


alamak..silap posing bunga la..terbalik suda.. 


Thursday, October 7, 2010

Tiramisu cake for birthday

salam..wahhahhaha untuk makan sendiri jer..tak tahu nak buat kek apa sebab tak terasa nak buat @ nak makan kek apapun..buat nih je lar..


oppss..pagar rongak..love letter tak cukup..hehhe utk mkn sendiri jd masa beli tak pikir, asal ada..hasilnya jadi la macam kek yang memang tak siap..hehhehe


kali ni buat kek span kosong, saiz 9"..hehhee besarrrrr...jd bawa lah sikit g opis...


adik tanya, takde tulis2 ke. tak payah, tak sempat nak tulis2, taruk ganache lagi la tak sempat..heheh pemalas


mee kuah adik buat nyum nyumm..suka2!! harap balik keje kang ada lagi kuahnya..nak makan lagi...



Thursday, September 30, 2010

Testing tiramisu..(^^,)...:">

Resepi ok. sungguh2 nih...rasa sangat sedap, sangat marvellous!!! sila cuba di sini. jgn terkejut kambeng tengok gambar2 nih..anggap je anda sedang melihat satu permandangan yang sangat indah

3rd trial



creamcheese cuma buat separuh adunan sbb nak tengok macamana hasilnya. cheese aku biarkan kat suhu bilik dulu...(lebih 12 jam. aku kuarkan dr peti ais & tinggal pergi kerja..muahhahaha)..lepas 3 jam dalam peti ais, cream cheese jd firm, tak cair dan tak mengalir macam 1 trial..cuma tu la..sebab buat separuh adunan jadi ketakpuasan hati tu banyak diluahkan kat telinga aku nih..okey!! next time takda separuh2 adunan..

kek span coklat...resepi kek span sini..tapi kek apa2 pun boleh..tak kisah..

2nd trial


adunan penuh. 2 biji kek. ingat nak buat fluffy, dan memang pun jadi fluffy..tapi cheese nya berketul2..sbb takut jd mcm 1st trial, cream cheese yg ada ketul tu aku lapiskan jugak..hasilnya lepas 2 jam dalam peti ais, cream cheese itu ok, cuma dikatakan rasa macam kek span yang disalut dengan krim biasa..mana pergi cheeseee...aduihh...sakit lagi telinga aku...dah tension tiramisu tak jadi..

satu bekas lagi bagi kat adik yang dah kahwin tu. yang kat rumah aku biarkan je, tak masuk peti ais pun..tension2...biar je..esoknya balik keje, saje nak rasa2...sekali..laaaaa sedap laaa pulak..baru ade rasa cheese nya... /:)..dah berebut plak pastuh aku dapat mkn sikit..moralnya, biarkan dulu cheese kat suhu bilik...ish2 ish

1st trial
....???...hhahhahha lagi terkejut kambeng klu tgok..

cheese dengan whipping cream dengan gula semua baru keluar peti ais, terus pukul sampai kembang dan gebu..memang kembang dan gebu, tapi berketul2..tapi aku selamba je..sbb kononnya aku ni dah baca komen2 kat situ tuh, kononnya la..aku biarkan la berapa minit ntah sementara masak makan malam..pastu sambung putar balik. huish..ok dah semua, takde ketul2..cuma cair jer..tapi takpa la sbb rasa pun sedap sangat..tapi cair la...cair sampi mengalir walaupun selepas 2 jam (lebih  kurang) dalam peti ais...

tapi disebabkan rasa yang sangat sedap tu lah aku bersemangat nak buat lagi..bila aku dah excited nak buat, biasanya ada la nanti problem nya..jadi la peristiwa mcm 2nd trial tuh...tapi tak puas hati gak tu yg ada 3rd trial tu...pun tak bape puas gak makan sbb cream cheese nya tak banyak...muahhahahhaha..makan je larrr

cheesee...muahahhaha nanti bulan nih nak pergi kelas kek keju ngan Kak Noraini Zakaria..jom belajar lagi..muahahhaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih