Showing posts with label kek pelangi. Show all posts
Showing posts with label kek pelangi. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Rainbow Cake -- UPDATE kahkahkah

Assalamualaikum..
Speechless...sebab apa....sebab aku lupa resepi kahkahkahkah..entah apa2 je aku ni kan?...



ok, nanti aku buat lagi..letak resepi eh..yang ni pun manis sangat mmg kena kurangkan gula..

terima kasih pada sesiapa yang masih sudi datang bertandang berjalan2 hehhe

Tuesday, April 24, 2012

Ini Bukan Kek Pelangi..

Assalamualaikum..

Cuba buat kek pelangi..ingat nak buat separuh adunan je, hasilnya jadi cam ni lah..sebenarnya dapat 5 color, yang satu lapis lagi warna pink, tapi yang pink tu rosak pula..

Pergghhh jenuh lah..patut aku ambil masa lama nak gi buat kek pelangi, letih wei..dengan nipisnya lagi padan muka, salah sendiri..pasni alang-alang buat aku nak buat 1 adunan je terus..ish..disebabkan jadi macam ni dan nipis yg melampau, aku tak letak krim between kek tu legaa..lagi pun kek ni moist, jadi tak tanggal pun..yang nipis macam ni la..kalau yg tebal aku tak pernah buat lagi..

Rasa sedap, boleh tahan..cuma bagi aku manis la..mungkin sebab sukatan susu pekat tu aku letak lebih berbanding air..takpa, aku leh kurangkan sukatan susu pekat dan gula pasni..adik aku yang sorang, dia tanya 'pelangi kan ada tujuh?'..lebih kurang macam tu lah ayatnya, aku tengah mamai tengah tidur, tak ingat jawab apa. Lepas dia makan, aku kat bilik leh dengar dia cakap..'sakit gigi!!sakit gigi!!'..yang sorang bila aku tanya..'tak rasa apa2 pun' bila aku tanya lagi, 'manis ada, masam ada...' dan segala bagai rasa lah yang dia sebut. rasa kulit kayu manis je dia tak sebut..ade ke patut?..tak..sila geleng kepala..

 

Resepi ambil dari myresepi, oleh syufa..thanks ya syufa..nanti aku mesti buat lagi hehe tengok angin..

Aku silap agak la. Kononnya kalau aku buat 1 adunan, takut kek besar sangat nanti tak da sapa nak habiskan..jadi aku buat la separuh adunan je..loyang saiz 6"x6"..huhu nipis sangat laa..agak2 kalau buat 1 adunan pun leh guna loyang 6"x6" tu..hehhe

Pastu suhu memula aku cuba ikut syufa, 140degC, 15 minit tak siap masak lagi..lapisan seterusnya aku naikkan sikit2..akhirnya, 2 lapisan terakhir aku guna suhu 170degC..huh..baru leh masak dalam 10-15minit..huh what a beautiful day..


Pagi ahad aku buat, petang ahad tu tinggal seketul. pasal warna hehe gelak sendiri la. ni kiranya macam zaman-zaman sekolah rendah dulu la..ada team merah team biru team kuning ngan hijau..aku tak ingat la team mana..tapi sekarang aku team biru d blues wakakkaka..

Resepi aku tak letak sini, nanti kalau buat lagi, aku letak resepi..insyaallah

orait..jumpa lagi..thanks ya sesiapa sahaja yang datang singgah..
 
 

Tuesday, June 28, 2011

Cartoon Cake - Pooh and the rainbow

Salam..


Order kek ni dr Noly juga..Hannys birthday girl nak kek yg colorful...


sama macam Princess Cake juga kek dalam adalah  Moist choc cake dengan filling krim chocolate + blueberry


Harap Hannys n family suka ngan kek nih..harap juga kek ni cantik dan sedap sepertimana citarasa si pemakan dan yg memandangnya..insyaallah..

Terima kasih banyak2 Noly ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih