Showing posts with label kek coklat. Show all posts
Showing posts with label kek coklat. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Moist chocolate cake

Assalamualaikum..
salam aidil fitri pada semua..lama dah sangat tak da entry kan..sila rujuk entry yg lepas2 kalau nk tahu kenapa...:|

hari ni rasa sedih, takut bercampur baur..dengan status di Mesir, dengan kekuatan rakyat mereka, dengan perjuangan mereka..dengan diri sendiri yg ntah hapa2 ni..amal tak ada, dosa melambak, dakwah jauh sekali walau tahu anytime bole dijemput pergi..

tetiba je rasa nak share resepi moist chocolate cake ni..walaupun hari ni ada dengar dialog 'ni bukan moist chocolate, ni american chocolate cake'..heh..sengih jelah..nak kata apa lagi selain 'pandainya org yg berkata2 tu'..macam pakar kek coklat giteww..eh? ke memang pakar?...

moist choc banyak resepi dear, ada guna minyak, ada guna butter, resepi pun lebih kurang sama je..ada american choc cake, ada german choc cake dll..ada kukus, ada bakar..struktur kek yg kadang resepi lain, struktur nampak mcm sama. struktur guna butter lain ngan struktur gua minyak atau melted butter, guna susu lain dengan hasil guna air biasa..guna air panas pun ada yg guna air sejuk..pernah buat sekali semua resepi and bahan sama, suhu pembakaran lain..dah struktur kek jadi lain (sangat lah moist n sedap, tapi kek tak test/validate lagi suhu berapa sebab semua jadi masa oven rosak (bole?), jadi tak berani nak jual kek tu dan bagi org rasa. makan sendiri je.. kang org nak order kek sebijik macam tu, mana aku nak cekau kan?)..kadang warna kek pun lain, ada yg warna coklat, ada yg warna dekt2 hitam..emm dah lah, hal kecik je pun..tapi nak bagitau gak kat sini heh..hai faiz, emosi nampak? tak bole ditegur dah? cemana nak maju?..kannnn...?..okla oklah..american choc cake pun american choc cake lah..

ini resepi yg aku buat untuk jual..insyaAllah sedap dan puas hati..tapi macam buttercake yg lain, akan jadi lebih moist selepas 1 hari ya..kdg2 2/3 hari bertambah2 moist..macam kek raya baru ni, raya ke2 ke ke3 baru aku puas hati dengan kelembapannya..semuanya dengan izin Allah

jangan lupa masa buat ni ni, baca banyak ayat 200 surah al imran ya...doa banyak2, ya Allah..jadikanlah kek ini sedap dan cantik seperti mana citarasa sesiapa yg memakan dan yg memandangnya insyaAllah

Moist Chocolate Cake
(Saiz 9")
Bahan Kek:
*250 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*40 gram serbuk koko
*2 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil sodium bikarbonat
 

250 gram butter
235 gram gula kastor
3 biji telur saiz A
1/2 sudu makan french vanila -- guna esen vanila biasa pun bole, tapi kalau yg star brand u cair sangat..digalakkan beli yg pekat sedikit seperti yg di jual kat kedai jual bahan2 bakery.
 

300 gram susu segar -- (aku guna susu HL perisa vanila, kalau guna perisa coklat, kek jd keras sikit)

 Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata lebih kurg 1 minit. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi. masuk lagi sebiji, putar rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul). -- biasanya aku buat 3 kali tepung, 2 kali susu.
6. Masukkan ke dalam loyang.
7. Bakar pada suhu 180degC selama 50-55 minit atau sehingga masak. -- kukus pun boleh, lebih kurang 1 jam, struktur kek seingat aku sama jadinya

note: susu tu nak tukar dengan air biasa pun bole, kek akan jadi moist sangat.

untuk resepi ganache, 1 bahagian non-dairy whipping cream (aku guna jenama vivo atau mauri): 1 bahagian coklat compound (aku guna beryl's)..double boil sama kacau whipping cream to sampai panas, bole titikkan kat tapak tangan nak tahu dah panas ke belum. pastu masukkan coklat compond yg dah dicincang atau dipotong kecil2. kacau sampai larut..angkat dan biarkan sejuk dan pekat (tengok juga suhu persekitaran, kalau mendung je, cepat lah pekatnya..kalau panas..lambatlah pekatnya)..bole curah atas kek yg dah sejuk ok..

gambar boleh refer 2 link di bawah ni:

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2012/10/classic-moist-chocolate-cake.html dan

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2011/03/moist-chocolate-cake.html

Tapi kalau korang buat tak jadi, jangan putus asa, buat lagi sampai jadi heh
semoga bermanfaat..terima kasih..

 

Saturday, February 16, 2013

Flowers Cake

Assalamualaikum..
Bawah 9" moist choc cake, atas 6" choc sponge cake, topping ganache..
 
 


Sekian, terima kasih. hahaha..nak balik kg ni..hihi jom!jom!

 

Tuesday, October 16, 2012

Classic Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..
:D..cer tengok cer tengok..classic tak?..kahkah aku pun tak tak tahu mana classic nya..ini kek coklat resepi yang biasa aku buat..yang aku kata dulu kawan adik aku bagi, dan resepi ni aku guna untuk buat kek yang orang pesan..cuma kali ni topping nya aku guna yg susu cair je tapi sangat sedap..tu yang warnanya memang jadi warna chocolate..kalau guna whipping cream, warnanya akan lebih gelap..yang putih2 tuh adik aku tanya..'ni kelapa ke?..'..ishhh...!! bukan laa..tu coklat putih yang aku parut halus..hehe aku nyer parut tu mata dia halus, jadi yang halus2 je yg keluar..iyor la tu..

Lepas ni kalau pergi interview, kalau dia tanya apa kelemahan awak..aku leh lah jawab, kelemahan saya adalah saya tak tahu nak letak buah strawberry atas kek bagi nampak cantik kahkah gelak untuk sendiri..ada org yg main campak2 je, tapi hasilnya sangat cantik..

Kek ni untuk makan sendiri, aku buat separuh adunan dari selalu je..kemudian adunan aku bahagi 2 ke dalam loyang saiz 7"..senang, tak payah nak kerat2 masa nak letak filling..resepi kat bawah ni adalah adunan yg aku buat..


Moist Chocolate Cake

Bahan Kek:
*125 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*18-20 gram serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

125 gram butter -- suhu bilik
120 gram gula kastor
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila

150 gram susu (aku guna susu HT)

Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul).
6. Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam 2 loyang saiz 7" (kalau masuk 1 loyang sahaja pun boleh tapi masa pembakaran jadi 45-50min).
7. Bakar pada suhu 180degC selama 40 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk Chocolate Ganache:
250 gram chocolate (aku guna Beryl's)
240-250 gram susu cair (aku guna ideal)
1/4 sudu kecil nescafe (optional)
1 sudu makan butter

Caranya:
1. Panaskan susu cair dalam periuk sehingga sedikit mendidih (tepi2 dia).
2. Angkat dari api.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga semua larut.
2. Masukkan butter. Kacau sebati.
4. Masukkan nescafe, kacau sebati (boleh juga di bancuh dengan susu siap2)
Adunan coklat ini sangat cair jadi biar semalaman (cukup suhu bilik, tak payah masuk peti ais), adunan akan jadi pekat.


Cara aku letak ganache untuk kek ini..
Untuk bahagian atas, aku tuang ganache yg dah pekat tadi tu, agak2 leh cover semua permukaan atas kek. Mereng2 kan kek bagi rata tanpa di sentuh guna spatula.
Kemudian bakinya aku masukkan dalam peti ais dalam 30-1 jam (aku 1 jam sebab banyak benda lain nak buat kuikui)..sementara tunggu chocolate yg dalam peti tu, ratakan coklat yang meleleh kat tepi kek tuh. kat sini maknanya, tepi kek akan ada 1 lapisan nipis coklat. pas tu masukkan kek dalam peti ais.
Lepas 1 jam, kuarkan coklat dan kek dari peti ais. Guna pisau atau spatula, ratakan coklat (yg dah tak mengalir) tadi di tepi2 kek..


Ini cara aku letak ganache untuk kek ni. Aku dah lama tak guna susu cair, sebab ada whipping cream hehehe whipping cream bila dah semalaman, dia tak mengalir...tapi yang nampak mengalir tu yang sedap..kalau tak pun, ikut la cara mana yg korang suka..
Kalau nak cepat pekat, kurangkan separuh kuantiti susu cair..masukkan kek dalam mangkuk, tuang ganache atas kek..hah dah siap..mana2 je..

Friday, May 25, 2012

Moist Chocolate Cake & Almond Flake

Assalamualaikum..

Saja je letak title almond flake tu, bagi lain sikit dari tajuk biasa..hehhe ni buat selasa malam rabu semalam untuk bawa ke ofis..saja sebab dah lama tak bagi kek kat diaorang..

Resepi adaptasi dari resepi yang dapat dari CMG kek marble trio ..macam kat sini..tapi kali ni aku tukar jadi kek coklat plak..rasanya dah cuba bapa kali eh?..lupa la..


Moist Chocolate Cake
by OzzyOrange9768
Diadaptasi dari Sumber Asal: Mat Gebu
 
Bahan2nya:
300 g mentega
250 g tepung gandum*
30 g serbuk koko*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
6 biji telur gred C
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
1-2 sudu teh vanila esen
50 ml air 

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan semua telur dan esen vanila, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan air, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
note: saya copy methodnya dari Mat GEBU..

Thanks ya CMG for the marvelous recipe..aku rasa 2-3 potong jugak..eh?..moist la hehhe

Topping Chocolate Ganache

Bahan-bahan:
180 chocolate
160 non-dairy whipping cream

Caranya:
Panaskan whipping cream dengan cara double boil.
Bila dah panas masukkan chocolate yang dah di potong-potong. Kacau sehinggan semua coklat cair.
Biarkan pada suhu bilik atleast 6 jam sehingga likat. (aku buat lebih kurang dalam kul 12mlm, kul 6 dah likat sangat..tapi maybe lain keadaannya untuk cuca siang hari dan panas)

*nisbah coklat dan whipping cream tu, ikut suka memasing la..bole je insyaallah


Harga?..murah saja..boleh contact aku..ehhehe alamak..lupa plak..almond flake tu aku bakar suhu 175 degC dalam 7-10 minit tuh masa panaskan oven sebelum masukkan kek heheh

Saturday, May 12, 2012

Real Madrid Cake..

Assalamualaikum...

Pesanan dari kak Yus lagi..


Chocolate moist cake filling cream chocolate..saiz 9"x9", berat semua ~ ><2 kg...


Alhamdulillah komen yang agak memberangsangkan dengan rasanya..birthday boy simpan lagi gambar logo tu (setakat hari dapat respon sehari selepas tu)..paham ke? abaikan je la..aku pun pening..

p/s: eh?..tetiba je ni rasa cama berbaloi je buat lambang tu..wahahhaha

 

Thursday, May 10, 2012

Double Choc Moist Steamed Cake

Assalamualaikum..
Hehhe rasanya kalau tak silap ni lah first time buat kek kukus dalam pengukus..boleh tahan sedap la rasa dia lagi-lagi pada peminat kek kukus..tapi adik aku seorang tu tak suka..kan kek kukus macam ada kenyal sikit tapi takda la kenyal pun..elok je lembut tapi leh tahu la mana orang yg tahu eh paham ke? belasah je la..

Topping aku tak ikut resepi bawah, aku ikut kepala aku je..panaskan whipping cream (double boil), masukkan sedikit coklat sampai cair, pastu tambah ngan serbuk koko..kacau sampai sebati..


Resepi ambil dari blog kak shahriahnovelisresipe aka Shahriah di MasterChef tu..

Double Choc Moist Steamed Cake
By: TheWriter'sCooKING!
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + 2 sudu besar serbuk koko + sedikit garam  <<< ayak bersama

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
70 gm choc chips Hershey's cairkan dalam microwave ---> aku guna coklat Beryl's

BAHAN TOPING:
200 gm choc chips Hershey's
50 ml susu segar
1 sudu besar mentega
*cairkan*

PENGUKUS
50gm choc chips Hershey *untuk tabur di atasnya*

CARA:
Putarkan gula, minyak, susu pekat, telur sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *bahan ayak dan putar sehingga sebati.
Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
Akhir sekali tuangkan air panas dan putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 45-50 minit.

takut tak?takut tak?
Hahaha tengok la..tengok la kek pertama aku kukus..kek lembut, tapi atas dia mengerutu gelembung-gelembung..takuuuuut...pastu elok je pecah 3 bahagian..hehhehe


Tapi habis juga..:)

Wednesday, March 28, 2012

Eggless Self-saucing Chocolate Pudding (Ezani MasterChef)

Assalamualaikum..

Hoyeahhhh!!..sedapp wahahha bagi aku la lagi2 lepas dibiarkan semalaman..memula nak buat separuh adunan, tapi masa tu terkejar2 nak tengok chelsea main..malas nak berkira2, hah! terus masuk2 godak2 kejap siap..kejap je pun..cuma masa bakar aku guna suhu 180degC. pastu terus aku tinggal dengan yakin nya! geleng kepala. lepas 40 ke 45 min dengan yakinnya lagi sekali pergi jenguk oven, dengan harapan kek dah nak masak ahahhahaha hampeh..tak berubah apa pon..huhuhu mula terpinga2..oven aku ke eh yg tak panas..rasa, mmg panas..ke kena calibrate suhu oven aku nih...emm aku naik kan suhu jadi 190degC..sekejap je pastu timbul la kek tuh macam timbulnya pulau baru kat tengah laut merepek la ni dan pastu ke la tunggu lagi 45 min..baru la kek masak..huhuhu

Sebenarnya aku teringin nak buat cream puff asyik teringat je pastu tangguh, n tetiba teringat cream puff Ezani masa master chef dulu, jumpa resepi kat web masterchef tapi tak lengkap untuk bahagian pastry cream nya..entah cemana aku leh terjumpa blog Ezani..haa..nampak cam sedapnya puding coklat tu..terus je simpan resepi..jadi, cream puff tu tertangguh lagi la...huahuahuahua


Self-saucing Chocolate Pudding (Puding coklat “self-saucing” tanpa telur)

Cake batter
2 cups flour
1 1/2 cup sugar
2 tablespoons cocoa powder
1 1/2 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup milk --- ku guna susu cair (itu saja stok yg ada, jd tak susah memilih heheh)
1/2 cup butter/margarine; melted

Sauce
2 cups brown sugar --- aku guna 1 cawan gula biasa
6 tablespoons cocoa powder
3 1/4 cups hot water --- aku kurang 2 cawan ~400 gm

Method:
1. Preheat oven to 180° c. --- aku bakar suhu 190degC
2. For the cake batter - mix flour, sugar, cocoa powder, baking powder, and salt together. Add milk and melted butter/margarine to the dry ingredients. Mix until smooth. Pour into 9 inch baking pan.
3. Topping - mix sugar, cocoa powder, and water until sugar and cocoa dissolve. Pour over top of cake. Bake in 180° c for approximately 45 minutes or until cake is done when tested with a cake tester/skewer.
4. Serve dusted with cocoa powder and a dollop of whipped cream.


Boleh ke sini, ZestByEzani untuk tengok beliau nya lak..lagi lawa la kan..sebab tu aku tertarik nak buat..aku pula buat dalam loyang je..emm bukan loyang sebenarnya, tapi mangkuk besi, ada kelibat sikit kat gambar bawah ni.. yakin tak yakin, terus je cuba hehhe

macam makan kek coklat ngan ganache..tapi yang ni buat semua sekali harung masuk dalam oven..masa memula masak tu  huh masak jugak akhirnya, lap peluh aku perhati..sapa nak makan ni banyak2..aku buat sabtu malam ahad..aku biasa lah, makan sikit je sebab aku kan cepat muak makan kek yang aku buat sendiri..geleng kepala..tapi pastu, aku makan sikit2..pastuh, adik2 aku berdua balik rumah, selasa semalam habis dah..malam sebelumnya aku masuk dalam peti ais, then bila nak makan aku masukkan dalam oven jap panaskan..ok jer kek jadi lembut balik hehhe alhamdulillah habis..selamat...


Sila la cuba..insyaallah sedap..tapi kena pandai adjust volume sauce tu ngan loyang eh..

 

Wednesday, March 14, 2012

Cartoon Cake - Dan Kuso - Bakugan

Assalamualaikum..

Lagi satu kek pesanan daripada Noly..


Chocolate Moist Cake, 3 layer, filling chocolate ganache..size 9"x2", berat hampir 2kg lebih kurang..

Tuesday, March 13, 2012

Cartoon - Dragon - Cake -- Bakugan ke Kilgharrah ni?..

Assalamualaikum..

Mesti lah bukan si Kilgharrah tapi si Bakugan yang menjadi pilihan. Letak gambar dulu lah..nanti update nak cakap cakap cakap taip banyak-banyak..

ok..Bakugan Cake ni Noly yang order..Noly pesan dua biji kek, satu salut chocolate ganache, satu lagi salut cream. Noly mesej kata yang salut cream nak deco Ben10 untuk anaknya Nurhan Zikry..ok fine..pastuh tak pula bagitau yang lagi satu bagaimana. jadi aku andaikan juga untuk Nurhan Zikry..sebab sebelum ni Noly order kek princess tuh dua-dua tulis nama anak perempuanya..rupa-rupanya satu lagi kek yang bersalut chocolate ni, si Noly yang punya..huhuhu hari lahir Noly hari ni..huhuhu silap aku..aku pun tak bertanya okeh, lain kali saya tanya owh sangat kasihan..

Then, tiga hari lepas tuh, ben10 tak jadi..Nuhan Zikry nak Bakugan pula..hah!? Bakugan? dalam hati je okeh terus google ooo sungguh miskin pengetahuan aku pasal Bakugan ini hakhakhak

Naga buka mulut nak tiup lilin
Aku tekap atas fondant, bubuh line dan warnakan guna piping gel (halal insyaallah)..masa Noly beritahu tu kek dia, aku ingatkan dia bergurau..sekali aku tengok facebook, eh? betul la..huhu sangat sedih...dah minta sorry ngan Noly..walaupun dia kata no problem tapi tetap kasihan..okeh apa, mama Noly dapat kek naga, mama lain ada?wahaha..

Chocolate Moist Cake, 3 layer, filling chocolate cream..saiz 9" x 2". Berat hampir 2kg..lebih kurang


Nota sementara dah jadi nota tetap: Jauh dari sempurna huhuhu tapi banyak belajar untuk jadikan sempurna lepas ni..insyaallah..

Tuesday, January 10, 2012

Eggless Chocolate Cake --- resepi 2

Salam...emm lamanya tak update..bukan setakat tuh, memang lama juga tak masak kat dapur..huhuahahha la ni sehari dua baru nak start balik..tapi tu la bila nak start semula ni, ada je yg tak menjadinya...buat kastad tea cake pun hancur..walaupun rasa sangat sedap...(memandai2 bubuh krim jagung dalam kastad wakakaka)..pastu buat mashed potato pun tak menjadi..1st, memang hancur lebur jadi larva..org lain lenyek, aku blend..mana nya nak jadi..gravy pulak, aku buta2 ikut resepi tanpa rasa apa2..hasilnya..memang aku masak garam...2nd time, bole la..tapi masih tak menjadi lagi...tension tak tension terus buat tak tahu..

Semalam nampak update terbaru dari rumah kak cek, 'Kitchen is my world'..baca, baca..resepi cam senang je...baca, baca sampai abis entry baru perasan resepi takda telur..tu pun sebab kak cek yg bagitau hehhe

jadi pas maghrib semalam try la...wahh bole memasak lagi aku rupanya...hahhahah


Itu la hasilnya...sangat mudah..cuma cam biasa, org baru nak start masuk dapur balik, aku terlebih bakar beberapa minit wakakkaka..okla..kak cek, minta c&P resepi sini ya..hehhe nanti senang saya nak cuba lagi bila teringat rasanya..terima kasih ya atas perkongsian..

CHOCOLATE CAKE
Resepi Asal  :  Joyofbaking.
Terjemahan/Olahan  :  KitchenIsMyWorld

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan ( 195 grams ) tepung serba guna...( ku guna tepung superfine blue key..)
1/2 cawan ( 200 grams ) gula castor
1/4 ( 25 grams ) serbuk koko yang diayak..
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan ( 75 grams ) butter yang dicairkan...( ku guna minyak canola...)
1 cawan  ( 240 ml ) air suam...( ku guna low fat milk suam....)
1 sudu besar jus lemon @ cuka...( ku guna jus lemon...)
1 sudu kecil vanila extract

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
·          Panaskan oven 177 darjah Celcius....sediakan loyang bersaiz 8" x 8" yang disapukan dengan shortening dan ditaburkan sedikit tepung...buangkan lebihan tepung yg berada didalam loyang...
·          Campurkan sume bahan2 kering ...tepung...gula ...koko..baking powder..baking soda dan garam kedalam mangkuk pengadun...gaul sebati...
·          Campur sebatikan bahan2 cair...butter yang dicairkan @ minyak canola...air/susu suam...jus lemon @cuka dan vanila ektract...
·          Masukkan bahan2 cair kedalam bahan2 kering...gaul sebatikan adunan....masukkan kedalam loyang..
·          Masak dalam lingkungan 25 - 35 minit @ sehingga kek masak..( bila lidi dicucuk kering bermakna kek telah cukup dimasak...)
·    Biarkan kek sejuk sebelum diletakkan frosting diatas kek...

Tapi aku tak buat frosting nya...tak sempat..hehhe mcm biasa alasan kena ada..


Jom makan!!

Pastuh, lepas duduk-duduk sekejap, dah dekat nak tidur tuh, gi dapur balik..masak sambal sardin bersantan..wahahha buat lauk bekal kerja hari ni..makan dengan oat..hehhe pergghh marvelous betul dapat makan masakan sendiri walau apa pun rasa dia tapi kepuasan tetap ada..jadi..jom lah kita start memasak balik...wahahha --- walaupun 'kita', tapi ia ditujukan untuk aku sahaja :D

Thursday, June 30, 2011

Kek Hantaran Putih Merah

Salam..


Pesanan dari Izat pernah pesan kek sebelum nih kat sini.


Moist chocolate cake, filling chocolate cream + blueberry..


Terima kasih banyak2 ye Izat..n ko juga jelan.

Tuesday, June 28, 2011

Cartoon Cake - Pooh and the rainbow

Salam..


Order kek ni dr Noly juga..Hannys birthday girl nak kek yg colorful...


sama macam Princess Cake juga kek dalam adalah  Moist choc cake dengan filling krim chocolate + blueberry


Harap Hannys n family suka ngan kek nih..harap juga kek ni cantik dan sedap sepertimana citarasa si pemakan dan yg memandangnya..insyaallah..

Terima kasih banyak2 Noly ya..

Monday, June 27, 2011

Princess cake

Salam..


kek dalam adalah moist chocolate cake, dan filling krim chocolate + blueberry..


tengok je lah gambar setiap sudut nih. aku letak sbb nnti aku yg tak ingat rupanya cemana hehhe


Happy birthday Hannys ya..


Rantai takda,  gelang takda, cincin takda, anting2 pun takda. Princess ni terlupa nak pakai wahahhaha

 
Thanks Noly..harap Noly gembira dengan kek ni..

Noly order 2 biji kek, jadi lagi satu publish tomorrow lah ya..

Wednesday, May 25, 2011

Moist Eggless Chocolate Cake & 'mocha sauce'...

salam..:) hehhe

resepi refer kat sini, ada backlink ke resepi asal..


ada tasik 'mocha sauce' atas kek..


sila lihat lagi...makan bersama 'mocha sauce' itu...:D



Friday, April 29, 2011

Moist Eggless Chocolate Cake & Kek Tanpa Gula

salam, hhehe ni je gambar yg ada, walaupun tiada keindahan dalam gambor nih, tengok je lah


Kali ke2 buat, hehhe aku tak tau jd ke tak sebenarnya wahahha mengong!!. masa masak tuh aku cucuk tengah kek, licin clear je lidi masa kuar and aku assume la dah masak. aku bawak kuar, sekali masa potong kek masih melekat2 kat pisau & sudu. nak kata panas lg, sampi lanih masih melekat. emm ke belum masak...? hehhe tp dah lebih 45 minit bakar  ermm atau sbb aku tak letak cuka ke lemon ke oren sunquick ke cam dlm resepi...wahhahah biarlah. Bl aku makan, ok n masak jew.. 

rasa pun sedap cuma lembab melekat2 yg buat aku confuse kek ni jadi ke tak (-_-")

nampak kat blog kak Izah kat sini, resepi asal dr Dayangjack. Aku tak letak lg resepi sini sebab aku lum puas hati jd ke tak kek nih. aku nk try lg pas nih lama lg la tuh. Sapa2 nak resepi gi la blog otai2 tuh..puas hati masuk blog diaorg, gambar makanan bannnyakkkkk...hehheh apa pun tima kasih untuk penyumbang resepi, kek ni sedap n saya akan try buat lg azam kononnya. Diorg buat cantekk je tongok huhuhu aku nk buat lagii huhuhu

tapi lagi sekali, kek ini sedap..adec aku makan banyak huhu ingt dia nk kutuk aku, sib baik

tapi yg 1st time buat dulu, memang confirm tak jadi!! masa bakar tuh aku dah pelik, apsal kek nih tak naik ek em mmg tak naik kut..masa tuh aku ingat yg suma aku ikut resepi kecuali air sejuk dr peti ais aku ingat botol dlm pt ais tuh ada air, rupanya kosong uwaaa. takpa la, tggu je la samapi masak..

pas masak aku rasa sikit yg tepi2 tuh, pahit?..pikir punya pikir..kek  nih mmg pahit ke, ke letak serbuk koko banyak sangat..ke gula tak cukup emm tiba2, aku tak taruk gulaaaa!!!jemmmm!! (-_-") arggghh tension pun ada, kelakor pun ada. cam sengal pun ada. tak ter gerak pun nk rasa adunan sblm bakor wahahhaha

jd untuk yg kali nih, aku siap2 rasa adunan sikit sebelum bakor mcm selalu aku buat...ish ish..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih