Hehhe rasanya kalau tak silap ni lah first time buat kek kukus dalam pengukus..boleh tahan sedap la rasa dia lagi-lagi pada peminat kek kukus..tapi adik aku seorang tu tak suka..kan kek kukus macam ada kenyal sikit tapi takda la kenyal pun..elok je lembut tapi leh tahu la mana orang yg tahu eh paham ke? belasah je la..
Topping aku tak ikut resepi bawah, aku ikut kepala aku je..panaskan whipping cream (double boil), masukkan sedikit coklat sampai cair, pastu tambah ngan serbuk koko..kacau sampai sebati..
Resepi ambil dari blog kak shahriahnovelisresipe aka Shahriah di MasterChef tu..
Double Choc Moist Steamed Cake
By: TheWriter'sCooKING!
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + 2 sudu besar serbuk koko + sedikit garam <<< ayak bersama
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
70 gm choc chips Hershey's cairkan dalam microwave ---> aku guna coklat Beryl's
BAHAN TOPING:
200 gm choc chips Hershey's
50 ml susu segar
1 sudu besar mentega
*cairkan*
PENGUKUS
50gm choc chips Hershey *untuk tabur di atasnya*
CARA:
Putarkan gula, minyak, susu pekat, telur sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *bahan ayak dan putar sehingga sebati.
Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
Akhir sekali tuangkan air panas dan putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 45-50 minit.
takut tak?takut tak? |
Hahaha tengok la..tengok la kek pertama aku kukus..kek lembut, tapi atas dia mengerutu gelembung-gelembung..takuuuuut...pastu elok je pecah 3 bahagian..hehhehe
Tapi habis juga..:)
4 comments:
Salam my dear... wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh... masuk sini nampak kek coklat kukus.. terus kecur.. tup tap baca heehhhhEEEE tq so much kerana sudi mencuba yaa muahhzzz... terus jalan atas angin ni hah!
bila scrool down wahhh memang terkejut itu nama bukan main meriah naiknya sampai terbelah 3 ya... heheehehh.. takpe first trial esok dah kali kedua.. wahh.. boleh berniaga dah yang... tq so muchh muahhhhzzz tq! tq!
mak aii sedapnye
kahkahkah...tergezut saya kak sya!!..cepatnya respon. tu la baik terbelah 3 je kak, kalau terbelah 7 ke sepuloh ke senang tak payah potong2, terus je amik satu slice n makan
sedap adda..cuba la..hahaha
Post a Comment