Showing posts with label chocolate kek. Show all posts
Showing posts with label chocolate kek. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

McQueen & The Gang Cupcake

Assalamualaikum..

 

 

tragedy..semua cupcake ni tunggang terbalik dalam perjalanan nak hantar ke customer...tu je lah dulu..sambungan cerita, lain time okeh..

Friday, August 24, 2012

Moist Chcocolate Cake - strawberry

Salam..
Ni kak Devi officemate order untuk hari lahir kawannya..7 aug punya order..strawberry ada, bunga ada, anggur pun ada...yang takda nangka..



Alhamdulillah..semoga kek ini sedap & cantik seperti mana citarasa sesiapa sahaja yang melihat dan yang memakannya..insyaallah..

Mocha Benji Roll - Creamcheese

Salam...
huhuhu lama kan nak bersambung cita sebulan lepas. kahkah aku pun dah lupa nak cita apa..kehkeh..harap2 kek 2 buku yang aku bawa ke ofis ni cukup walaupun nampak macam tak cukup ngeh ngeh..

ni dia yang perisa mocha punya..



lama tak update, kan?..kalau tahun lepas memang tak sampai hati nak letak apa2 gambar makanan..tapi tahun ni lebih kepada niat untuk memang tak mahu letak apa2 gambar makanan bulan puasa..tapi nak update cerita lain pun tak berapa nak ada..tapi (asyik tapi tapii tapi) trafik sejak 2-3 bulan ni, rancak juga..tak tahu sebab apa..tapi adehh terima kasih sebab sudi datang dan singgah sini (dah ada datang, pastu ada singgah lagi)..harap2 apa yang ada diblog ni memberikan kebaikan kepada anda2 semua...jika ia mungkin bukan kebaikan yang anda dapat, maafkan saya, jika resepi tak menjadi seperti yang diinginkan, maafkan saya juga..

alhamdulillah

Friday, May 25, 2012

Moist Chocolate Cake & Almond Flake

Assalamualaikum..

Saja je letak title almond flake tu, bagi lain sikit dari tajuk biasa..hehhe ni buat selasa malam rabu semalam untuk bawa ke ofis..saja sebab dah lama tak bagi kek kat diaorang..

Resepi adaptasi dari resepi yang dapat dari CMG kek marble trio ..macam kat sini..tapi kali ni aku tukar jadi kek coklat plak..rasanya dah cuba bapa kali eh?..lupa la..


Moist Chocolate Cake
by OzzyOrange9768
Diadaptasi dari Sumber Asal: Mat Gebu
 
Bahan2nya:
300 g mentega
250 g tepung gandum*
30 g serbuk koko*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
6 biji telur gred C
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
1-2 sudu teh vanila esen
50 ml air 

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan semua telur dan esen vanila, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan air, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
note: saya copy methodnya dari Mat GEBU..

Thanks ya CMG for the marvelous recipe..aku rasa 2-3 potong jugak..eh?..moist la hehhe

Topping Chocolate Ganache

Bahan-bahan:
180 chocolate
160 non-dairy whipping cream

Caranya:
Panaskan whipping cream dengan cara double boil.
Bila dah panas masukkan chocolate yang dah di potong-potong. Kacau sehinggan semua coklat cair.
Biarkan pada suhu bilik atleast 6 jam sehingga likat. (aku buat lebih kurang dalam kul 12mlm, kul 6 dah likat sangat..tapi maybe lain keadaannya untuk cuca siang hari dan panas)

*nisbah coklat dan whipping cream tu, ikut suka memasing la..bole je insyaallah


Harga?..murah saja..boleh contact aku..ehhehe alamak..lupa plak..almond flake tu aku bakar suhu 175 degC dalam 7-10 minit tuh masa panaskan oven sebelum masukkan kek heheh

Thursday, May 10, 2012

Double Choc Moist Steamed Cake

Assalamualaikum..
Hehhe rasanya kalau tak silap ni lah first time buat kek kukus dalam pengukus..boleh tahan sedap la rasa dia lagi-lagi pada peminat kek kukus..tapi adik aku seorang tu tak suka..kan kek kukus macam ada kenyal sikit tapi takda la kenyal pun..elok je lembut tapi leh tahu la mana orang yg tahu eh paham ke? belasah je la..

Topping aku tak ikut resepi bawah, aku ikut kepala aku je..panaskan whipping cream (double boil), masukkan sedikit coklat sampai cair, pastu tambah ngan serbuk koko..kacau sampai sebati..


Resepi ambil dari blog kak shahriahnovelisresipe aka Shahriah di MasterChef tu..

Double Choc Moist Steamed Cake
By: TheWriter'sCooKING!
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung kek + 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat + 2 sudu besar serbuk koko + sedikit garam  <<< ayak bersama

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
70 gm choc chips Hershey's cairkan dalam microwave ---> aku guna coklat Beryl's

BAHAN TOPING:
200 gm choc chips Hershey's
50 ml susu segar
1 sudu besar mentega
*cairkan*

PENGUKUS
50gm choc chips Hershey *untuk tabur di atasnya*

CARA:
Putarkan gula, minyak, susu pekat, telur sehingga sebati atau gula larut.
Masukkan *bahan ayak dan putar sehingga sebati.
Masukkan coklat cair dan kacau sebati.
Akhir sekali tuangkan air panas dan putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 45-50 minit.

takut tak?takut tak?
Hahaha tengok la..tengok la kek pertama aku kukus..kek lembut, tapi atas dia mengerutu gelembung-gelembung..takuuuuut...pastu elok je pecah 3 bahagian..hehhehe


Tapi habis juga..:)

Wednesday, March 28, 2012

Eggless Self-saucing Chocolate Pudding (Ezani MasterChef)

Assalamualaikum..

Hoyeahhhh!!..sedapp wahahha bagi aku la lagi2 lepas dibiarkan semalaman..memula nak buat separuh adunan, tapi masa tu terkejar2 nak tengok chelsea main..malas nak berkira2, hah! terus masuk2 godak2 kejap siap..kejap je pun..cuma masa bakar aku guna suhu 180degC. pastu terus aku tinggal dengan yakin nya! geleng kepala. lepas 40 ke 45 min dengan yakinnya lagi sekali pergi jenguk oven, dengan harapan kek dah nak masak ahahhahaha hampeh..tak berubah apa pon..huhuhu mula terpinga2..oven aku ke eh yg tak panas..rasa, mmg panas..ke kena calibrate suhu oven aku nih...emm aku naik kan suhu jadi 190degC..sekejap je pastu timbul la kek tuh macam timbulnya pulau baru kat tengah laut merepek la ni dan pastu ke la tunggu lagi 45 min..baru la kek masak..huhuhu

Sebenarnya aku teringin nak buat cream puff asyik teringat je pastu tangguh, n tetiba teringat cream puff Ezani masa master chef dulu, jumpa resepi kat web masterchef tapi tak lengkap untuk bahagian pastry cream nya..entah cemana aku leh terjumpa blog Ezani..haa..nampak cam sedapnya puding coklat tu..terus je simpan resepi..jadi, cream puff tu tertangguh lagi la...huahuahuahua


Self-saucing Chocolate Pudding (Puding coklat “self-saucing” tanpa telur)

Cake batter
2 cups flour
1 1/2 cup sugar
2 tablespoons cocoa powder
1 1/2 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup milk --- ku guna susu cair (itu saja stok yg ada, jd tak susah memilih heheh)
1/2 cup butter/margarine; melted

Sauce
2 cups brown sugar --- aku guna 1 cawan gula biasa
6 tablespoons cocoa powder
3 1/4 cups hot water --- aku kurang 2 cawan ~400 gm

Method:
1. Preheat oven to 180° c. --- aku bakar suhu 190degC
2. For the cake batter - mix flour, sugar, cocoa powder, baking powder, and salt together. Add milk and melted butter/margarine to the dry ingredients. Mix until smooth. Pour into 9 inch baking pan.
3. Topping - mix sugar, cocoa powder, and water until sugar and cocoa dissolve. Pour over top of cake. Bake in 180° c for approximately 45 minutes or until cake is done when tested with a cake tester/skewer.
4. Serve dusted with cocoa powder and a dollop of whipped cream.


Boleh ke sini, ZestByEzani untuk tengok beliau nya lak..lagi lawa la kan..sebab tu aku tertarik nak buat..aku pula buat dalam loyang je..emm bukan loyang sebenarnya, tapi mangkuk besi, ada kelibat sikit kat gambar bawah ni.. yakin tak yakin, terus je cuba hehhe

macam makan kek coklat ngan ganache..tapi yang ni buat semua sekali harung masuk dalam oven..masa memula masak tu  huh masak jugak akhirnya, lap peluh aku perhati..sapa nak makan ni banyak2..aku buat sabtu malam ahad..aku biasa lah, makan sikit je sebab aku kan cepat muak makan kek yang aku buat sendiri..geleng kepala..tapi pastu, aku makan sikit2..pastuh, adik2 aku berdua balik rumah, selasa semalam habis dah..malam sebelumnya aku masuk dalam peti ais, then bila nak makan aku masukkan dalam oven jap panaskan..ok jer kek jadi lembut balik hehhe alhamdulillah habis..selamat...


Sila la cuba..insyaallah sedap..tapi kena pandai adjust volume sauce tu ngan loyang eh..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih