Showing posts with label kek coklat dengan strawberry. Show all posts
Showing posts with label kek coklat dengan strawberry. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Classic Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..
:D..cer tengok cer tengok..classic tak?..kahkah aku pun tak tak tahu mana classic nya..ini kek coklat resepi yang biasa aku buat..yang aku kata dulu kawan adik aku bagi, dan resepi ni aku guna untuk buat kek yang orang pesan..cuma kali ni topping nya aku guna yg susu cair je tapi sangat sedap..tu yang warnanya memang jadi warna chocolate..kalau guna whipping cream, warnanya akan lebih gelap..yang putih2 tuh adik aku tanya..'ni kelapa ke?..'..ishhh...!! bukan laa..tu coklat putih yang aku parut halus..hehe aku nyer parut tu mata dia halus, jadi yang halus2 je yg keluar..iyor la tu..

Lepas ni kalau pergi interview, kalau dia tanya apa kelemahan awak..aku leh lah jawab, kelemahan saya adalah saya tak tahu nak letak buah strawberry atas kek bagi nampak cantik kahkah gelak untuk sendiri..ada org yg main campak2 je, tapi hasilnya sangat cantik..

Kek ni untuk makan sendiri, aku buat separuh adunan dari selalu je..kemudian adunan aku bahagi 2 ke dalam loyang saiz 7"..senang, tak payah nak kerat2 masa nak letak filling..resepi kat bawah ni adalah adunan yg aku buat..


Moist Chocolate Cake

Bahan Kek:
*125 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*18-20 gram serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

125 gram butter -- suhu bilik
120 gram gula kastor
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila

150 gram susu (aku guna susu HT)

Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul).
6. Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam 2 loyang saiz 7" (kalau masuk 1 loyang sahaja pun boleh tapi masa pembakaran jadi 45-50min).
7. Bakar pada suhu 180degC selama 40 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk Chocolate Ganache:
250 gram chocolate (aku guna Beryl's)
240-250 gram susu cair (aku guna ideal)
1/4 sudu kecil nescafe (optional)
1 sudu makan butter

Caranya:
1. Panaskan susu cair dalam periuk sehingga sedikit mendidih (tepi2 dia).
2. Angkat dari api.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga semua larut.
2. Masukkan butter. Kacau sebati.
4. Masukkan nescafe, kacau sebati (boleh juga di bancuh dengan susu siap2)
Adunan coklat ini sangat cair jadi biar semalaman (cukup suhu bilik, tak payah masuk peti ais), adunan akan jadi pekat.


Cara aku letak ganache untuk kek ini..
Untuk bahagian atas, aku tuang ganache yg dah pekat tadi tu, agak2 leh cover semua permukaan atas kek. Mereng2 kan kek bagi rata tanpa di sentuh guna spatula.
Kemudian bakinya aku masukkan dalam peti ais dalam 30-1 jam (aku 1 jam sebab banyak benda lain nak buat kuikui)..sementara tunggu chocolate yg dalam peti tu, ratakan coklat yang meleleh kat tepi kek tuh. kat sini maknanya, tepi kek akan ada 1 lapisan nipis coklat. pas tu masukkan kek dalam peti ais.
Lepas 1 jam, kuarkan coklat dan kek dari peti ais. Guna pisau atau spatula, ratakan coklat (yg dah tak mengalir) tadi di tepi2 kek..


Ini cara aku letak ganache untuk kek ni. Aku dah lama tak guna susu cair, sebab ada whipping cream hehehe whipping cream bila dah semalaman, dia tak mengalir...tapi yang nampak mengalir tu yang sedap..kalau tak pun, ikut la cara mana yg korang suka..
Kalau nak cepat pekat, kurangkan separuh kuantiti susu cair..masukkan kek dalam mangkuk, tuang ganache atas kek..hah dah siap..mana2 je..

Friday, August 24, 2012

Moist Chcocolate Cake - strawberry

Salam..
Ni kak Devi officemate order untuk hari lahir kawannya..7 aug punya order..strawberry ada, bunga ada, anggur pun ada...yang takda nangka..



Alhamdulillah..semoga kek ini sedap & cantik seperti mana citarasa sesiapa sahaja yang melihat dan yang memakannya..insyaallah..

Friday, January 14, 2011

Chocolate Cake w Strawberry

salam..
adoooyaiii..ni kali ke3 aku buat entry nih...yg tadi dah taip panjang, gi mana ntah..walaupun takde le pnjag mcm karangan SPM, tapi ada la pnjang sikit mcm karangan UPSR..la nih terus aku taktau dah nak tulis apa nih..huhuhu

Ni pesanan kek coklat dari Ita, kawan sejak dari sekolah lagi..


Kek coklat filling krim+buah Strawberry+coklat. Nak tau rasa g tanya Ita..hehhe ermmm sebenarnya aku ingin sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih