Monday, July 9, 2012

Banji Roll - 1st timer

Assalamualaikum..
Tak berapa pasti 'Benji' or 'Banji" sebab bila google, 2-2 ada..cer tengok, ada rupa tak?..wahahha nak buat warna biru tapi tak jadi warna biru punn...jadi warna cam hijau-hijau gituh..dah macam ketupat yang macam dalam kad raya tuh...buat jumaat malam haritu, ingat nak bagi kenduri jiran, tapi dah jadi macam ni, makan sendiri je sudah..

1st time buat..resepi ambil dari sini..Me & My World..thanks banyak2 sebab sudi share resepi..


Kek Gulung Benji Roll

Bahan2:

bahan A: 
240 gm gula kastor 
25gm ovalette 
8 biji telur gred A 
80gm air

bahan B: 
240gm tepung superfine 
1 sudu teh serbuk penaik

bahan C: 
1 sudu teh esen vanilla 
150gm mentega-dicairkan pewarna merah, kuning,hijau, ungu krim mentega secukupnya

Cara-caranya:
1. Satukan bahan A dan B dan putar perlahan hingga sebati. 
2. Tukar kelajuan tinggi dan putar selama 10 min hingga pekat dan gebu. 
3. Tuangkan mentega cair dan esen vanilla dan gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. bhgn asal dituangkan dlm 2 tin 9x9 inci. bakar hingga masak bhgn kedua dimasukkan dlm 4 mangkuk berasingan dan warnakan merah,kuning, hijau,ungu. ambil satu tin pemakar dan tuangkan warna merah dan hijau. satu lagi tuangkan warna kuning dan ungu. bakar hingga masak. 

Nota1: tidak dinyatakan suhu dan masa, jadi aku bakar suhu 175degC, masa 35minit..oven aku sekali bakar boleh masuk 2 loyang atas bawah, bila dah 20 minit, tukar tempat, yang atas ke bawah dan yang bawah ke atas..
Nota2: aku guna loyang 10"x10"..boleh dapat 2 roll


Cara-cara nak bakar dan susun belang-belang tuh, boleh ke blog Me & My World..

Pada aku tak puas hati sebab hujung tu tak dapat bersambung...huhu..tak pa..ada 'update'nya..tunggu next entry..

5 comments:

Rozita Ceritaita said...

faiz.. cam bahulu gulung je ni kan?
resepi pun lebih kurang je.. err ada tak cam kerak2 bila bakar? cam hitam2 manis gitu?

Faiz said...

Bukan..bahulu gulung lain..ni cake, lagi lembut..takda kerak.. :D

ANIM said...

macam ni pun kata tak jadi? kalaulah umah kak dekat...hihi..bertuahnya!

ANIM said...

camni pun kata tak jadi faiz? kalaulah kita ni berjiran...jgnle malu2 hulur kat kak ya walau camnapun ghupanya..

Faiz said...

kak anim, klu umah sebelah haruslah kak anim muak asyik dihulur kek je jadi tukang rasa ngan tukang komen kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih