Sunday, January 6, 2013

Tepung Bungkus Wahaha

Assalamualaikum..
Ni kononnya kepung kepang kat dapur nak buat karipap. Kan ada iklan kat tv yg buat karipap manual tu tapi tak ingat plak jenama dia..ada part yg dia kelim tepi karipap. tengok macam senangkan..jadi aku ni pon nak cuba lah. Tap tak leh la..buat-buat tak leh, buat2 tak leh..pastu cetak karipap pun pi mana ntah..jadi untuk memendekkan masa aku kat dapur..aku buat ler jadi cam ni haa..kehkehkeh

kreatif dan inovatif tak?..wahahhaha
Adeh..ada2 je kan aku ni..

untuk inti, aku buatkan inti kentang cam biasa..resepi letak2 je. Oleh sebab kentang cuma ada 2biji kecil, aku lebihkan bawang supaya dapat inti banyak sikit..guna bawang besar 2biji, bawang putih 2-3 biji, lada kering lebih kurang 10 helai, dan ikan bilis lebih kurang segenggam..blend..tumis 1 biji bawang besar yg dihiris sampai wangi kemudian masukkan bahan2 yg di blend. Bila dah masak, masukkan garam, gula dan jika suka sedikit serbuk perasa..aku perahkan sedikit air limau nipis..(hehe sikit jer)..dan last sekali masukkan kentang..(kentang ni dah potong kiub siap2 dan direbus sampai masak eh..)..

Kulit plak aku guna dari Resepi Noraini..aku cuma buat 1/3 dari adunan kat bawah..

Resepi Doh Karipap

600 gm tepung gandum
130 gm majerin --- aku gantikan dengan mentega
150 ml air --- aku guna air sejuk dari peti ais
1/2 sudu teh garam --- aku tak letak

Cara Membuat Doh
1. Air dan garam dilarutkan.
2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.
3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu sehingga adunan habis.
6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Macam aku kata tadi, aku buat 1/3 dari adunan doh kat atas..dan air tu aku lebihkan sebab doh aku terlalu kering..tapi aku tak sukat la pulak..masuk sikit2..sampai doh jadi cantik dan tak melekat kat mangkuk uli..oh ye..aku tak rehatkan doh, terus je canai masukkan kan inti dan goreng ngeh ngeh..

Okeh, sok nak beli cetak/acuan karipap.

p/s: harap semua yg datang ke sini sihat2 belaka na..insyaAllah..kalau tak sihat pun alhamdulillah hidup lagi..ada masa lagi..sama2 kita tinggalkan kenangan lama yg kadang membuat hati gundah gelana..yg air mata kesalan tak tertahan kerananya..semoga Allah ampunkan dosa2 saya dan semua yg membaca..insyaAllah
--erti hidup pada memberi--

4 comments:

Rozita abd rahman said...

amin..........(utk doa ko yg last tu)tq!

eh ko tak reti kelim kan? beli je la cetak karipap tu faiz.. senang je pakai tu... pastu baru ko belajo kelim..slow2..mesti jadi punya.. ko rajin.. adik2 lelaki aku pun semua pandai..tu bermakna senang la tu...
eh kena rehatkan ke doh tu? aku pun tak pernah rehatkan la...
cuma part majerin tu..aku biasa pakai minyak masak/marjerin yg dipanaskan dulu..lebih lembut aku rasa doh dia..

ANIM said...

dah ada rupa wantan le plk faiz

Faiz said...

aku dah pernah ada cetak/acuan dulu ita, tapi mana pergi ntah..dah buang ke terbuang ke agaknya..smlm cari tak jumpa..nanti hari ni nak pi cari lagi..

aku tengok kat resepi tu ada rehatkan doh, jadi aku kena la bagitau yg aku tak rehatkan..nanti kang kalau org datang tengok resepi, tahu lah diorang kalau tak rehatkan pun boleh jadi juga karipapnya..

aku pun macam pernah tahu juga yg cairkan dulu marjerin/butter sebelum guna...tq

Faiz said...

kak anim..kan?kan?..leh buat camtu jugak kalau ada kulit popiah atau kulit wantan tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih