Tuesday, January 8, 2013

Cream Puff

Assalamualaikum..
Buat hari ahad semalam..resepi Ezani masterchef..ni kal kedua buat. sebelum tuh buat tapi kempis lepas turunkan suhu..ngeh ngeh aku buat separuh adunan dari resepi-resepi di bawah ya..(note: kempis maybe sebab aku turunkan jadi 120degC, jadi aku tukar ke 180degC macam yg tulisan purple kat resepi).

Baca resepi macam susah..tu yang simpan lama lama lamaaa sangat..tap sekali buat, laaa senang je rupanya..nak tak nak je..hehe betull..cubalah..

Cream Puff
Pastry choux (cream puff)
1 cawan (130g) tepung
1 sudu kecil gula kastor
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan (115g) mentega
1 cawan (240ml) air
4 biji telur -- untuk separuh adunan, aku cuma cuma 90 gram (pukul telur setakat bercampur)

Cara-caranya: 
1. Panaskan oven 210 ° c.
2.  Ayakkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
3. Panaskan mentega dan air di dalam periuk sehingga mendidih. Sebaik sahaja mendidih, alihkan dari api dan tuangkan sekali gus campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau senduk kayu. Kembalikan ke atas api dan kacau sentiasa sehingga doh lekang dari sisi periuk dan membentuk bebola doh yang licin. Teruskan mengacau selama 3 minit lagi.
4. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan dengan pengadun elektrik, pukul pada kelajuan rendah untuk melepaskan haba dan menyejukkan doh sedikit.
5. Setelah doh suam, tambah telur satu demi satu dan pukul sehingga anda mendapat pes yang pekat dan melekit.
6. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan paip bebola besaiz 1 ½ inci ke dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Jarakkan antara bebola sebanyak 2 inci.
7. Renjiskan sedikit air ke atas kertas baking dan bebola pastri choux (ini menghasilkan stim dan menggalakkan pastri menaik).
8. Bakar dalam ketuhar pada 210°c selama 20 minit sehingga pastri naik dan keemasan. Kurangkan suhu kepada 120°c dan bakar selama 15-20 minit. (Nota: Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semama pastri choux sedanag dibakar. Suhu yang tinggi menyebabkan pastri naik, manakala suhu rendah membuatkan pastri garing di luar dan berongga di dalam. Jika pintu oven dibuka ini menyebabkan pastri boleh mengempis dan tidak naik.) -- aku bakar 210degC sampai kuning keemasan lebih kurang 30 minit..kemudian turun kan ke 180degC dan bakar selama 20min

Krim pastri
1 1/2 cawan susu (susu penuh krim UHT, susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji kuning telur atau 3 biji telur keseluruhan (kuning telur membuatkan krim pastri yang lebih kaya dan kuning warna)
1/2 cawan gula kastor
4 sudu besar tepung
4 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:
1. Panaskan susu dan esen vanilla di dalam periuk, tetapi tidak sehingga mendidih. (* Nota: Pada peringkat ini anda boleh perisakan susu dengan pelbagai perisa, sebagai contoh, kopi, daun teh, kulit kayu manis, kulit sitrus, daun pandan dan lain.)
2. Pukul gula dan kuning telur dengan pemukul elektrik. Ayak tepung dan tepung jagung bersama-sama dan kemudian tambahkan kepada campuran telur. Kacau sehingga sebati.
3. Angkat susu dari api dan tambahkan perlahan-lahan kepada campuran telur sambil mengacau. Tuangkan campuran telur dan susu ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana, sambil terus mengacau sehingga memekat. Sebaik  pekat, tuangkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik makanan. Sejukkan sebelum mengisi krim paf.
4. Potong krim paf untuk mengisinya dengan krim pastri. Cara lain adalah dengan membuat satu lubang di bahagian bawah paf dan paipkan krim pastri ke dalamnya.
5. Taburkan dengan gula aising.

4 comments:

ANIM said...

faveret kak ni...

Rozita said...

sedapnya faiz..kalau dekat dah ku order ni...

Faiz said...

kak anim, ye ker?..saya pulak baru 1st time nak merasa..tu pun tak pasti betul ke tidak rasanya

Faiz said...

Ita, hahah belum lagi ita..tengah experimen lagi..not for sale

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih