Monday, October 22, 2012

Puff Pastry Inti Kentang

Assalamualaikum..
Tadaaa..kali ni aku buat menjadi laa..tu pun lepas aku tengok adik aku buat 2-3 hari sebelum tuh...kuikuikui dulu aku buat tak menjadi sangat..terus macam malas nak buat, tetiba tengok adik aku buat, eh?..jadi laa...hihihi so aku pun tiru la..tapi aku buh inti kentang cam inti karipap tu tapi versi aku le kan..versi paling ringkas in the world. erk.. kut....


Puff pastry aku beli jenama KAWAN, bila survey memang ramai guna jenama ni..

Inti pula: Aku rebus 2 biji kentang yang dah sesiap potong dadu. rebus sampai empuk dan toskan. Kemudian tumbuk bwang kecik 2 biji + bawang putih 1 biji + ikan bilis (kuantiti aku agak2 ikut kuantiti kentang) + garam secukup rasa + serbuk kari 1 sudu kecik...kemudia tumis, bila dah masak, masukkan kentang tadi..biarkan sekejap..dah siapp..

aku lenyek2 sikit kentang tuh atas kuali..Dapat la untuk 5 ketul isi penuh2..tu pun ada baki lagi lebih kurang sesudu.

Nota (untuk rujukan kemudian hari): 
Puff Pastry ini dah cukup rasa jadi tak yah nak lebih kan garam pada inti
Aku bakar suhu 230degC ikut macam kat plastic bungkusan..tapi tengok blogger lain buat 180 or 190 degC..ikut mana yg jadi la yer..dulu rasanya aku guna suhu 180-190degC, tapi tak senaik ini pastry nya..
Api atas bawah
Masa bakar, kedudukan puff pastry ditengah2 oven antara api atas dan bawah..

Lagi satu..emm aku bakar letak atas rak bukan atas dulang (dulang oven)..tapi dulang oven tetap aku masukkan..maknanya susunan yg aku buat cam ni, bawah sekali dulang--rak besi--kemudian puff pastry


Silap aku, aku masukkan sikit air masa last sekali tumis kentang tu konon nak buat basah2 sebab tepung jagung habis padahal masin sikit hihihi, jadinya intinya macam lembik2 gitew..tapi ok je bagi aku..

diorang?..'baik makan karipap'..aku? aku tak kisah..lagi rasa nak buat lagi adalah..kahkahkah

Tuesday, October 16, 2012

Classic Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..
:D..cer tengok cer tengok..classic tak?..kahkah aku pun tak tak tahu mana classic nya..ini kek coklat resepi yang biasa aku buat..yang aku kata dulu kawan adik aku bagi, dan resepi ni aku guna untuk buat kek yang orang pesan..cuma kali ni topping nya aku guna yg susu cair je tapi sangat sedap..tu yang warnanya memang jadi warna chocolate..kalau guna whipping cream, warnanya akan lebih gelap..yang putih2 tuh adik aku tanya..'ni kelapa ke?..'..ishhh...!! bukan laa..tu coklat putih yang aku parut halus..hehe aku nyer parut tu mata dia halus, jadi yang halus2 je yg keluar..iyor la tu..

Lepas ni kalau pergi interview, kalau dia tanya apa kelemahan awak..aku leh lah jawab, kelemahan saya adalah saya tak tahu nak letak buah strawberry atas kek bagi nampak cantik kahkah gelak untuk sendiri..ada org yg main campak2 je, tapi hasilnya sangat cantik..

Kek ni untuk makan sendiri, aku buat separuh adunan dari selalu je..kemudian adunan aku bahagi 2 ke dalam loyang saiz 7"..senang, tak payah nak kerat2 masa nak letak filling..resepi kat bawah ni adalah adunan yg aku buat..


Moist Chocolate Cake

Bahan Kek:
*125 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*18-20 gram serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

125 gram butter -- suhu bilik
120 gram gula kastor
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila

150 gram susu (aku guna susu HT)

Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul).
6. Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam 2 loyang saiz 7" (kalau masuk 1 loyang sahaja pun boleh tapi masa pembakaran jadi 45-50min).
7. Bakar pada suhu 180degC selama 40 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk Chocolate Ganache:
250 gram chocolate (aku guna Beryl's)
240-250 gram susu cair (aku guna ideal)
1/4 sudu kecil nescafe (optional)
1 sudu makan butter

Caranya:
1. Panaskan susu cair dalam periuk sehingga sedikit mendidih (tepi2 dia).
2. Angkat dari api.
3. Masukkan chocolate dan kacau hingga semua larut.
2. Masukkan butter. Kacau sebati.
4. Masukkan nescafe, kacau sebati (boleh juga di bancuh dengan susu siap2)
Adunan coklat ini sangat cair jadi biar semalaman (cukup suhu bilik, tak payah masuk peti ais), adunan akan jadi pekat.


Cara aku letak ganache untuk kek ini..
Untuk bahagian atas, aku tuang ganache yg dah pekat tadi tu, agak2 leh cover semua permukaan atas kek. Mereng2 kan kek bagi rata tanpa di sentuh guna spatula.
Kemudian bakinya aku masukkan dalam peti ais dalam 30-1 jam (aku 1 jam sebab banyak benda lain nak buat kuikui)..sementara tunggu chocolate yg dalam peti tu, ratakan coklat yang meleleh kat tepi kek tuh. kat sini maknanya, tepi kek akan ada 1 lapisan nipis coklat. pas tu masukkan kek dalam peti ais.
Lepas 1 jam, kuarkan coklat dan kek dari peti ais. Guna pisau atau spatula, ratakan coklat (yg dah tak mengalir) tadi di tepi2 kek..


Ini cara aku letak ganache untuk kek ni. Aku dah lama tak guna susu cair, sebab ada whipping cream hehehe whipping cream bila dah semalaman, dia tak mengalir...tapi yang nampak mengalir tu yang sedap..kalau tak pun, ikut la cara mana yg korang suka..
Kalau nak cepat pekat, kurangkan separuh kuantiti susu cair..masukkan kek dalam mangkuk, tuang ganache atas kek..hah dah siap..mana2 je..

Sunday, October 14, 2012

Moist Walnut Carrot Cake

Assalamualaikum..

Heheh..buat lagiii..kali buat ikut betul2 resepi yang ada di JoyofBaking. Tapi kali ni aku buat separuh adunan dari adunan dibawah..bakar dalam 2 loyang saiz 7"..aku copy paste resepi dari Joyofbaking..tulisan ungu tu yang aku buat..untuk kek aku buat separuh adunan, dan untuk frosting aku buat 1 adunan terus tetapi telah aku kurangkan separuh icing sugar..


Carrot Cake by Joyofbaking.com

Carrot Cake Recipe:
1 cup (100 grams) pecans or walnuts --- 50 gram walnut
3/4 pound (340 grams) raw carrots (about 2 1/2 cups finely grated) --- 170 gram lobak yang disagat, tak payah perah airnya
2 cups (260 grams) all-purpose flour --- 130 gram tepung superfine
1 teaspoon baking soda ---1/2 st
1 1/2 teaspoons baking powder --- 3/4 st
1/2 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons ground cinnamon --- letak sangat sedikit hujung sudu
4 large eggs --- 2 biji telur saiz B
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar --- 150 gram gula kastor
1 cup (240 ml) safflower, vegetable or canola oil (or other flavorless oil) --- 120 gram minyak jagung/canola
2 teaspoons pure vanilla extract --- 1st esen vanila
60 gram nanas yg di cincang
50 gram kismis (basuh dahulu) 

Method:
1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in center of oven. Butter or spray two - 9 x 2 inch (23 x 5 cm) cake pans and line the bottoms of the pans with a circle of parchment paper. ---separuh adunan aku guna loyang 7".
2. Toast the pecans or walnuts for about 8 minutes or until lightly browned and fragrant. Let cool and then chop coarsely.
3. Peel and finely grate the carrots. 
4. In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, baking powder, salt, and ground cinnamon.
5.In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the eggs until frothy (about 1 minute). Gradually add the sugar and beat until the batter is thick and light colored (about 3 - 4 minutes)
6. Add the oil in a steady stream and then beat in the vanilla extract. --- aku masukkan masukkan nanas di sini
7. Add the flour mixture and beat just until incorporated. 
8. With a large rubber spatula fold in the grated carrots and chopped nuts. --- dan juga kismis
9. Evenly divide the batter between the two prepared pans and bake 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. ---aku bakar dalam lebih kurang 40 minit.
10. Remove from oven and let cool on a wire rack. After about 5 -10 minutes invert the cakes onto the wire rack, remove the pans and parchment paper, and then cool completely before frosting.

Cream Cheese Frosting:
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, room temperature
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature --- 250 gram
2 cups (230 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted --- 115 gram icing sugar
1 teaspoon (4 grams) pure vanilla extract
1 teaspoon finely grated lemon zest (outer yellow skin) (optional) --- tak letak sebab tak ada

Method:  
In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the cream cheese and butter, on low speed, just until blended with no lumps. Gradually add the sifted powdered sugar and beat, on low speed, until fully incorporated and smooth.  Beat in the vanilla extract, and lemon zest.

 

Sebenarnya walaupun langkah2 nya nampak panjang, tapi senang je nak buat kek ini..insyaallah..


Kek ni sedap pada aku..aku suka..emm kek moist dan ia macam padat, tapi tak padat sebab dalamnya penuh dengan walnut, kismis (dan juga sedikit nanas)..jadinya bila makan rasa semua tuh kecuali nanas hahhahah...Frosting dia pula, walaupun aku dah kurangkan gula icing tu jadi secawan (dan kuantiti cheese dilebihkan), pada aku tetap agak manis sangat hehhe maybe lepas ni aku boleh gantikan gula icing tu dengan whipping cream yang dipukul dulu macam frosting Rainbow cake hari tu..

dan malam ni, untuk sisa2 terakhir kek ni, aku cuba makan dengan Chocolate Ganache...kahkahkah marvelous!!!..sebab beb..alhamdulillah...

Thank you to Joyofbaking.com for this marvelous, yummy and delicious recipe!!

p/s: walaupun aku tak banyak pengalaman buat kek lobak ni, tapi aku dah mula berani merasa kek2 lobak lain contohnya masa pergi training hari tuh, dapat makan kek lobak yang sangat soft..emm kena try cari recpi lagi la ni..

 

Monday, October 8, 2012

Mango Layer Cheesecake

Assalamualaikum..
Mango Layer Cheesecake ni buat last week..nak update dari hari tu tapi cam tangguh2..hehe


Dalamnya kek span vanila je..aku guna 2 biji mangga saiz sederhana..1 biji aku kisar untuk dimasukkan ke dalam creamcheese, dan 1 biji lagi untuk hiasan atas nu..emm tapi kalau untuk hidangan makan2 atau apa2 majlis, dicadangkan hiasan mangga kat atas kek tu di kupas/potong sejurus sebelum kek dihidangkan..sebab kalau mangga yg sesiap dipotong dan diletak atas kek kemudian dimasukkan dalam peti ais semula, mangga tu akan bertukar jadi warna kuning2 coklat dan kering jadi tak nampak kesegarannya..ataupun alternative lain, boleh dituangkan mango filling atas kek tu..


Dulu aku pernah buat, boleh ke sini..dan kali ni aku tukar sedikit kaedahnya..

Mango Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus -- bole kurangkan ke 120 gram sebab pada aku ni manis sangat
1 biji buah mangga saiz sederhana, kisar hingga hancur -- boleh juga ganti dengan 1sb paste mangga 
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih(air nih lebih kurang 4x berat gelatin tuh)

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Putar creamcheese (yang dah dibiarkan pada suhu bilik sekejap) dan gula hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan mangga yang dikisar tadi. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam (larutan akan jadi kuning jernih), masukkan ke dalam adunan creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota2: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

 

Sepatutnya 3 lapis, tapi entah macamana le jadi 2 lapis je..kehkehkeh..dan bagi aku (juga komen dari yg request kek ni), kami lebih suka mango cheesecake ni digabungkan dengan butter cake daripada kek span vanila ni sebab rasa dia kosong dan macam tak join dengan creamcheese tu..tapi berlainan dengan orange sunquick layer cheesecake dan durian layer cheesecake, dua2 tu pada aku sedap je dengan kek span..ataupun lainkali aku letak sikit perasa oren/ mangga kat kek span ni  kan?..emmm good idea....

okeh..cukup lah dulu..nanti kita try kek lain pulak eh..

 

Monday, October 1, 2012

Rainbow Cake -- UPDATE kahkahkah

Assalamualaikum..
Speechless...sebab apa....sebab aku lupa resepi kahkahkahkah..entah apa2 je aku ni kan?...



ok, nanti aku buat lagi..letak resepi eh..yang ni pun manis sangat mmg kena kurangkan gula..

terima kasih pada sesiapa yang masih sudi datang bertandang berjalan2 hehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih