Tuesday, February 4, 2020

Walnut Brownies - moist version!

Assalamualaikum!..

Apa khabar korang semua..harapnya baik-baik saja..

Ni Moist Walnut Brownies, buat guna resepi yang aku olah dari resepi asal..rasanya resepi asal aku ambil dari blog kak azlita masam manis rasanya...dah lama sangat, lupa dah. Aku pun lupa, rasanya aku takda catit dalam blog ni. Sebelum ni tahun 2015 ke 2016 ada kawan satu ofis minta resepi, aku tulis dan ambil gambar hantar ke whatsapp dia. Gambar tu lah aku guna sampai la ni kalau nak buat heheh


Sangat moist, sangat sedap insyaAllah..

Monday, February 3, 2020

Coklat coklat coklat!

Assalamualaikum..salam bahagia semua..

Alhamdulillah dapat tengok coklat banyak-banyak macam ni pun Allah dah beri rasa bahagia..semoga orang lain yang tengok pun rasa bahagia juga.



Selamat Pagi!! Semoga yang baik-baik sahaja hari ini untuk korang semua!..insyaAllah

p/s: Adik aku pergi Langkawi Januari lepas. Tu yang ada banyak ni.

Sunday, February 2, 2020

Roti Naan Cheese RSMY Kajang

Assalamualaikum..salam bahagia..

Aku tak ingat sama ada ini pertama kali aku makan roti naan cheese atau aku dah pernah makan sebelum ni..heheh 

Betul-betul banyak yang aku lupa sekarang..lagi-lagi sebab tak buat catitan di mana-mana hatta di blog ni juga. Mungkin masa tu rasa tak perlu, tak sempat, tak ingat dan berbagai tak lagi lah. Tapi sejak akhir-akhir ni, rasa berbaloi pula jika aku masukkan di dalam blog ni sebab aku boleh ingat balik rasa (baca perasaan) masa segala peristiwa ini berlaku..

Adik aku ajak teman makan roti naan cheese ni kat Kajang, Selangor. Rasanya masa ni kami pesan set B untuk bertiga atau berdua hehehe ni pun aku lupa..dalam set tu ada roti naan cheese and roti garlic. Lepas tu kita tambah nasi beriyani.

Masa ni bawa sekali anak saudara, si aqis ni haa..tinggal Nilai lepas balik kenduri kahwin kat Ara Damansara.


Rasa kekok pula nak menulis panjang-panjang ni. Takpa, pelan-pelan lah..

Terima kasih kerana membaca. Salam bahagia. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda semua.

Sunday, March 31, 2019

Anekdot - 2

04 Mei 2018: 0753

‘Assalamualaikum..’ salam diucapkan sambil tersenyum.

‘Waalaikumussalam..’ jawab saya.

Pagi-pagi lagi Tuhan sudah beri rasa bahagia dalam hati. Siapa sangka tiada angin, tiada rebut, tiba-tiba crush bagi salam ketika berselisih masuk ofis.

‘Kak, kalau tiap-tiap hari kau senyum cantik macam ni kan bagus. Sejuk hati semua orang tengok. Takda la garang macam singa betina’

Begitulah. Boleh seminggu tahan senyum dibibir hanya dengan satu salam yang membahagiakan.

Sunday, March 3, 2019

Anekdot - 1

25 April 2017: 0708

`Mahu akak recommend kan?’

`Tak usah kak. Soal hati dan perasaan tak boleh dibuat main. Jika tidak di sini, di sana pula yang terluka. Tidak banyak, tentu ada sedikit. Silap perhitungan, dua-dua merana dek kesan diluar jangka.’ Kata saya sambil tersenyum manis.

Eceewahhh..pandai pula saya menjawab. Dari mana ntah datang idea jawapan sebegitu.

Saya pandang kakak tadi. Dia tersenyum memandang saya sebelum berlalu.

Tiba-tiba terfikir, kenapa dia tersenyum sedangkan dia tidak mendengar jawapan dari hati tadi? Ah sudahh..jangan-jangan dia anggap saya senyum tanda setuju.

Tepung Goreng Nasi aka Jemput-jemput

Assalamualaikum..
Yeay!!! akhirnya aku berjaya buat tepung goreng yang boleh dimakan ahhahahahah alhamdulillah..sebelum ni tak pandai buat. Kalau buat pun jadi keras sampai lenguh mengunyah.

Ni resepi dia. Tapi aku main agak-agak je sukatannya. Yang pentingnya memang kena cuba banyak kali walau rasa 1st time dah menjadi, tetap kena cuba lagi untuk tengok kepekatan adunan yang betul.
1. Masukkan ke dalam blender:
1 cawan nasi,
Sejemput ikan bilis (kadang-kadang tak masukkan pun)
Kiub pati ikan bilis/ayam
Air untuk blend

2. Blend bahan-bahan 1 sampai betul-betul halus ya.

3. Masukkan bahan yang di blend tadi ke dalam bekas yang nak buat bancuh adunan tepung.

4. Masukkan bawang yang dipotong dadu. Kalau adunan banyak masukkan garam sedikit. Kalau tak banyak, tak perlu sebab cukup rasa masin dari kiub pati tadi.

5. Kemudian masukkan tepung. Begini..kuantiti tepung tu sama ada sama banyak atau lebih dari nasi yang di blend tadi. Gaul.

Jika rasa pekat sangat, bubuh air sikit-sikit. Jangan bubuh sekali banyak tau. Adunan sepatutnya tak pekat sangat dan tak cair sangat.

6. Goreng dengan minyak yang dah dipanaskan dengan api sederhana. Bila permukaan tepung goreng yang di belah bawah dah keras ala ala rangup, balikkan. Kemudian tunggu sampai masak lagi sebelah.

7. Angkat dan makannn!!

Hasilnya tepung goreng aka jemput-jemput ni tak keras walau dah sejuk.
Walau cuma tepung goreng, dan mungkin bagi orang lain, 'alaa jemput-jemput bodo je pun nak kecoh, orang lain dah berzaman pandai buat' hehehhe tapi aku amat menghargai sebab aku pernah cuba buat dah gagal selalu. Bila dah dapat buat, rasa macam sangat gembira dan sangat seronok. Moga-moga berguna buat sesiapa yang ada pengalaman macam aku.

Jumpa lagi!!

Sunday, February 24, 2019

NESCAFE Caramel Macchiato

Assalamualaikum semua,

Wahh..2 posts in a row giteww..

Semalam masa nak balik sini, singgah 7 Eleven nak top up Touch N Go. Lepas tu rasa macam nak minum air manis aka coffee. Pergi la ke peti ais..mata terus ternampak NESCAFE Caramel Macchiato ni. Harga RM7.90. Emm..aku decide nak beli..ada beberapa perisa. Aku pilih yang ni sebab ada perkataan karamel, so aku fikir confirm manis. Masa tu tak nak ambil risiko untuk rasa lain sebab takut tak sedap dan tak manis. hehhe

Manufactured by Seoul F&B Co. Ltd. Isipadu 300ml. Kalau korang perasan ada logo halal korea di sebelah kiri bawah, warna hijau tu.

Untuk rakan-rakan yang mengambil kalori yang terkawal aka diet, calories untuk minuman ini 207 kcal per 300 ml. And total sugar content is 26.1 gram per 300 ml. Bukan apa, aku kalau tengah mengawal pengambilan kalori memang akan tengok dulu 2 info tu. Mana tahu aku catat di sini senang sapa-sapa nak refer.

Lepas buat carian di 'Google'..haa dapatlah info macam di bawah. Ada 3 rasa iaitu 
1. NESCAFÉ® Smooth Cappuccino 300 ml
2. NESCAFÉ® Caramel Macchiato 300 ml
3. NESCAFÉ® Caffe Mocha 300 ml


Product ni boleh didapati di 7 Eleven di seluruh negara. Boleh refer terus ke facebook NESCAFE Malaysia ya.


Improvement yang boleh dibuat untuk produk ni yang aku nampak setakat ni adalah penutup cup yang hitam tu. Masa beli penutup tu agak longgar, tapi ia jadi ok bila aku cucuk straw. Lagi pun aku tak buka lapisan penutup yang belah dalam (yang macam seal aluminium tu) sebab takut tumpah sebab penutup longgar kan.

On the way balik, tu minum la air ni. Pergghhh sedap! Rasa dia pekat. Aku minum sikit-sikit. Sure aku akan cuba yang lagi 2 tu..insyaAllah

Jambu Bertih?

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku tak tahu apa nama sebenar jambu ni. tapi lepas buat carian di 'Google' tadi, dapat la namanya Jambu Bertih rupanyan (rujuk blog ini). Dulu kat rumah arwah nenek aku kat kampung ada pokok jambu ni. masa kecil-kecil makan dengan kicap, gula dan hilis cili sikit.

La ni, semalam balik kampung, ada kat rumah mak. Jiran kampung bagi katanya. Ada sebakul, banyak la jugak..aku ambil sikit nak buat kunyah-kunyah.

Tapi sebab semalam dah makan dengan kicap dan gula, yang ada ni aku bubuh asam dan cili hiris sedikit.


Basuh dulu jambu-jambu tu. Aku sama basuh sama belah dua. Sebab kadang-kadang ada haiwan dalam tu hhehehhe..lepas tu tos kan..tabur asam dan lada hiris sikit.

Nanti kalau dah puas makan yang ni, aku naktambah kicap dan gula plak..bagi variasi rasa sementara ada ni. hehe

Baiklah. Jumpa lagi kawan-kawan.

Monday, February 18, 2019

Assalamualaikum!..hai semua

Salam..

hai semua..semoga semua yang masih singgah ke blog ni bahagia selalu..

Lama tak membebel dalam ni. Sayang sangat dengan blog ni. Sekali sekala datang tengok resepi lama-lama yang memang ada rekod dalam blog ni je. Sesuai dengan tagline 'Apa saja yg aku buat.. supaya aku ingat di kemudian hari yang aku pernah buat....', kadang bila dibayangkan, tanpa rekod kat dalam ni, memang aku tak ingat langsung apa yang aku dah pernah buat. Segala gambar, resepi, order, design etc. mengingatkan aku yang aku boleh dan yang paling penting, pernah buat rupanya.

Dan sekarang dan tika ini aku sangat rindu nak buat kek, sangat rindu nak melakar corak-corak atas kek yang walaupun tak seberapa tapi bagi aku ia memberikan kepuasan dan kadang melegakan stress yang agak menekan.

Bila start buka blog balik, tengok kawan-kawan blog, rasa rindu pula nak baca cerita masing-masing. Walau jarang bertegur, dan cuma kadangkala singgah dulu-dulu, ia tetap tercatat dalam buku kenangan.

Bila tak rekod resepi, atau dengan kata lain masak campak-campak ikut sukahati, memanglah sedap kadang, tapi rasa tu yang jadi macam harini buat rasa lain, bulan depan buat 'eh, kenapa rasa lain plak ni'..heheh

Jadinya, ingat nak mula rekod semula apa yang dibuat supaya senang nak tengok resepi kemudian nanti.

Yang terbaru ni, aku dah jumpa resepi puding karamel yang sedap sangat bagi aku. Dengan kurang manis dan kurang bau telurnya. Bila bawa ke ofis pun, kawan-kawan ofis kata sedap..alhamdulillah..nanti aku share ya..memang nak buat lagi.. Tunggu 2-3 minggu lagi sebab nak controlled gula dan manisan yang masuk dalam badan ni ha..hahhahaa

Harini pula, cuba resepi roti. Tapi tak berapa menjadi. Tapi tak pa, dah ada plan lain untuk roti yang tak jadi tu. Hopefully jadilah plan tu, nanti boleh share gambar kat sini.

Semalam masak daging sambal merah. Resepi sendiri yang paling basic. Aku memang tak berapa tahu masak daging ni. Jarang-jarang atau boleh dikatakan setahun adalah dalam sekali dua masak daging. Tu pun sebab nak habiskan daging raya korban tahun lepas hihi..alhamdulillah setelah bertahan menunggu dagiing empuk, hasilnya bagi aku boleh dapat markah 70%. Kira oklah kan. Kena cuba banyak kali lagi nak capai >90% hahah

Oklah..entah apa yang aku membebel-bebel ni..layankan je lah

Jumpa lagi..

Monday, February 11, 2019

Mawar & Ingatan

Bunga mawar menambat rasa
Wanginya tersebar di hati tuan
Bertahun sudah bertemu tiada
Harapan disemai untuk melupakan

Mawar yang harum hamba dambakan
Di hati tuan ia tiada
Ku sangka hati sudah melupakan
Rupanya masih teringat jua

Sendirian mawar di dalam pasu
Dipetik tuan ketika di taman
Ingatan bukan bermakna rindu
Cuma hati sukar melepaskan

Mawar yang cantik berwarna biru
Sungguh menarik hati tuan
Hati merisik diangin lalu
Semoga tuan dirahmati Tuhan

Ombak, kelapa, gulai

Assalamualaikum..

Jumpa lagi. Moga semua yang membaca sihat sejahtera.

Ombak yang tinggi jatuh tak pecah
Menghempas kuat di pantai batu
Jangan dibiar hati yang resah
Mengadulah terus kepada Yang Satu

Pokok kelapa di tepi pantai
Dari kelapa dapatlah santan
Hati ku ini dilanda badai
Segala kenangan masih diingatan

Masak gulai ditambah santan
Sungguh enak dimakan berkawan
Hati merindu cuba ditahan
Pada Yang Esa ku mohon ketabahan

Saja nak asah bakat sikit-sikit. Moga membawa kebaikan.

Sunday, February 19, 2017

I am back (^^,)..

Assalamualaikum semua..

Lama tak buat entry dalam ni..since 2014..banyak benda yang berlaku, suka, duka, sedih, ketawa, marah, kecewa, yang buat air mata ada..yang buat anak tekak nak keluar pun ada..yang buat aku termenung panjang sorang-sorang pun ada...

Apa pun yang berlaku, hidup mesti terus..kan?..(cakap senanglah..ye dak?..hehe)

Kali ni takda entry kek atau coklat atau apa sahaja yang sepertinya..just masukkan satu entry untuk bagi semangat nak buat come back. hehehee

Thursday, October 23, 2014

Moist Orange Buttercake & Creamcheese

Salam..
Terima kasih kepada yang sentiasa bertandang (^^,)..walau kadang2 rasa macam takda apa kat sini tapi tetap harap ada sesuatu yang baik yang boleh didapati di sini hehe 

Okey..here we go..kek ni buat sebab teringin..bayangkanlah, orange cake lapis dengan cheese dan dimakan lagi dengan strawberi..kan?..


Ni resepi nya. Resepi lama saya copy paste semula. Kali ni takda susu segar, jadi saya gantikan dengan fresh cream/ non-dairy whipping cream. Kali juga saya tambah parutan kulit oren. Dan adunan pula saya bahagi dua loyang 7x7 inci ya.

Moist Orange Buttercake
Bahan2: (untuk Loyang 9x9)
250g mentega
235g gula
4 biji telur gredB
1/2 sudu makan french vanila (bole guna vanila esen)
290g srf*
1st sodium bikarbonat*
1st baking powder (kalau guna tepung superfine, 2st)*---> ayak
285g susu segar --- saya gantikan dengan non-dairy whipping cream
60g juice oren sunquick (aku guna mandarin, kalu yg oren rasanya masam sikit kut)
Parutan 1 biji kulit oren

Caranya:
1. pukul mentega & gula sampai kembang
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati. kemudian masukkan french vanila, gaul sebati.
3. satukan susu segar dan juice oren (larutan memang akan jadi pekat sedikit)
4. masukkan bahan2 yg diayak td ke dalam adunan 2, selang selikan dengan larutan susu td
^^petua dapat dari mat gebu, bila selang seli mcm nih, last sekali mesti tepung biar tak berketul2
5. masukkan parutan kulit oren. Kaup balik mengunakan spatula.
6. masukkan dalam loyang yg dah di gris & dialas kertas minyak
7. bakar dengan suhu 175degC, 45-50 minit atau sehingga masak.
^^(bila >30minit agak2 dah nak gelap sikit permukaan kek tuh, letakkan kertas minyak/aluminium foil. takyah letak proper sgt, just taruk je asalkan tutup permukaan kek --biar atas tak hitam hangus tapi belah dalam belum masak--)

 

Alhamdulillah..bila letak parutan limau tu, bau dan rasa oren tu semacam lebih menyerlah..insyaAllah..

 
 
Topping Creamcheese
Bahan2: (untuk sebiji kek 7x7 inci kalau topping tebal ya)
180 gram Non-dairy whipping cream
250 gram  Creamcheese (saya guna brand Tatura)
25 gram Mentega (butter)
20 gram Gula icing

Caranya:
1. Pukul non-dairy whipping cream dengan kelajuan sederhana sehingga kental (bila terbalikkan bekas, krim tidak jatuh dan tidak bergerak). Kemudian masukkan dalam peti ais sementara nak sediakan creamcheese.
2. Pukul Creamcheese yang sudah dilembutkan dahulu dengan Mentega sehingga sebati. Pastikan tidak berketul-ketul.
3. Masukkan gula icing dan pukul sebati.
4. Kemudian, masukkan non-dairy whipping cream yang dipukul awal tadi. Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan satu bahagian, pukul sebati, ulang dengan bahagian seterusnya sehingga habis. Siap.


Dah boleh lapis kan dengan kek. Hias la kut mana pun yang kita suka. Sebenarnya creamcheese ini juga yang saya guna untuk Red Velvet Cake..sedap insyaAllah..

 

Orait..jumpa lagi insyaAllah..

Wednesday, October 8, 2014

Pavlova

salam..
Alhamdulillah..rasanya kali ni menjadi la pavlova ni..rasa dah tahu kut satu dua sebab napa tak jadi sebelum sebelum ni..:)

 

Resepi ambil dari Joyofbaking. Cuma saya kurangkan gula, lebihkan tepung dan cuka sedikit. Juga krim atas tu saya guna resepi dari Spices Journey.

Resepi:
Pavlova Disc
Source: Joyofbaking 

4 large (120 grams) egg whites --- 4 biji putih telur tanpa timbang
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar --- 150 gram sahaja
1/2 teaspoon pure vanilla extract --- french vanila
1 teaspoon white vinegar --- cuka makan
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)

Kaedahnya boleh rujuk kepada website tersebut sangat mudah. InsyaAllah.


Sedikit tips:
1. Gula dimasukkan sedikit demi sedikit.
2. Adunan putih telur akan kelihatan putih berkilat.
3. Pastikan semua gula larut dalam adunan putih telur. Rasa adunan menggunakan 2 jari. Pastikan ia smooth dan tiada rasa kasar gula.
4. Suhu adalah mengikut oven. Mula-mula saya guna 130 degC. setelah 1 jam 15 minit hingga 1 jam 30 minit, pavlova disc tu masih lagi rasa lembut di luarnya (bila disentuh dengan jari). Kemudian saya naikkan suhu ke 150 degC. Selepas ~ 20minit (lebihkurang kalau tidak silap), saya sentuh pavlova disc, dan ia keras..hehe alhamdulillah. Jadi selepas ini saya mungkin naikkan suhu oven saya kepada 150 degC.
5. Kulit pavlova disc mesti keras, kalau tidak, selepas oven dimatikan, pavlova disc akan turun dan yang mengecewakan sekali, ia akan melekit-lekit..:)


Krim untuk topping pavlova memang saya cari lain dari yang lain kerana saya tak berapa gemar jika gunakan fresh cream@non-dairy whipping cream semata.

Ni resepi nya: dari Shiela...SpicesJourney..Saya buat separuh adunan krim ini untuk satu adunan pavlova di atas. Kaedahnya, boleh rujuk kepada website SpicesJouney ya..sangat mudah..semua boleh buat insyaAllah
Klik gambar untuk ke blog SpicesJourney
Terima kasih kepada puan SpicesJourney. Adik2 dan saya suka akan topping pavlova yang begini.

Sunday, August 31, 2014

langsir raya 2014

Salam,
Harap semuanyg bertandang ke sini sihat belaka..


Wednesday, March 12, 2014

Birthday Cake - Rainbow Cake + Car

Salam..
Rainbow cake/ kek pelangi + sport car..saiz 7"x7"x5"..filling & coating buttercream biasa sahaja..tapi bole juga kalau nak letak filling blueberry atau chocolate ganache ya..

Dan, ini bukan sponge cake..ini buttercake.. :)

 


Gambar bawah adalah ehsan dari noly..hehe bahagian dalam rainbow cake..tq noly

 

Tuesday, March 11, 2014

Birthday Cake - Car

Salam,
Moist Chocolate cake, blueberry filling & chocolate ganache, snickers..+ sport car

 




Saturday, March 8, 2014

Birthday Cake - Cars

Salam,
Moist Chocolate Cake + chocolate buttecream & chocolate ganache filling + chocolate ganche + edible image + m&m


 Tq Pn Niza dari putrajaya..

Moist walnut carrot cake -

salam..
Moist walnut carrot cake small pack. With and without creamcheese.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih