Assalamualaikum..
Yeay!!! akhirnya aku berjaya buat tepung goreng yang boleh dimakan ahhahahahah alhamdulillah..sebelum ni tak pandai buat. Kalau buat pun jadi keras sampai lenguh mengunyah.
Ni resepi dia. Tapi aku main agak-agak je sukatannya. Yang pentingnya memang kena cuba banyak kali walau rasa 1st time dah menjadi, tetap kena cuba lagi untuk tengok kepekatan adunan yang betul.
1. Masukkan ke dalam blender:
1 cawan nasi,
Sejemput ikan bilis (kadang-kadang tak masukkan pun)
Kiub pati ikan bilis/ayam
Air untuk blend
2. Blend bahan-bahan 1 sampai betul-betul halus ya.
3. Masukkan bahan yang di blend tadi ke dalam bekas yang nak buat bancuh adunan tepung.
4. Masukkan bawang yang dipotong dadu. Kalau adunan banyak masukkan garam sedikit. Kalau tak banyak, tak perlu sebab cukup rasa masin dari kiub pati tadi.
5. Kemudian masukkan tepung. Begini..kuantiti tepung tu sama ada sama banyak atau lebih dari nasi yang di blend tadi. Gaul.
Jika rasa pekat sangat, bubuh air sikit-sikit. Jangan bubuh sekali banyak tau. Adunan sepatutnya tak pekat sangat dan tak cair sangat.
6. Goreng dengan minyak yang dah dipanaskan dengan api sederhana. Bila permukaan tepung goreng yang di belah bawah dah keras ala ala rangup, balikkan. Kemudian tunggu sampai masak lagi sebelah.
7. Angkat dan makannn!!
Hasilnya tepung goreng aka jemput-jemput ni tak keras walau dah sejuk.
Walau cuma tepung goreng, dan mungkin bagi orang lain, 'alaa jemput-jemput bodo je pun nak kecoh, orang lain dah berzaman pandai buat' hehehhe tapi aku amat menghargai sebab aku pernah cuba buat dah gagal selalu. Bila dah dapat buat, rasa macam sangat gembira dan sangat seronok. Moga-moga berguna buat sesiapa yang ada pengalaman macam aku.
Jumpa lagi!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang selalu dijenguk..Terima Kasih
-
Assalamualaikum!.. Apa khabar korang semua..harapnya baik-baik saja.. Ni Moist Walnut Brownies, buat guna resepi yang aku olah dari rese...
-
Novelty Cake . Pendapat peribadi aku, sebenarnya sangat mudah nak deco kek nih, start dengan konsep, pelan (sungai, air terjun, tasik, ...
-
Salam..hehhe ni la langsir yg aku buat raya tahun nih. daripada upahkan org luar, baik upahkan kat aku kan?...wahahhahah (gelak golek2) wala...
-
Salam.. hehhe apa la lagi yg aku bole buat dengan baki2 kek dan cheese selain trifle yg sedap nih...:D tapi gambar tak berapa nak indah lah...
-
Assalamualaikum.. Resepi shell & cream cheese kedua2nya bersumberkan dari blog kak Azlita Aziz ..terima kasih kerana sudi kongsi r...
No comments:
Post a Comment