25 April 2017: 0708
`Mahu akak recommend kan?’
`Tak usah kak. Soal hati dan perasaan tak
boleh dibuat main. Jika tidak di sini, di sana pula yang terluka. Tidak banyak,
tentu ada sedikit. Silap perhitungan, dua-dua merana dek kesan diluar jangka.’
Kata saya sambil tersenyum manis.
Eceewahhh..pandai pula saya menjawab. Dari
mana ntah datang idea jawapan sebegitu.
Saya pandang kakak tadi. Dia tersenyum
memandang saya sebelum berlalu.
Tiba-tiba terfikir, kenapa dia tersenyum
sedangkan dia tidak mendengar jawapan dari hati tadi? Ah sudahh..jangan-jangan
dia anggap saya senyum tanda setuju.
1 comment:
Hahaa
Post a Comment