Showing posts with label Sambal Tumis. Show all posts
Showing posts with label Sambal Tumis. Show all posts

Sunday, March 3, 2019

Tepung Goreng Nasi aka Jemput-jemput

Assalamualaikum..
Yeay!!! akhirnya aku berjaya buat tepung goreng yang boleh dimakan ahhahahahah alhamdulillah..sebelum ni tak pandai buat. Kalau buat pun jadi keras sampai lenguh mengunyah.

Ni resepi dia. Tapi aku main agak-agak je sukatannya. Yang pentingnya memang kena cuba banyak kali walau rasa 1st time dah menjadi, tetap kena cuba lagi untuk tengok kepekatan adunan yang betul.
1. Masukkan ke dalam blender:
1 cawan nasi,
Sejemput ikan bilis (kadang-kadang tak masukkan pun)
Kiub pati ikan bilis/ayam
Air untuk blend

2. Blend bahan-bahan 1 sampai betul-betul halus ya.

3. Masukkan bahan yang di blend tadi ke dalam bekas yang nak buat bancuh adunan tepung.

4. Masukkan bawang yang dipotong dadu. Kalau adunan banyak masukkan garam sedikit. Kalau tak banyak, tak perlu sebab cukup rasa masin dari kiub pati tadi.

5. Kemudian masukkan tepung. Begini..kuantiti tepung tu sama ada sama banyak atau lebih dari nasi yang di blend tadi. Gaul.

Jika rasa pekat sangat, bubuh air sikit-sikit. Jangan bubuh sekali banyak tau. Adunan sepatutnya tak pekat sangat dan tak cair sangat.

6. Goreng dengan minyak yang dah dipanaskan dengan api sederhana. Bila permukaan tepung goreng yang di belah bawah dah keras ala ala rangup, balikkan. Kemudian tunggu sampai masak lagi sebelah.

7. Angkat dan makannn!!

Hasilnya tepung goreng aka jemput-jemput ni tak keras walau dah sejuk.
Walau cuma tepung goreng, dan mungkin bagi orang lain, 'alaa jemput-jemput bodo je pun nak kecoh, orang lain dah berzaman pandai buat' hehehhe tapi aku amat menghargai sebab aku pernah cuba buat dah gagal selalu. Bila dah dapat buat, rasa macam sangat gembira dan sangat seronok. Moga-moga berguna buat sesiapa yang ada pengalaman macam aku.

Jumpa lagi!!

Sunday, January 15, 2012

Sambal Tumis Cilipadi

Salam..
Aku buatkan untuk adik aku..dia belum boleh makan benda yg kena kunyah lagi, jadi aku buatkan je sambal ni, makan ngan bubur nasi..

Simple je aku buat..kisar 1 biji bawang besar, 1-2 biji bawang kecil (kalau ada), 2-3 biji bawang putih, ikan bilis (lagi banyak lagi sedap), segenggam cilipadi & beberapa batang lada besar. Tumis  sebiji bawang besar yang dihiris-hiris & sejemput ikan bilis (ini lain daripada yang dikisar tadi)..bila dah naik bau, masukkan bahan kisar tadi..bila lada dah masak, masuk kan sikit air, air asam, perisakan dengan garam dan gula..aku letak ajinomoto sikit..ikut suka masing-masing..kemudian masak sampai dapat kepekatan sambal yang dikehendaki..

 

Aku ambil sikit, kemudian masukkan air (sikit je)..biar mendidih kejap, pecahkan telur..jadi la telur hancur hehhe tapi gambar tak da sini..


Simple je kan sambal aku masak hehhe kalau susah, tak tentu lagi aku akan masak selalu..asalkan masuk dengan citarasa orang yang makan, cukup la..

Thursday, January 12, 2012

Lempeng & Sambal tumis

Salam..ni buat td malam..sambalnya buat pagi2 sebelum gi keje hehhe tu la jadinya bila tengah2 bulan ni laa mood lapar menjadi2..mood nak makan bertambah2..kalau nak selamatkan keadaan, paksa rela diri untuk masak..


Sebenarnya tu konon2nya la taknak guna minyak, emm yang paling benar nak merealisasikan apa yg ada dalam kepala so aku buat lempeng guna sandwich maker kahkah entah apa2 je ntah kan..ala lempeng biasatepung air ngan sikit garam..pastu masa ada lagi separuh adunan, aku letak pati ikan bilis sikit..hehe

Kononnya lagi masa tu tak mahu bubur nasi yang ada, aduhhh punya la lama lempeng aku nak masakkk..real la sangat apa yang dalam kepala ko faiz..bila dah tak tahan lapar, sementara tunggu lempeng, aku amik bubur nasi sesenduk sesenduk sikit je tau makan ngan sambal tumis ngan kicap sedap woo..tapi tahan je nak tambah...tak de la lama sangat masak lempeng tu punn..cuma time tu aku yang lapar sangat hehhe

Akhirnya bila dah masak tuh, aku makan bape keping je la sebab perut mogok kenyang sebab tunggu lempeng lama sangat..hehe


baik tak buat banyak2..just nak puaskan hati je guna sandwich maker tu hahhaha jemput tengok ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih