Friday, July 20, 2012

Benji Roll - Creamcheese

Assalamualaikum..

Berapa banyak daa aku buat benji roll dalam 20 harii nih..kahkahkahkah...entah apa2 je ntah..nampak kulit tertanggal tepi belah kanan tuh?..lebih separuh kulit cantik je..tiba part separuh lagi, tertanggal..adik aku siap gelak lagi..dia kata kalau kakak aku, dah kira reject dah benda nih..(blog kakak aku kat sini)..sebenarnya aku tak expect pun ada kulit, sebab sebelum ni buat memang tak de kulit..kali ni aku sejukkan kek betul2 baru gulung (lamaaaa dari kul 1 pg sampai magrib esoknya hahhahah..)..eh, macam cantik la ada kulit..bila google, a'ah la..orang lainnya ada kulit cantik je..


Kali ni ni bawa gi ofis hehe..takda sapa dah nak makan kat rumah..tapi memang niat nak bawa ofis dari hari tu lagi..


Kat ofis aku, tak ramai staff..jadi ingat bawak 2 buku je tu cukup kut kan, lagi satu Mocha & creamcheese tapi...sambung next entry..aku nak masuk production dah..

Monday, July 16, 2012

Benji Roll - Cream Cheese & Strawberry

Assalamualaikum..
Adik aku tempah 3 buku untuk makan-makan di ofisnya..pot luck style..2 creamcheese, dan 1 strawberry..mula2 ada buat satu lagi, blueberry tapi rosak..kahkahkah yang ni pun bila pandang lama-lama pagi tadi baru perasan line kotak2 tak cukup..patutnya 4x4 tapi aku buat 4x3..emm buat 4 roll..1st rosak teruk..2nd tak sambung hujung nya..3rd tak ingat..4th sambung elok..tapi pecah sikit..ni kali ke3 buat..

alamak..terkemek2 pulak bekas tuh..tadi tak perasan..harap2 adec betulkan sblm bawa gi ofis..
Pasni nak try lagi pastu nak letak cream cheese tebal2 sikit..hehheh coklat pun tak buat lagi..

Tuesday, July 10, 2012

Benji Roll - Blueberry

Assalamualaikum..
Setelah betapa hampir 2 hari berikutan kejadian yang seperti entry sebelum ini..Banji Roll 1st timer tuh..maka ni lah hasilnya..habis semua ayat motivasi kat diri sendiri..kahkahkah..tapi disebabkan yang sebelum ni macam tebal, aku ada amend sikit quantity kandungan bahan-bahannya..alhamdulillah..sedap juga..ni buat ahad malam isnin..

 

Tapi hujung tu masih lagi takleh bersambung..takpa, masalah telah dikenalpasti..lepas ni akan cuba 'solve'kan problem tuh.. 


Resepi lepas amend aku letak kemudian ye..bagi aku buat lagi sekali..kalau ok, baru letak sini na..okeh..tqvm for coming here..ececeh..

Monday, July 9, 2012

Banji Roll - 1st timer

Assalamualaikum..
Tak berapa pasti 'Benji' or 'Banji" sebab bila google, 2-2 ada..cer tengok, ada rupa tak?..wahahha nak buat warna biru tapi tak jadi warna biru punn...jadi warna cam hijau-hijau gituh..dah macam ketupat yang macam dalam kad raya tuh...buat jumaat malam haritu, ingat nak bagi kenduri jiran, tapi dah jadi macam ni, makan sendiri je sudah..

1st time buat..resepi ambil dari sini..Me & My World..thanks banyak2 sebab sudi share resepi..


Kek Gulung Benji Roll

Bahan2:

bahan A: 
240 gm gula kastor 
25gm ovalette 
8 biji telur gred A 
80gm air

bahan B: 
240gm tepung superfine 
1 sudu teh serbuk penaik

bahan C: 
1 sudu teh esen vanilla 
150gm mentega-dicairkan pewarna merah, kuning,hijau, ungu krim mentega secukupnya

Cara-caranya:
1. Satukan bahan A dan B dan putar perlahan hingga sebati. 
2. Tukar kelajuan tinggi dan putar selama 10 min hingga pekat dan gebu. 
3. Tuangkan mentega cair dan esen vanilla dan gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. bhgn asal dituangkan dlm 2 tin 9x9 inci. bakar hingga masak bhgn kedua dimasukkan dlm 4 mangkuk berasingan dan warnakan merah,kuning, hijau,ungu. ambil satu tin pemakar dan tuangkan warna merah dan hijau. satu lagi tuangkan warna kuning dan ungu. bakar hingga masak. 

Nota1: tidak dinyatakan suhu dan masa, jadi aku bakar suhu 175degC, masa 35minit..oven aku sekali bakar boleh masuk 2 loyang atas bawah, bila dah 20 minit, tukar tempat, yang atas ke bawah dan yang bawah ke atas..
Nota2: aku guna loyang 10"x10"..boleh dapat 2 roll


Cara-cara nak bakar dan susun belang-belang tuh, boleh ke blog Me & My World..

Pada aku tak puas hati sebab hujung tu tak dapat bersambung...huhu..tak pa..ada 'update'nya..tunggu next entry..

Durian Layer Cheesecake (Chilled) & Resepi

Assalamualaikum..
Hari tuh kata nak letak resepi kek keju duriankan?..ni ha..sebelum tu tengok dulu isinya macamana..


Durian Layer Cheesecake
Bahan2:
1 biji kek span saiz 7" / 2 biji kek span saiz 6"

250g whipping cream (non-dairy)
250g cream cheese
130g gula halus
100 - 130g isi durian --- entry yang lepas aku kekurangan durian..
8 g (1 sb gelatin) - cari yang halal ya..
32g air panas yg baru mendidih

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental (tak cair. bila diterbalikkan mangkuk, cream tak mengalir atau jatuh). speed sederhana sahaja. ketepikan & masukkan dalam peti ais.
2. Creamcheese dan gula putar hingga tidak berketul2 dan berkrim, masukkan isi durian. putar sebati.
3. larutkan gelatin dalam air panas yang baru mendidih. bila dah sejuk/suam, masukkan ke dalam creamcheese tadi, putar lagi bagi sebati.
4. pastuh masukkan whipping cream yang disejukkan tadi. putar sebati.
5. pastuh, tuanglah kat loyang (loose/springform) yang ada kek span dan lapiskan..bila siap simpan dalam peti ais minimum 4 jam okeh..

nota1: isi durian terpulang masing2 kalau nak dikisar halus dahulu..aku tak kisar sebab macam sedap kalau tergigit2 durian
nota2: kalau tak da spring form, guna loyang biasa, tapi alas ngan plastik pembungkus makanan tu (shrinkwrap)atau aluminium foil..nanti senang nak tarik keluar..
nota3: kek span akan mengecut..maknanya kalau aku bakar kek span guna lyang 8", kek bila dah sejuk akan jadi lebihkurang 7" jadi aku bole guna loyang yang sama untuk buat cheesecake ni..atau bole kemaskan tepi kek sebelum dilapiskan dengan adunan cheese..

sekian..hehhe

Resepi yg masih pending in action heheh:
1. Kek Lapis Kastad Jagung
2. Marble Buttercake - Strawberry

Tuesday, July 3, 2012

Durian Cheesecake

Assalamualaikum..

Durian cheesecake ini aku buat untuk mak saudara aku yg tempah buttercake dalam entry sebelum nih..ada sikit durian lebih, jadi aku buat cheesecake ni..tapi tak banyak sangat lebihkurang ~68 gram je..dapat 2 buku untuk size bulat 7" dan empat segi saiz 6"x6"..klau untuk jual, aku akan buh durian 100-130gram untuk kek saiz 8" (tak leh lebih sangat2, nanti kek tak set)..saja bahagi 2 sebab aku pun nak makan gak sebab dah lama tak makan cheesecake ni hehhehhe sebelum ni ada beberapa kali buat, tapi yang masuk dalam blog suma yang base biskut..base cake, ni first time jadi entry heheh

ni mak cik aku nya..aku nye nnti arr aku ambik gambar bagi tengok isi dalam eh?.. ngan resepi sekali..tapi tak janji leh masuk cepat wahahah (aku agak kemalasan sekarang tapi tetap komited nak masukkan atleast gambar sesuatu yang aku buat)..komited la sangat ko faiz..


Atas tu whipping cream +chocolate emulco..


Untuk order boleh sms ke 019-2819768 atau email ke ozzyorange9768@yahoo.com. Ada 2 saiz, kecil macam saiz di atas dan besar saiz bulat 8".

Terima kasih..

Monday, July 2, 2012

Buttercake with almond flake

Assalamualaikum..
Ni mak saudara tempah untuk kenduri makan2..


Harapnya kek ini menepati citarasa sesiapa sahaja yg memakannya..insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih