Assalamu'alaikum..
Heheheh semenjak ada stok almond flake ni, rasa macam best je nak guna..hehheh ni buat sabtu lepas sebelum balik kampung, nak balik pukul 5 pm, masuk dalam oven 4.15 pm wahahhahah baik sempat & selamat dari kena bising, huhu setakat ni aku rasa, kena tinggal lagi kurang stress dari kena tunggu tapi kena bising wahahha syyyyhhh..
Sebelum tu nak buat soft japanese cheesecake, tapi kesilapan technical
salah sendiri, degil!!, telah membuat aku yang tengah blur masa tu, tukar plan..saja buat nak bawa balik kampung. ada anak-anak saudara yang suka makan kek kat kampung cuti sekolah ni..resepi dapat dari Mat Gebu. Banyak kali juga dah buat, salah satunya di
sini..
Marble Buttercake
Bahan2nya:
300 g mentega
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A --- aku guna 6 biji Gred C
1 camca besar ovallate --- 15 gram
250 g gula halus
30 g gliserin**
20 ml air **--- aku guna 50 gm air
Caranya (loyang 9x9):
1.Putar
mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit
demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam
mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate,
putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan
tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan
sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis,
putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
CikMat kata :-
Kalau tak da gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml
susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu
boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum
membakar kek.
Sampai kampung maghrib dekat nak isyak, esok paginya dah habis satu loyang..alhamdulillah
Note: Kebanyakkan entry aku schedule kan..jadi ada antara komen yang aku kadang sempat baca dan publish tapi aku jawab kemudian dengan kata lainnya lambat reply hehhe soriii...