Disebabkan aku dah dapat resepi kek span yang sungguh ideal untuk digunakan, jadi barulah aku berani buat kek lapis kastad ni...teingin nak makan, sebab tahun lepas rasanya, kakak aku ada masuk kelas kek pn noraini di Batu Caves nun, balik dari kelas kitaorang yang menjemput, apalagi..habis la benda nih dikerjakan kitaorang..hehheh tak sempat anak-anak dia nak merasa...(anak-anak kakak aku suma tengah tidur masas tuh)...
Kat bawah ni resepinya. resepi kek span daripada sweet4ever(tq sweet). Yang dalam kurungan tuh sukatan yang aku guna untuk half adunan sebab:
1. loyang tak cukup besor
2. aku belum beli balance lagi da..,
dan resepi kastard nya dari kakak aku yang diambil masa kelas dengan pn noraini tu..
Kek Span:
tepong super fine - 150 gram ---> (aku guna 3/4 cawan)
gula kastor - 150 gram ---> (aku guna 1/2 cawan)
telor - 5 biji telor A ---> (aku guna 3 biji gredC jerr...)
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar ---> (aku guna 1/2 sdmakan)
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh ---> (aku guna 1/2 sdt)
-------> masukkan semua di atas dalam mangkuk adunan, pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu (biasanya 5 minit je, tapi bergantung pada mixer)
air daun pandan - 80ML ---> (aku guna 40 mL)
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh ---> (aku guna perasa vanila hehehhe)
sedikit pewarna hijau ---> (ikut suka nak kaler aper...)
-------> perlahankan kelajuan, masukkan 3-3 bahan nih, dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga betul-betul ringan. nak tahu menjadi ke tidak adunan kita, bila angkat adunan guna senduk dan jatuhkan semula, adunan yg baru jatuh tuh mengambil masa yang lama nak bersatu dengan adunan yg sedia ada dalam mangkuk..petua ni aku dapat dari blog Zatidhati.(thanks kak zati)
minyak / mentega cair -80ML ---> (aku guna 40 mL)
-------> last sekali masukkan minyak dan gaul dengan cara kaup balik guna senduk hingga betul-betul sebati. dan bakar 45 minit (150-180 deg C).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang selalu dijenguk..Terima Kasih
-
Assalamualaikum!.. Apa khabar korang semua..harapnya baik-baik saja.. Ni Moist Walnut Brownies, buat guna resepi yang aku olah dari rese...
-
Novelty Cake . Pendapat peribadi aku, sebenarnya sangat mudah nak deco kek nih, start dengan konsep, pelan (sungai, air terjun, tasik, ...
-
Salam.. hehhe apa la lagi yg aku bole buat dengan baki2 kek dan cheese selain trifle yg sedap nih...:D tapi gambar tak berapa nak indah lah...
-
Assalamualaikum.. Resepi shell & cream cheese kedua2nya bersumberkan dari blog kak Azlita Aziz ..terima kasih kerana sudi kongsi r...
No comments:
Post a Comment