Sunday, February 24, 2019

NESCAFE Caramel Macchiato

Assalamualaikum semua,

Wahh..2 posts in a row giteww..

Semalam masa nak balik sini, singgah 7 Eleven nak top up Touch N Go. Lepas tu rasa macam nak minum air manis aka coffee. Pergi la ke peti ais..mata terus ternampak NESCAFE Caramel Macchiato ni. Harga RM7.90. Emm..aku decide nak beli..ada beberapa perisa. Aku pilih yang ni sebab ada perkataan karamel, so aku fikir confirm manis. Masa tu tak nak ambil risiko untuk rasa lain sebab takut tak sedap dan tak manis. hehhe

Manufactured by Seoul F&B Co. Ltd. Isipadu 300ml. Kalau korang perasan ada logo halal korea di sebelah kiri bawah, warna hijau tu.

Untuk rakan-rakan yang mengambil kalori yang terkawal aka diet, calories untuk minuman ini 207 kcal per 300 ml. And total sugar content is 26.1 gram per 300 ml. Bukan apa, aku kalau tengah mengawal pengambilan kalori memang akan tengok dulu 2 info tu. Mana tahu aku catat di sini senang sapa-sapa nak refer.

Lepas buat carian di 'Google'..haa dapatlah info macam di bawah. Ada 3 rasa iaitu 
1. NESCAFÉ® Smooth Cappuccino 300 ml
2. NESCAFÉ® Caramel Macchiato 300 ml
3. NESCAFÉ® Caffe Mocha 300 ml


Product ni boleh didapati di 7 Eleven di seluruh negara. Boleh refer terus ke facebook NESCAFE Malaysia ya.


Improvement yang boleh dibuat untuk produk ni yang aku nampak setakat ni adalah penutup cup yang hitam tu. Masa beli penutup tu agak longgar, tapi ia jadi ok bila aku cucuk straw. Lagi pun aku tak buka lapisan penutup yang belah dalam (yang macam seal aluminium tu) sebab takut tumpah sebab penutup longgar kan.

On the way balik, tu minum la air ni. Pergghhh sedap! Rasa dia pekat. Aku minum sikit-sikit. Sure aku akan cuba yang lagi 2 tu..insyaAllah

3 comments:

mamapp said...

aku leh minum nescafe nanti prning wpun aku mmg suka kopi

Faiz said...

eh eh..boleh ke tak boleh ni..heheh aku pun kawal pengambilan air manis ni..sekali sekala..kalau rasa nak minum nescafe sangat, aku akan buat dan minum nescafe tanpa gula je adda

Ann Ishak said...

pernah nampak tapi tak pernah cuba lagi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih