Thursday, April 26, 2012

Donut hehe

Assalamualaikum..

First time buat donut guna tepung high protein..


Resepi sama macam kat sini..

Donut
Sumber asal resepi donut kentang dari Ros Jintan Manis.
Bahan-bahan:
250g tepung gandum --- kali ni aku guna tepung high protein
1 biji telur
80ml air
1 1/2 sudu besar butter
2 sudu besar gula
4g yis
gula kastor

Caranya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tak melekat kat tangan. Aku uli guna spiral whisk dalam 5 minit cam tuh.
Pastu perap doh dan tutup bekas adunan guna plastic wrap 40 minit hingga 1 jam atau hingga doh naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh utk buang angin, dan boleh lah start mencetak guna cetak donut. Pastu, biarkan sehingga naik 2kali ganda..
Goreng dengan myk panas sehingga perang..gaul/salut ngan gula kastor..

cemana boleh ada mangkuk besi tu kat situ??..grrr..saja letak nak tutup pemandangan belakang

buat malam, siap goreng suma..pagi makan ok lagi tapi macam dah nak keras..balik keje dah keras cuma tak keras kematun je, aku letak balik dalam oven panaskan sekejap, lembut balik..

6 comments:

mama pipie said...

aku ni dh le tgh lapo.. hhohoho

Faiz said...

hahaha aku pun..tapi aku dah minum air kosong. dah kurang lapar dah..ce ko gi minum plak

mama pipie said...

haha.. ko yg tukang masaknye.. makan je la byk2 haha

Faiz said...

bila dah abis, tgok balik gamba..pastu kat keliling meja keja ni takda makanan, jadi lapar la...huhu

Rozita said...

eleh donut pun nak tunjuk ke? (itu ayat org jeles ok)

ko pakai donut cutter ke? cantik la! mana nak beli ek?

Faiz said...

hahahha ada aku kisah?..kalau bole oat yg aku makan selalu pun aku nk letak sini wakakka

aah donut cutter, aku beli kat kedai bakery sini. boleh gak cari kat pasaraya2, cuba cari kat bahagian peralatan memasak sudu kuali etc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih