Monday, April 30, 2012

Walnut Carrot Cupcake..aku sudah jatuh suka...

Assalamualaikum..

:) buat lagi..tapi kali ni buat dalam cup pula..resepi masih yang sama dari sini...asyik teringat nak makan kek ni je..hehe


Aku buat separuh adunan kat bawah..lagi satu saja nak try timbang berapa berat untuk cup yang berbeza.


Carrot Cake
Resepi asal: Joyofbaking
Diambil dari: Resepinannie

Bahan-bahan:
260 gm tepung
270 gm gula castor - boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis
4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung ~220 gram
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sebuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot - disagat halus ~300 gram (kali ni aku perah sikit airnya)
1 cawan kacang badam atau walnut dicincang kecil ~100 gram
1/2 cawan kismis- dicincang ~50 gram
Cara-caranya:
-Panaskan oven pada suhu 180'C . Sagat carrot dan ketepi kan dulu . Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat serta serbuk kayu manis .

-Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit . Terus pukul adunan telur dan gula ni sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi , kacang walnut serta kismis . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati . Masukkan adunan kek ni dalam loyang pembakar .

- Bakar adunan kek ni selama 40-30 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak . Sejukkan kek atas relai besi dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hiasa mengikut kreativiti sendiri .


emm aku rasa terlebih perah lobak la..lainkali aku perah sikit je..emm lepas tu lainkali nak letak kismis lebih dari biasa..

jangan ditanya apa yang aku buat ni..heheh
Gambar kat atas ni saiz lain-lain..atas sekali paper cup size 8, berat 34-35 gram..yang tengah suffle cup 250 oz, berat 40-41 gram dan yang bawah sekali suffle cup 325 oz, berat ~55 gram..ini untuk nota sendiri..nanti terlupa..tapi kalau ada yang nak mencuba pun boleh saja..

 

2 comments:

Anim said...

suke..suke..

Faiz said...

Kak anim, org lain dah berzaman makan kek ni, saya la ni baru makan dan tersuka pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih