Monday, April 30, 2012

Walnut Carrot Cupcake..aku sudah jatuh suka...

Assalamualaikum..

:) buat lagi..tapi kali ni buat dalam cup pula..resepi masih yang sama dari sini...asyik teringat nak makan kek ni je..hehe


Aku buat separuh adunan kat bawah..lagi satu saja nak try timbang berapa berat untuk cup yang berbeza.


Carrot Cake
Resepi asal: Joyofbaking
Diambil dari: Resepinannie

Bahan-bahan:
260 gm tepung
270 gm gula castor - boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis
4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung ~220 gram
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sebuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot - disagat halus ~300 gram (kali ni aku perah sikit airnya)
1 cawan kacang badam atau walnut dicincang kecil ~100 gram
1/2 cawan kismis- dicincang ~50 gram
Cara-caranya:
-Panaskan oven pada suhu 180'C . Sagat carrot dan ketepi kan dulu . Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat serta serbuk kayu manis .

-Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit . Terus pukul adunan telur dan gula ni sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi , kacang walnut serta kismis . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati . Masukkan adunan kek ni dalam loyang pembakar .

- Bakar adunan kek ni selama 40-30 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak . Sejukkan kek atas relai besi dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hiasa mengikut kreativiti sendiri .


emm aku rasa terlebih perah lobak la..lainkali aku perah sikit je..emm lepas tu lainkali nak letak kismis lebih dari biasa..

jangan ditanya apa yang aku buat ni..heheh
Gambar kat atas ni saiz lain-lain..atas sekali paper cup size 8, berat 34-35 gram..yang tengah suffle cup 250 oz, berat 40-41 gram dan yang bawah sekali suffle cup 325 oz, berat ~55 gram..ini untuk nota sendiri..nanti terlupa..tapi kalau ada yang nak mencuba pun boleh saja..

 

Thursday, April 26, 2012

Donut hehe

Assalamualaikum..

First time buat donut guna tepung high protein..


Resepi sama macam kat sini..

Donut
Sumber asal resepi donut kentang dari Ros Jintan Manis.
Bahan-bahan:
250g tepung gandum --- kali ni aku guna tepung high protein
1 biji telur
80ml air
1 1/2 sudu besar butter
2 sudu besar gula
4g yis
gula kastor

Caranya:
Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tak melekat kat tangan. Aku uli guna spiral whisk dalam 5 minit cam tuh.
Pastu perap doh dan tutup bekas adunan guna plastic wrap 40 minit hingga 1 jam atau hingga doh naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh utk buang angin, dan boleh lah start mencetak guna cetak donut. Pastu, biarkan sehingga naik 2kali ganda..
Goreng dengan myk panas sehingga perang..gaul/salut ngan gula kastor..

cemana boleh ada mangkuk besi tu kat situ??..grrr..saja letak nak tutup pemandangan belakang

buat malam, siap goreng suma..pagi makan ok lagi tapi macam dah nak keras..balik keje dah keras cuma tak keras kematun je, aku letak balik dalam oven panaskan sekejap, lembut balik..

Tuesday, April 24, 2012

Ini Bukan Kek Pelangi..

Assalamualaikum..

Cuba buat kek pelangi..ingat nak buat separuh adunan je, hasilnya jadi cam ni lah..sebenarnya dapat 5 color, yang satu lapis lagi warna pink, tapi yang pink tu rosak pula..

Pergghhh jenuh lah..patut aku ambil masa lama nak gi buat kek pelangi, letih wei..dengan nipisnya lagi padan muka, salah sendiri..pasni alang-alang buat aku nak buat 1 adunan je terus..ish..disebabkan jadi macam ni dan nipis yg melampau, aku tak letak krim between kek tu legaa..lagi pun kek ni moist, jadi tak tanggal pun..yang nipis macam ni la..kalau yg tebal aku tak pernah buat lagi..

Rasa sedap, boleh tahan..cuma bagi aku manis la..mungkin sebab sukatan susu pekat tu aku letak lebih berbanding air..takpa, aku leh kurangkan sukatan susu pekat dan gula pasni..adik aku yang sorang, dia tanya 'pelangi kan ada tujuh?'..lebih kurang macam tu lah ayatnya, aku tengah mamai tengah tidur, tak ingat jawab apa. Lepas dia makan, aku kat bilik leh dengar dia cakap..'sakit gigi!!sakit gigi!!'..yang sorang bila aku tanya..'tak rasa apa2 pun' bila aku tanya lagi, 'manis ada, masam ada...' dan segala bagai rasa lah yang dia sebut. rasa kulit kayu manis je dia tak sebut..ade ke patut?..tak..sila geleng kepala..

 

Resepi ambil dari myresepi, oleh syufa..thanks ya syufa..nanti aku mesti buat lagi hehe tengok angin..

Aku silap agak la. Kononnya kalau aku buat 1 adunan, takut kek besar sangat nanti tak da sapa nak habiskan..jadi aku buat la separuh adunan je..loyang saiz 6"x6"..huhu nipis sangat laa..agak2 kalau buat 1 adunan pun leh guna loyang 6"x6" tu..hehhe

Pastu suhu memula aku cuba ikut syufa, 140degC, 15 minit tak siap masak lagi..lapisan seterusnya aku naikkan sikit2..akhirnya, 2 lapisan terakhir aku guna suhu 170degC..huh..baru leh masak dalam 10-15minit..huh what a beautiful day..


Pagi ahad aku buat, petang ahad tu tinggal seketul. pasal warna hehe gelak sendiri la. ni kiranya macam zaman-zaman sekolah rendah dulu la..ada team merah team biru team kuning ngan hijau..aku tak ingat la team mana..tapi sekarang aku team biru d blues wakakkaka..

Resepi aku tak letak sini, nanti kalau buat lagi, aku letak resepi..insyaallah

orait..jumpa lagi..thanks ya sesiapa sahaja yang datang singgah..
 
 

Nasi Goreng Pattaya

Assalamualaikum..
Nasi goreng pattaya ni buat malam ahad semalam..walaupun dah malam, tapi macam nak buat something ecewah..tapi tak bungkus elok..koyak pula..ada je la alasan..


Nasi goreng biasa je..tak pandai salut lagi..hehe



 

Monday, April 23, 2012

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum..
Heheh nampak kat Dapur Kak Jie sini, wahh..macam best je kalau dapat makan..

 

So..diam-diam..pergi kedai beli sotong..balik masak..aku ikut je lebih kurang macam yang kak jie masak. senang rupanya. dulu aku fikir gak macamana la nak mak goreng kunyit ni..yang ni pun kunyitnya aku tak letak banyak...
emm tapi macam tawar sikit banyak la..aku memang bermasalah sikit kalau rasa makanan yang aku masak ni, dalam kuali rasa macam dah ok je, bila makan ngan nasi, jadi tawar plak..


okla..alhamdulillah dapat juga makan kan?..hehe tapi walaupun a one dish meal tapi aku lain kali kena gak masak lauk lain sebab adik aku tanya masa hidang, 'ni je?'..

 

Roti Sardin

Assalamualaikum...
Ni buat minggu lepas..patutnya salut dengan bread crumb, tapi takda..salut je ngan telur pas tu goreng..


Cam penyek kan..adik2 aku kata roti sardin penyek..hehe kekononya nak buat macam Magic Pocket Bread, tapi jadi cam lain plak..huhu takpa la..makan je la ye..


 

Friday, April 13, 2012

MARILAH MASUK KONTES KEEMPAT ANJURAN KOMENSEN: TEKA KAMI DI MANA ?

assalamualaikum..

Tetiba hari ni nak cuba masuk contest..try juga la mana tahu ada rezeki..hehhe


Ada sapa2 nak try?..jom ke sini..heheh jom laaa --->

MARILAH MASUK KONTES KEEMPAT ANJURAN KOMENSEN: TEKA KAMI DI MANA ?

 
 

Thursday, April 12, 2012

Angry Bird Cake

Assalamualaikum..

Pesanan dari Kak Yus lagi..(thanks a lot kYus)..


Chocolate Sponge Cake, filling chocolate cream + blueberry, size 8", salut vanila cream..hiasan fondant..




Terima kasih banyak-banyak Kak Yus..

 

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Entry

Assalamualaikum...





 
 

Tuesday, April 10, 2012

Carrot Cake 3rd Recipe - 1st attempt

Assalamualaikum..

Resepi ketiga yang aku cuba..dapat beberapa komen positif dari beberapa orang yang merasa. Pre-order juga dah dapat..insyaallah..rezeki sentiasa ada..samada sedar itu rezeki atau tidak..rezeki susah nak marah dan hilangkan rasa sombong je tengah cuba dicari..(sigh..)..

Resepi ambil dari sini.



Ini cuma untuk note aku sendiri: 240 mL minyak matahari aku guna sama dengan 220 gram. 2 1/2 cawan carrot sama dengan lebih kurang 300 gram. 1 cawan walnut lebih kurang 100 gram. serbuk kayu manis aku kurangkan jadi 1/4 sk.

Lepas ni bolehlah nak tos kan sikit air dari lobak tuh..macam terlebih moist la pula (thanks kak Yus).


Sekian saja...terima kasih ya kerana datang berkunjung..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih