Tuesday, November 22, 2011

Puding Kastad Jagung

Salam..
Puding kastad jagung...lama dah nak buat..aku suka kuih ni. dulu pernah buat sekali tapi tak jadi..kali ni berazam nak buat betul tak kira lah godak aka kacau berapa lama pun dalam periuk hehhe


Resepi ambil dari sini. Sangat mudah, cuma aku kacau dalam 1 jam lebih gak la..terima kasih kepada reenazman atas perkongsian resepi ni..sangat masuk ngan citarasa aku..tak terlalu keras..lembut tapi tak terlalu lembut..minta izin copy paste sini ya..

Aku guna loyang 8",hasilnya tinggi menghasilkan tinggi puding yang lebih kurang 1". Tulisan biru tu yang aku ubah sikit..sbbnya 1 tin susu cair tu sama ngan 2 cawan, jadi tau je la aku ni, ntah bila nak guna lagi separuh  tu, jadi abiskan je lah terus..pastuh kurang kan 3 cawan air ke 21/2 cawan..

Puding Kastad Jagung

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 cawan tepung custard
1 tin jagung manis (creamy corn)
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair---- 2 cawan = 1 tin
3 cawan air---- 2 1/2 cawan


Cara-cara
Campur semua dalam satu periuk dan masak dengan api perlahan sampai pekat dan likat..dah betul2 likat..transfer adunan tersebut dalam loyang..sejukkan sebelum masukkan dalam peti ais..


Sedap..warnanya kuning pekat lagi, tapi mcm aku dah cakap, kamera aku ntah kenapa..jadi terima jelah ni...


terima kasih banyak2 kepada sesiapa yg sentiasa sudi datang berkunjung, walaupun hanya tengok gambar..sekurang2 ada sesuatu yg menarik perhatian untuk anda ke sini..terima kasih..

4 comments:

Anim said...

wah..nk buat jugak..
feberet encik laki

Rozita said...

cantik faiz... smooth... mesti sedap kan... nasib aku baru lepas makan kat umah mak aku...

Faiz said...

kak anim, silakan kak..sedappp..

Faiz said...

Ita, hehhe aku suka mestilah aku kata sedap..hahahha fuh..baik ko dah makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih