Thursday, May 26, 2011

Coklat Hantaran Biru Putih

Salam..


Coklat hantaran order dari Sally..


Semua filling mocha... :D


Tema hantaran sebenarnya 'Biru Subaru' (@ caldina/swift/sewaktu dgnnya -- ni aku yg tambah wahahha sampai pening cari ribbon sbb banyak sgt warna biru dalam kepala aku), fikir punya fikir, jadi mcm nih. sbb kalau ikat cam ribbon biasa, terlalu la tak kena


lagi satu..


Harap2 Sally suka, dan lg satu yg penting, pengantin juga suka :)..terima kasih banyak2 untuk Sally..oppss lupa...mcm biasa yg ini utk Sally makan sbb yg order sebelum nih takda sample untuk dia rasa hehehhe


Thanks again..alhamdulillah

Wednesday, May 25, 2011

Moist Eggless Chocolate Cake & 'mocha sauce'...

salam..:) hehhe

resepi refer kat sini, ada backlink ke resepi asal..


ada tasik 'mocha sauce' atas kek..


sila lihat lagi...makan bersama 'mocha sauce' itu...:D



Monday, May 16, 2011

Door gift coklat - tema gold II

Salam..mula2 sekali terima kasih kpd sapa sahaja yg datang sini.ermm...taktau nk cakap atau bg intro panjang-panjang..jadi terus kepada tajuk utama

Ni order dari kak Jun untuk cikgu anak2nya sempena hari guru, 30 boxes coklat untuk dijadikan door gift.


Harga coklat nih ada disebelah kanan blog :)..suma aku buat kan bentuk & kedudukan yg sama kecuali coklat dibelakang rama-rama tu ada 2 bentuk shell ngan crown. Filling hazel nut, almond, almond nib dan blueberry.


Thanks ya kak Jun..

 

Wednesday, May 11, 2011

Baked Oreo Cheesecake wahahha

Salam..akhirnya, aku buat gak kek nih...!!


emm memang sedap makan sejuk2...emmm...sedapnya...resepi asal dari Mat Gebu..heheh tapi aku buat 3/5 dari resepi asal..aku ganti blueberry ngan oreo, letak biskut sebagai base dan beberapa lg (^_*) sesuka hati aku je yer...sesiapa nak rujuk resepi asal boleh ke blog Mat Gebu di sini. kek ni aku guna 2 bungkus biskut oreo..


Baked Oreo Cheesecake
sumber asal: MatGebu
oleh: OzzyOrange9768

Bahan2nya:
2 bungkus biskut oreo (137 g x 2 bungkus)*asingkan krim dan biskut

Base biskut----------------------- 
134-140 g biskut oreo (blend sampai halus dan tidak berketul2)
60 g mentega (dicairkan)

Krim-----------------------
300 g cream cheese
30 g gula halus
krim biskut oreo
120 g uht whipping cream
3 biji kuning telur
72 g tepung superfine
1/2 st esen vanila
10 keping biskut oreo (tanpa krim) *dipatahkan dan dirama

3 biji putih telur
70 g gula halus
secubit baking powder 

Caranya: 
1. panaskn oven pd suhu 150degC. Gris loyang 8" (spring form) & alas dengan aluminium foil didasarnya. alaskan juga bahagian luar loyang dengan aluminium foil (aku buat sampi 3 lapis sbb fobia air masuk dlm kek..huhu)
2. satukan bahan2 untuk base biskut sehingga sebati dan masukkn dalam loyang. tekan2 sehingga rata dan mampat. bakar 15-20 minit.
----------------------- 
3. satukan cream cheese, gula dan krim biskut oreo. putar hingga lembut dan tak berbintil2.
4. masukkan whipping cream. putar sehingga licin.
5. masukkan kuning telur dan putar sebati.
6. masukkan tepung gandum dan esen vanila. putar sehingga tidak berbintil2.
7. masukkan biskut oreo. putar sedikit. ketepikan.
-----------------------
8. dengan perkakas yg bersih (yg penting bersih dari minyak), putar putih telur, gula n baking powder sehingga kental..proses nih lebih kurang ambil masa 7-10 minit.
9. masukkan adunan 8 ke dalam 7 sedikit (lebih kurang sesenduk), gaul secara kaup balik hingga rata. masukkan lagi adunan 8 dan ulang hingga habis. tuang ke dalam loyang yg ada base bikut td.
10. bakar secara bain marie selama 90 minit. pastuh bila dah masak, biar dalam oven, buka pintu sikit  tanpa alihkan air selama lebihkurang setengah jam. then kuarkan n simpan dalam peti sejuk 4-5 jam...baru sedap makan heheh


 

Monday, May 9, 2011

Vanila Muffin & Choc Chip

salam, susulan dari order last week, ni officemate yg lain pula order untuk makan2..

 
 

Sunday, May 8, 2011

Spiderman & Oreo Cheesecake

Salam..order dari kak Yus lagi..sebelum nih kak Yus ada order coklat hantaran hijau putih..kali ni order birthday cake plak, Baked Oreo Cheesecake..


untuk birthday anak kak Yus, adik Aqasyah..:) Happy Birthday Aqasyah


Harap2 kak Yus & family terutama aqasyah gembira ngan kek nih. Kek keju sangat sedap dimakan sejuk, tapi sbb ada edible image, aku bgtau kak Yus tak yah masuk peti ais, takut gambar kembang..tengah tunggu feedback kak Yus cemana..jeng jeng....


Tiba2 masa buat kek nih terasa nak makan pulak..cemana nih...?..huh..
 
 

Saturday, May 7, 2011

Vanila Muffin & Choc Chip

Salam, muffin order untuk jumaat semalam dr officemate.


Thanks ya..
 

Tuesday, May 3, 2011

Pandan Buttercake & Alunan Kasih

Salam..wahahhaha sungguh bosan petang semalam..jadi aku try resepi lagi..lama dah teringin nak makan kek kaler hijau..


Macam Moist Orange Buttercake juga, resepi nih aku ubah dari resepi kek coklat. sebenarnya resepi kek coklat tuh dapat dari kawan adik aku lama dulu..dan aku masih guna sampai sekarang sebab sedap.


Kek Pandan Alunan Kasih

Bahan2: (untuk Loyang bulat 7”)
125g mentega
120g gula
2 biji telur gredB
125g tepung superfine *
½ st sodium bikarbonat*
1st baking powder *---> ayak
140g susu segar
1 st pandan emulco (boleh kurangkan untuk rasa pandan yg lebih sederhana)
sedikit pewarna hijau
1 sb serbuk koko untuk alunan

Caranya:
1. pukul mentega & gula sampai kembang.
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati.
3. larutkan pandan emulco dalam susu segar.
4. masukkan bahan2 yg diayak td ke dalam adunan 2, selang selikan dengan susu. Gaul sebati
5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian, dan campurkan 1 bahagian dengan warna hijau.
6. masukkan adunan 5 ke dalam loyang yg dah di gris & dialas kertas minyak, ayakkan serbuk koko ke atas adunan dlm loyang tadi. Pastikan keseluruhan permukaan adunan ditutup serbuk koko.
7. masukkan 1 bahagian lagi adunan di atas serbuk koko td perlahan lahan dan rata kan permukaan
6. bakar dengan suhu 175degC, 40-45 minit.
^^(bila >30minit agak2 dah nak gelap sikit permukaan kek tuh, letakkan kertas minyak/aluminium foil. takyah letak proper sgt, just taruk je asalkan tutup permukaan kek --biar atas tak hitam hangus tapi belah dalam belum masak--)
 

Sapa la yg bagi idea buat alunan cam gini kan, terimakasih la pada 'beliau'..aku suka!...hehe

Moist sangat kek ni..hehhe sedap and dah lepas keinginan nak makan kek kaler hijau wahahhah alhamdulillah best!best!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih