Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Monday, June 18, 2012

Cili Api 'Seafood'

Assalamualaikum..

Heheh seafood la sangat, padahal ada udang ngan sotong je..udang tu pun aku togelkan je terus..lapar satu, nak habiskan stok satu, la ni nak cukupkan entry kat blog pun satu wahahhaha

 

Masak semalam petang, kul 4 orang dah nak minum petang dah 'mentong', kita orang baru nak lunch..kakkaka bole gitew..

Mudah je aku masaknya, kisarkan 1/2 biji bawang besar, 2-3 biji bawang putih, kunyit sikit dengan agak2 segenggam cili padi (tak tahan pedas boleh kurangkan) dan 1 biji lada besar (merah). Tumis 1/2 bawang yang dihiris2 kemudian masukkan bahan kisar. Bila dah masak masukkan air sikit letak garam, air asam, masukkan sotong dan udang..bila sotong dan udang masak (sekejap je), masukkan santan (aku guna santan kotak) dan air asam..perasanya gula dan garamnya..

Pastu..makan...pedas sampai tercungap-cungap!..

Friday, May 11, 2012

Ayam Panggang Berempah

Assalamualaikum..

Buat lagi..hari tu yang kat sini aku ikut resepi macam ayam panggang Kenny Rogers tu kan?..yang kali ni aku buat sama tapi aku tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis..emm dah ada yang kata dalam hati macam makan ayam serunding kelapa..serunding kelapa yang warna kuning yang orang selalu buat letak kat nasi ambang tu...emm betul la tuh..memang sama la rasa dia wakakka...

kali ni aku letak suhu 160 - 170 degC bakar dalam 1 jam..emm pasni buat suhu 180 degC je la sbb suhu 160-170 degC tu, ayam tak hitam tapi lambat nak masak, pastuh belah dalam pun tak masak betul-betul..kena bakar semula walaupun dah hampir tinggal tulang..


Sebelum bakar tu aku peram lebih 2 jam pastu aku masak dulu atas kuali sekadar nak bagi kuah dia pekat macam masak ayam yang kat sini...emm pastu baru terfikir..eh kalau goreng pun macam sedap..kan?.. fuh!!kena beli ayam lagii..kena tunggu bulan depan lah ni..

 

Monday, March 5, 2012

Ikan Masak Stim

Assalamualaikum..

Sabtu lepas lepas gi service kereta, pergi kedai memborong segala apa yang bole selagi duit tak habis, selagi tu tak keluar-keluar kedai. Ada kedai kat sri serdang yang aku menjadi pelanggan setia sejak belajar dulu. Super Eight nama dia. Tapi aku lebih mengenali dengan nama kedai Zakaria, memula hari tuh ingat2 balik, mana la aku dapat nama zakaria tuh, tetiba satu hari aku terpandang kat mana ntah, pintu kut..memang ada la nama tu..ohh selama ini tak salah lah aku ajar adik aku nama kedai tu kedai zakaria heheh dulu kedai ni kecil je, sekarang dah dua kali ganda lebih aku rasa dari sepuluh tahun dulu. barang-barang pun makin banyak..kedai makin kemas..harga boleh tahan juga murah tengok pada jenis barang la..kalau tak pergi atau malas nak ke pasar malam isnin ke jumaat, aku gi kedai ni la beli lauk kalau nk masak la..aku beli la tumbuhan dan haiwan2 di situ termasuklah ikan..

Balik tu fikir-fikir nak masak apa ya..google jumpa la resepi ni ikan masak stim dari Dayang Jack..resepi ambil dari myresepi..emm bole tahan rasa dia, pada aku ada macam rasa tomyam putih cuma tak da daun limau je. bunga kobis ngan cendawan tak da, aku gantikan dengan kobis dan kacang panjang. pastu cili tu, untuk yang suka pedas macam aku adalah tak cukup 10 biji tuh..pas ni kalau buat lagi, aku nak letak cili banyak2..ringkas dan mudah resepi ni..


Ikan Masak Stim
by: Dayang Jack, myResepi

Bahan-bahan (1 hidangan ):

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan --- tak letak sebab tak ada
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis --- aku guna kacang panjang dan kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.
Aku makan dan suka jugak la dengan rasa dia tapi aku tak tahu adik2 aku suka ke makan ke tidak sebab diaorang tak da, ni kira masak sendiri makan sendiri la..:)

Thank you pada Dayang Jack dan my resepi ya..

Tuesday, February 28, 2012

Laksa Penang

Assalamualaikum..
Buat laksa ni ahad hari tuh..untuk makan malam juga hehhe puas hati dapat makan banyak2..resepi dapat dari sini..kalau tengok kat gambar tu, lada besar2 sebab blander aku dah penat..jalan berhenti, jalan berhenti..akhirnya aku memahami dia yang penat..jadi aku biar je la lada-lada tu, tak paksa dah :D

Aku guna ikan kembung eh? ye ker?..kuttt..., belacan aku tak letak sebab kami-kami tak berapa sangat nak makan belacan macam eksen okeh..emm :) sebab nanti ada yang gatal hidung, muka gatal..diorang kitaorang ni kalau rasa atau bau yang pelik2 sikit, diorang tahu..cuma tak tahu benda apa eh?aku la tu yang tak tahu..orait..tapi resepi ni sedap..lagi-lagi mudah, memang la aku suka..lagi satu aku tumis sekejap..kejapp jee..tak jadi resepi lain kan?..heheh aku buat dalam separuh dari resepi di bawah..


Laksa Penang
Sumber: OhMalaysia (Amir Said)

Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula

Bahan-bahan lain
Laksa beras cap Eka 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).

Alhamdulillah dapat makan..terima kasih juga kepada tuan nya resepi Amir Said ni..

Wednesday, February 22, 2012

Asam Pedas Ayam..

Assalamualaikum..

Pertama kali juga buat asam pedas ayam..hehhe memang dah lama nak try..petang semalam dapat la aku masak semangat lapar..tapi ringkas saja aku buat..



Asam Pedas Ayam
Resepi: Ozzyorange9768

Bahan-bahannya:
Sedikit minyak untuk menumis
*2 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*1/4" halia
*1/4" kunyit
*Segenggam lada kering (buang biji & rebus sekejap, basuh & toskan)
*1 sudu kecil garam
1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil asam jawa Adabi bancuh dengan 1 cawan air
Air secukupnya..
Sedikit serbuk perasa (optional)
Garam secukupnya
1 biji tomato (dipotong 6)

Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan bertanda * & tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan ayam, serai dan sedikit air. tutup periuk, biarkan hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah cukup masak, masukkan air asam jawa dan tengok nak kuah banyak mana, tambahkan air kalau nak kuah lebih.
4. Perasakan garam & masukkan sedikit serbuk perasa.
5. Masukkan tomato. biarkan mendidih. tutup api..dah siap hehhe


mudah betulkan aku masak..hahha alhamdulillah dapat makan hehe emm aku suka ayam masak ni first time buat dah terus suka, buat sendiri plak tuh hehe ntah apa2 je ntah..sedap pada aku, tapi tak tahu pada orang lain..kalau ada yang tak suka, tapi tetap makan juga, tu tandanya diorang lapar tahap gaban hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih