Pertama kali juga buat asam pedas ayam..hehhe memang dah lama nak try..petang semalam dapat la aku masak semangat lapar..tapi ringkas saja aku buat..
Asam Pedas Ayam
Resepi: Ozzyorange9768
Bahan-bahannya:
Sedikit minyak untuk menumis
*2 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*1/4" halia
*1/4" kunyit
*Segenggam lada kering (buang biji & rebus sekejap, basuh & toskan)
*1 sudu kecil garam
1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil asam jawa Adabi bancuh dengan 1 cawan air
Air secukupnya..
Sedikit serbuk perasa (optional)
Garam secukupnya
1 biji tomato (dipotong 6)
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan bertanda * & tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan ayam, serai dan sedikit air. tutup periuk, biarkan hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah cukup masak, masukkan air asam jawa dan tengok nak kuah banyak mana, tambahkan air kalau nak kuah lebih.
4. Perasakan garam & masukkan sedikit serbuk perasa.
5. Masukkan tomato. biarkan mendidih. tutup api..dah siap hehhe
mudah betulkan aku masak..hahha alhamdulillah dapat makan hehe emm aku suka ayam masak ni first time buat dah terus suka, buat sendiri plak tuh hehe ntah apa2 je ntah..sedap pada aku, tapi tak tahu pada orang lain..kalau ada yang tak suka, tapi tetap makan juga, tu tandanya diorang lapar tahap gaban hehhe
4 comments:
Assalamualaikum,
Waaaa ada asam pedas kat sini, nak tumpang makan boleh...
Bole2..sila2..tp asam pedas sempoi je kak wattie heee
faiz,kat kota tinggi..
daging lembu pun dibuat asam pedas...
Emm..sedapnya kak anim..nnti nk buat jugak la..kena cari resepi tu kang sbb dging lmbu x biasa masak lagi
Post a Comment