Sunday, February 12, 2012

Nasi Ayam..emm mudah rupanya

Assalamualaikum..
Buat tuk makan malam tadi (Sabtu)..adik aku bakar ayam, tetiba je aku terfikir, eh, aku nak buat nasi ayam lah..hehe pastu terus ke dapur cari resepi yang mudah2 dengan harapan dapat buat nasi ayam yang sedap..jumpa la resepi dari sini Dapur Mamasya..sambal pula aku ambil dari sini Dapur Siti Muthiah, sup pula aku main masuk-masuk je, asal sedap rasa..hehhe ikut citarasa sendiri :) tapi tula, ada bahan yang takda kat dapur, jadi aku skip je..alhamdulillah menjadi juga..


Nasi Ayam Chef Wan
Sumber asal: My Little Kitchen

Bahan-Bahan Untuk Nasi:
1/2 cawan majerin - campur dgn minyak sapi --- aku guna butter sahaja
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul --- xda, jadi tak letak
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan - guna beras basmati
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam --- guna pati ayam sahaja

Cara-Cara:
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.  

Nota untuk diri sendiri: 
- Bawang besar aku hiris-hiris
- Bawang kecil dan halia aku titik2 sahaja
- Guna beras biasa, 3 cawan (cawan beras), air nya 5 1/2 cawan (cawan beras)..
- Air rebusan tuh aku didihkan air, kemudian masukkan 1 1/2 kiub pati ayam maggi..tak perlu garam sebab pati ayam dah bergaram

Sambal
Sumber: Dapur Siti Muthiah 

Bahan-bahan:
1-2 tangkai cili merah
Bawang putih
1 hiris halia (sedikit maaa)
Cuka --- xda, jadi tak letak
Gula

Cara membuatnya:
1- Tumbuk/ blender cili merah bersama dengan bawang putih dan halia
2- Kemudian, masukkan cuka dan gula... Siap...

Nota untuk diri sendiri: Cuka takda, blend bahan-bahan dengan sedikit sup, perasakan dengan gula, garam dan sedikit sahaja serbuk perasa.

Sup kosong

Bahan-bahan:
1/4 biji bawang besar
1/2 - 1 biji bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu besar serbuk perencah sup ayam adabi
1/2 kiub pati ayam maggi..
Garam
~ 2 cawan air

Cara-caranya:
Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
Masukkan air, biar mendidih
Masukkan pati ayam dan serbuk perencah
Perasakan garam nya
Biar mendidih sekejap dan siap...


Alhamdulillah..dapat makan malam tadi..sambal tu aku guna sebiji cili besar merah, ngan beberapa biji cili api hahhaha pedas membara sungguh..hasilnya aku kena letak gula lebih..tapi boleh tahan jugak rasa dia walaupun sangat simple. Resepi ayam bakar tu adik aku yang buat. aku cuma masukkan dalam oven je. aku dah tanya gak resepi tadi..dia kata dia masukkan je apa yang ada kat dapur tu..

Ayam Panggang Anato

Bahan-bahan:
Bawang besar, bawang putih, lada hitam, lada putih, lada hitam & putih ajishio, serbuk kari sikit (lebih kurang 1 sudu), serbuk pati ayam maggi sikit, madu 2 sudu, gula & garam..

Caranya:
Semua bahan-bahan tu dikisar sekali. Kemudian perap ayam dengan bahan-bahan tadi..adik aku tadi perap 5 jam heheh bakar sehingga masak suhu 200degCel api atas sahaja..tadi bakar selama 1 1/2 jam (tengok saiz ayam)..dalam masa pembakaran tuh, ada beberapa kali balik-balik ayam..Setengah jam terakhir sapu ayam dengan madu


Alamak..panjangnya..patut rasa cam penat je..heheh orait jumpa lagi..terima kasih sudi berkunjung ke sini ya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih