Sabtu lepas lepas gi service kereta, pergi kedai memborong segala apa yang bole selagi duit tak habis, selagi tu tak keluar-keluar kedai. Ada kedai kat sri serdang yang aku menjadi pelanggan setia sejak belajar dulu. Super Eight nama dia. Tapi aku lebih mengenali dengan nama kedai Zakaria, memula hari tuh ingat2 balik, mana la aku dapat nama zakaria tuh, tetiba satu hari aku terpandang kat mana ntah, pintu kut..memang ada la nama tu..ohh selama ini tak salah lah aku ajar adik aku nama kedai tu kedai zakaria heheh dulu kedai ni kecil je, sekarang dah dua kali ganda lebih aku rasa dari sepuluh tahun dulu. barang-barang pun makin banyak..kedai makin kemas..harga boleh tahan juga murah tengok pada jenis barang la..kalau tak pergi atau malas nak ke pasar malam isnin ke jumaat, aku gi kedai ni la beli lauk kalau nk masak la..aku beli la tumbuhan dan haiwan2 di situ termasuklah ikan..
Balik tu fikir-fikir nak masak apa ya..google jumpa la resepi ni ikan masak stim dari Dayang Jack..resepi ambil dari myresepi..emm bole tahan rasa dia, pada aku ada macam rasa tomyam putih cuma tak da daun limau je. bunga kobis ngan cendawan tak da, aku gantikan dengan kobis dan kacang panjang. pastu cili tu, untuk yang suka pedas macam aku adalah tak cukup 10 biji tuh..pas ni kalau buat lagi, aku nak letak cili banyak2..ringkas dan mudah resepi ni..
Ikan Masak Stim
by: Dayang Jack, myResepi
Bahan-bahan (1 hidangan ):
- 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1/2 inci halia (diketuk)
- 1/2 inci lengkuas (diketuk)
- 3 ulas bwg putih (diketuk)
- 5-7 biji cili api (diketuk)
- 1 sb sos tiram
- 1/2 sb sos ikan --- tak letak sebab tak ada
- 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
- 4 sb susu cair
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 1 labu bwg besar (dihiris)
- sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- sedikit garam
- 1-1½ liter air
- sedikit cendawan dan bunga kobis --- aku guna kacang panjang dan kobis
- 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-cara
- Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
- Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
- Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.
Aku makan dan suka jugak la dengan rasa dia tapi aku tak tahu adik2 aku suka ke makan ke tidak sebab diaorang tak da, ni kira masak sendiri makan sendiri la..:)
Thank you pada Dayang Jack dan my resepi ya..
No comments:
Post a Comment