Thursday, March 8, 2012

Strawberry Mousse

Assalamualaikum..

:) Buat mlm tadi (selasa malam)..hari Jumaat lepas beli strawberry kat giant Batu caves. Beli tanpa tujuan sebab tengok murahnyerr heheh hambikk je strawberry dari Cameron Highland. Kesannya sampai ke malam tadi tak tahu nak buat apa, lepas buat pengumuman yang diorang boleh makan strawberry secara bebas tuh, pun ada baki banyak lagi..maybe sebab masam sikit kut..sebelum tu dah tengok-tengok juga Mat Gebu punya mango mousse yang baru semalam ke kelmarin dibuatnya..makanya, gi ke dapur ding dong kepung kepang jadi lah strawberry mousse ni.. 

jadinya, resepi ni memang diadaptasi dari resepi mat gebu lah. Aku tukar mangga jadi strawberry, jus lemon aku takda, jadi ganti dengan limau nipis jgn gelak!..gulanya aku measure 1/3 cawan tu lebih kurang 60 g. tapi aku makan sebelum gi kerja tadi, manis lah..pasni boleh kurangkan sikit lah..kaedahnya sama macam cmg cuma aku putar dulu whipping cream tuh macam buat cheesecake dan simpan dalam peti ais. dan hasil dari strawberry, jus limau nipis dan gula tuh aku tak tapis..saja bagi ada nampak sesuatu dalam tuh wahahhaha aku tak malas okeh hehe


Strawberry Mousse
Diadaptasi dari: Mat Gebu Mango-Mousse-Mangga

Bahan-bahan:
8 - 10 biji Strawberry
60 g gula kastor
1 sb jus limau nipis (lemon pun boleh) - cmg guna lemon
1 sb gelatin halal (lebih kurang 6g) - cmg guna jenama NONA, aku pula guna Halagel
1/4 cawan air panas
200ml whipping cream
Strawberry untuk hiasan

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental. Masukkan dalam peti ais.
2. Kisar strawberry, gula halus, jus limau nipis (aku guna blender kering).ketepikan.
3. Larutkan gelatin ke dalam air panas, dah kacau sehingga betul-betul larut dan jernih. Tuangkan ke dalam no.2 tadi..gaul sebatikan.
4. Keluarkan no 1 tadi dari peti ais, masukkan no 3 ke dalam no 1 sedikit demi sedikit sambil digaul menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati dan rata.
5. masukkan dalam bekas ikut suka, dan sejukkan hingga kental.dan dah boleh makan..


Rasa?..hehhe rasa mousse la...aku tahu yang aku tak berapa nak gemar rasa mousse ni..tapi aku nak buat jugakk..keinginan nak membuat tu lebih kuat dari keinginan nak makan..emm nanti tengok diorang makan tak. Aku dapat dalam 11-12 suffle cup size M/250 oz ni..pada yang suka rasa mousse ni, sedap lah agaknya sebab strukturnya macam aiskrim hehhehe

Masa tengah godak-godak tuh ingat nak masukkan cheese sikit nak sesuaikan dengan citarasa aku, tapi cheese keras lagi daa..dalam peti ais lagi..takda masa nak nunggu eh..

orait..:)

4 comments:

-Incek Fik- said...

Eh! kenapa nak gelak?

serius kreatif bila ganti air lemon dengan jus limau nipis.


limau nipis dengan lemon kan dalam sejenis buah-buahan sitrus hehee :)


*terkecur air liur den tengok strawberry mousse ni, mengancam~!!

Liza Abu Bakar said...

cantiknya tu menggoda selera kak liza ni

Faiz said...

-incek fik- hehe macam janggal pulak..biasa org guna limau nipis buat air..tapi sama je fungsinya kan?..

Faiz said...

Kak Liza: hehhe apa lagi kak..try arr hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih