Assalamualaikum..
Buat hari ahad semalam..resepi
Ezani masterchef..ni kal kedua buat. sebelum tuh buat tapi kempis lepas turunkan suhu..ngeh ngeh aku buat separuh adunan dari resepi-resepi di bawah ya..(note: kempis maybe sebab aku turunkan jadi 120degC, jadi aku tukar ke 180degC macam yg tulisan purple kat resepi).
Baca resepi macam susah..tu yang simpan lama lama lamaaa sangat..tap sekali buat, laaa senang je rupanya..nak tak nak je..hehe betull..cubalah..
Cream Puff
Pastry choux (cream puff)
1 cawan (130g) tepung
1 sudu kecil gula kastor
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan (115g) mentega
1 cawan (240ml) air
4 biji telur -- untuk separuh adunan, aku cuma cuma 90 gram (pukul telur setakat
bercampur)
Cara-caranya:
1. Panaskan oven 210 ° c.
2. Ayakkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
3. Panaskan mentega dan air di dalam periuk sehingga mendidih. Sebaik sahaja
mendidih, alihkan dari api dan tuangkan sekali gus campuran tepung yang telah
diayak tadi dan kacau senduk kayu. Kembalikan ke atas api dan kacau sentiasa
sehingga doh lekang dari sisi periuk dan membentuk bebola doh yang licin.
Teruskan mengacau selama 3 minit lagi.
4. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan dengan pengadun elektrik, pukul pada
kelajuan rendah untuk melepaskan haba dan menyejukkan doh sedikit.
5. Setelah doh suam, tambah telur satu demi satu dan pukul sehingga anda
mendapat pes yang pekat dan melekit.
6. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan paip bebola besaiz 1 ½ inci ke
dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Jarakkan antara bebola
sebanyak 2 inci.
7. Renjiskan sedikit air ke atas kertas baking dan bebola pastri choux (ini
menghasilkan stim dan menggalakkan pastri menaik).
8. Bakar dalam ketuhar pada 210°c selama 20 minit sehingga pastri naik dan
keemasan. Kurangkan suhu kepada 120°c dan bakar selama 15-20 minit. (Nota:
Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semama pastri choux sedanag dibakar.
Suhu yang tinggi menyebabkan pastri naik, manakala suhu rendah membuatkan
pastri garing di luar dan berongga di dalam. Jika pintu oven dibuka ini
menyebabkan pastri boleh mengempis dan tidak naik.) -- aku bakar 210degC sampai
kuning keemasan lebih kurang 30 minit..kemudian turun kan ke 180degC dan bakar
selama 20min
Krim pastri
1 1/2 cawan susu (susu penuh krim UHT, susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji kuning telur atau 3 biji telur keseluruhan (kuning
telur membuatkan krim pastri yang lebih kaya dan kuning warna)
1/2 cawan gula kastor
4 sudu besar tepung
4 sudu besar tepung jagung
Cara-caranya:
1. Panaskan susu dan esen vanilla di dalam periuk, tetapi
tidak sehingga mendidih. (* Nota: Pada peringkat ini anda boleh perisakan susu
dengan pelbagai perisa, sebagai contoh, kopi, daun teh, kulit kayu manis, kulit
sitrus, daun pandan dan lain.)
2. Pukul gula dan kuning telur dengan pemukul elektrik. Ayak
tepung dan tepung jagung bersama-sama dan kemudian tambahkan kepada campuran
telur. Kacau sehingga sebati.
3. Angkat susu dari api dan tambahkan perlahan-lahan kepada
campuran telur sambil mengacau. Tuangkan campuran telur dan susu ke dalam
periuk dan masak dengan api yang sederhana, sambil terus mengacau sehingga
memekat. Sebaik pekat, tuangkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik
makanan. Sejukkan sebelum mengisi krim paf.
4. Potong krim paf untuk mengisinya dengan krim pastri. Cara
lain adalah dengan membuat satu lubang di bahagian bawah paf dan paipkan krim
pastri ke dalamnya.
5. Taburkan dengan gula aising.